Whole Semester on You

181 8 4
                                    

Penat turun tangga tinggi sangat seorang diri. Kawan hantu Mel dan Jes sudah jalan tidak tunggu saya langsung. Fikir balik, memang salah saya. Jes sudah datang bilik, siap tarik rambut saya dan tarik selimut suruh bangun tapi saya sendiri tidak dapat bangun. Janji jumpa cafe jam 10 pagi, saya bangun jam 9.30 pagi 😅 Marah Mel.

"Kau yg decide kelmarin jam berapa kita jumpa d cafe, kau yg lmbat bangun! Kami jln suda, kau kejar la kami nanti."

Marah betul Mel text saya. Rasa diri macam hangover sikit. Kurang tidur kena khayal fikir Ceela tidak henti-henti kali. Duduk tangga lagi, refill pod juice. Strawberry vanilla grind puff. Vanilla. Ceela tidak suka vanilla. Tapi saya refill juga. This flavour bomb guys. Suggested tip top and after refilling I tried few puffs. Segar fikiran. Rrrrrr rrrrrr. 1 message from 1 chat.

"Duduk sorang2, hembus asap bau sket kali ni, nape tak ajak turun sama?"

Automatik saya tengok kiri, kanan dan belakang. Ceela. Lawa dia ni pagi. Serba pink, rasa hendak jatuh biji mata tenung atas sampai bawah. Mata saya susah berkelip nampak keindahan pemandangan pagi gadis cantik ni tahu 😂. Ceela makin dekat then dia tarik topi hoodie saya kuat-kuat dan tarik masuk kepala saya. "Asal tenung orang camtu, scary la pagi-pagi. Nak gi mane ni? Takde kelas kan hari ni? Nape turun jugak?", banyak pertanyaan cewek cantik ni kan. Cewek cantik luaran dan dalaman. "Hello, saye cakap dengan tangga ke? Dengan rumput ke?", kata Ceela betul-betul depan muka saya. Rasa tersedar terus tapi mengigil direct tengok bibir Ceela and then mata jarak begitu dekat. Dengan pantas saya berdiri sebelum tidak dapat control diri. Sedut pod dalam-dalam then hembus.

"Awak, ok ke?", tanya Cella. Saya capai tangan dia and then saya bawa dia jalan dulu. Terasa debaran hati saya bila pegang tangan dia, saya lepas. Ceela tidak lepas mata pandang saya. "Ok saya ni. Kau ok?", itu ja saya mampu jawap. Bercelaru otak saya masa itu, beberapa saat lagi ni perempuan tidak jalan dulu dari saya, memang saya.... "Awak, ok ke takk ni, saye....", belum sempat Ceela habis cakap Chup!. Tamat riwayat saya pagi tu. I'm done. I can't. I liked her that much and I kissed her without realizing any consequences. Bulat mata Ceela cepat dia tolak saya. Then dia lari turun tinggalkan saya, saya tidak mampu cakap apa-apa, saya hendak kejar minta maaf tapi saya sendiri kaku berdiri sana. Fikiran saya sangat pendek masa tu, bagaimana kalau ada orang lalu dan nampak? Bagaimana kalau lepas ni Ceela benci saya, menjauh dari saya then tidak mahu berkawan dengan saya lagi? Saya ambil phone saya, saya hendak call Ceela. Mengigil-gigil tangan masa tu.

"Berapa jam lagi kau mau suru kami tunggu kau d sni?"
"Berlalat-lalat suda bakso kau ni bruh"
"Cepat lah kau turun, si Jes habis 2 biji burger suda ni"

Bertubi-tubi message Mel masuk. Saya tidak peduli suda. Saya cuba call Ceela. Tapi dia tidak jawab. Saya cuba call lagi sambil jalan. Stress level saya naik. Nonstop puffing. Dari jauh saya dengar ringtone kejap then hilang, saya call lagi, dengar ringtone kejap then hilang. Bunyi dari belakang Lab Biology, saya lari pergi sana untuk check itu Ceela atau bukan. Saya mesti jumpa dia and minta maaf. Sampai belakang lab, nampak Ceela duduk sana. Berjatuhan air mata dia. Saya rasa paling bersalah di dunia masa itu. Sembab muka Ceela, salah saya memang salah saya. Dalam masa yang sama, saya risau ada orang nampak situasi tu. Saya duduk dekat Ceela.

"Ceela, saya mahu minta maaf. Maaf betul-betul. Salah saya", kata saya. Ceela jeling saya sambil berjatuhan air mata, hati saya masa tu memang hancur gila nampak dia menangis-nangis begitu. Jijik sangat kah dia rasa? Sampai sakit hati dia begitu sekali menangis-nangis. Saya tidak sentuh dia langsung macam saya biasa buat. Saya takut dia akan tambah menangis. "Awak tahu tak, tu first kiss saye? Saye dah save utk org terakhir dlm hdup saye. Bukan utk awak." Separuh menjerit Ceela balas saya. Tergamam saya sekejap then saya tarik dan peluk dia. Ceela tidak tolak, tapi dia terus nangis dalam pelukan saya. Saya biar dia let go semua. Semua salah saya. Saya tidak tahu apa yang perlu saya cakap lagi. Sorry, minta maaf, kalau Ceela faham bahasa ibunda saya, I will say 'siou' to her as well. Puas Ceela nangis, dia tolak saya. Berdiri and then jalan tinggalkan saya. Hoodie saya pun basah separuh di depan, begini banyak dia nangis. Gara-gara tindakan selfish saya, tindakan bodoh.

RejectionsWhere stories live. Discover now