Short Vacation II

133 9 0
                                    

Saya membakar arang batu dan mula memanggang sementara menunggu dayang-dayang siap mandi. Saya tidak mandi dulu sebab saya tahu kalau mandi, sia-sia sahaja sebab badan akan bau asap. Saya sudah cakap dengan semua orang tadi tapi tiada seorang pun yang mendengar termasuk Ceela. Dia kasi tinggal sahaja saya sendirian sini,  aduh agak sedih kehidupan tapi saya okay sahaja. Yang penting saya dapat makan ayam dulu. Lol. Owner homestay ni baik sahaja orangnya, dia tolong kami marinate lagi semua ayam tapi memang saya ada bayar sikit lah untuk kerja keras dia, saya try satu memang sedap. "Makan seorang nampak" sapa Azila dari belakang. Saya menghulurkan satu kepak ayam kepada Azila. "Wah sedapnya. Pandai la kakak tu perap" puji Azila selepas mencuba dan saya mengiyakan sahaja.

"Awak sejak bila lagi merokok eh? Mak ayah awak tak marah?" Tanya Azila yang mungkin memang budak innocent bila nampak saya nonstop pegang pod tambah lagi minum-minum, Azila tengok saja saya. "Tahu juga. But this is my own choice, diorang akan halang satu kali sahaja. Diorang selalunya hormat decision kami adik-beradik, yang penting tidak mendatangkan masalah besar kepada keluarga" panjang penjelasan saya. "Kalau kau tidak selesa, bagitahu lah saya ah. Saya boleh stop juga ni sekarang" saya memandang Azila. "Takpe la. Orang ok je." Kata Azila sambil mengambil satu lagi kepak ayam. "Lapar kau ni kan. Ada bah nasi sana tu Kakak masak tadi. In the house dia bilang tu" kata saya pada Azila. Tapi dia sendiri tidak mahu, hendak tunggu yang lain katanya.

Kami berbual sahaja dengan Azila sampai Jes dan Ceela turun. Ceela datang sahaja, terus duduk dengan saya dan cuba merebut botol yang saya sedang pegang tapi saya elak. Saya habiskan setengah botol one go, then saya buang botol dalam kotak. "Ceela kenapa kau tidak pakai tudung ni. Tadi ada banyak lelaki masuk homestay depan ni saja, macam mana kalau ada yang tiba-tiba keluar?" Saya bertanya pada Ceela yang selama ni memang peka soal tu semua. "La ye ke? Abis awak tu bukan lelaki eh?" Sengaja Ceela menjawab dengan cara mengenakan saya semula sambil berdiri hendak naik ke bilik tetapi saya pegang bahu dia dan menyuruh dia duduk kembali. "Jadi kau tidak terima saya selama ni, kali-kali reject saya, pasal saya lelaki lah di mata kau?" Saya bisik pada telinga Ceela then berlalu pergi ke kereta untuk mengambil sweater saya. Padan muka Ceela merah sendiri kena balik bila cuba sakat orang jarang makan saman macam saya ni. Saya datang kembali lalu menyarung tangan dan kepala Ceela dengan sweater saya. Saya zip sekali sampai tutup leher. Kali ni sweater saya yang berwarna dark grey pula yang bersarung pada badan Ceela. Jangan lagi kena tapau oleh Ceela ni kali. Si Ceela ni pun rela sahaja saya yang memakaikan dia sweater, tidak pula sambut dan pakai sendiri.

Lijah turun dengan wangian yang seperti baru habis sebotol disembur. "Uuu mak cik. Boooo mak cik. Perfume malaikat malam" ejek Jes yang sedang memakan kepak ayam dia yang ketiga, Lijah hanya mencebik seperti malas melayan Jes. "Mak cik. Ni hari sebenarnya birthday si Mel. Kau tolong lah pi minta kakak homestay tu kek. Nyala lilin sedia ok." Jes memerangkap Lijah untuk memegang kek sebentar sahaja lagi sebelum Mel turun. Semua sudah berpakat untuk bagi Mel mandi paling last. Cuma Lijah yang masih tidak tahu apa-apa tapi mandi di kamar mandi pertama sampai 40min entah buat apa, diorang semua terpaksa berbaris mandi di kamar mandi kedua kata Ceela tadi. "Apasal pulak aku yang kena ni? Korang tah boleh nak ambil sendiri yeh dari tadi?" Soal Lijah tapi tiada sesiapa yang melayan dia. Semua pura-pura sibuk supaya Lijah yang ambil dan pegang terus kek itu. Baik juga si mak cik, dia pergi mengambil kek tersebut dengan mengheret kakinya sendiri.

Mel turun datang sahaja, kami semua nyanyi lagu Happy Birthday sambil Lijah menghampiri Mel muka macam mahu tidak mahu saja. Mel berpeluk tubuh memandang Lijah dan senyum kepada kami semua lalu ikut bertepuk tangan juga. "Happy birthdayyyy to me" nyanyi Mel dengan kuat juga apabila lagu sudah sampai ke penghujung lalu meniup lilin. "Hepi birthday Mel." kata Lijah sambil menghulurkan tangan untuk salam Mel. Mel menyambut tangan Lijah dan saya bersama Jes serentak bersorak "Cium! Cium! Cium" Tiba-tiba cream kek sudah terpalit pada muka dan leher saya apabila sya menarik tangan Mel. Mel cuba mengejar Jes tapi tidak dapat, laju gila Jes lari pergi ke kaunter depan sampai Mel tidak dapat kejar. Yang lain semua ketawa sahaja. "Thank you everyone. I love you all. Termasuk kau lampir" kata Mel sambil memotong-motong kek dan meletakan pada disposable plate. Dia hantar juga kek untuk kakak owner homestay yang baik hati tu.

RejectionsDonde viven las historias. Descúbrelo ahora