Field trip

214 7 0
                                    

"Bah jadi hutan perawan kita ni sem?" Tanya Miss Tina yang gedempal tapi selalu cheerful and friendly dengan kami semua. Dia saja ni guna istilah hutan perawan ni. Lol. Tapi berjaya juga dia tarik perhatian orang-orang dalam kelas dengan ayat-ayat dia tu. Kadang-kadang kami lupa yang dia ni lecturer sebab rasa macam kawan saja sebab gaya-gaya dia yang ala pelajar. "Miss saya suggest Maliau Basin. Onsoi! Ada senior kami sana sedang praktikal. Dia boleh tolong atur untuk kita" Teriak Stanley dari belakang kelas. "No. I've been there. Nothing much if you can't climb or hike like crazy. I mean, look at all of us the ladies here. You can only go for short trail with almost all of them resemble dipterocarp trees" Miss Tina pula yang membantah berabis. Memang dia bukan pencinta alam, sebut virgin forest saja dia fikir pokok sahaja, tidak kisah dengan ferns, fungi, mammals dan segala suku sakat isi hutan. Tapi memang betul juga lah. Dalam kelas kami, kebanyakan perempuan berisi semua dan kurang fit. Kalau suruh daki-daki ni memang ada yang merangkak. Baru daki Bukit Botak dulu, hampir separuh orang sampai separuh jalan sahaja.

"Bah Miss. Kita pi sana Lembah Danum saja lah. Trail semua kita boleh masuk ikut tahap fitness kawan-kawan kita ni. Dulu Mr Specially ada mention pasal tu tempat banyak haiwan, gajah pun ada" Kata Jes sambil menepuk-nepuk belakang Lijah di sebelahnya. Lijah menolak kasar tangan Jes dari bahunya kerana satu kelas ketawa dengan kata-kata Jes. Ceela menutup mulut di sebelah saya hendak tahan ketawa tetapi kerana Lijah kawan dia, dia menahan ketawa sebab hendak menjaga hati kali si Mak Cik kali. Tetapi Lijah sudah merah muka malu-malu sebab dia antara geng tough badan dalam kelas. "Bukan aku sorang je la" Lijah memukul Jes dengan buku notanya. "Begini lah, kita undi sahaja, you, rambut serabai get up and write the number of votes here. You don't show any interest at all with everything, this will help you to focus again" Miss Tina menunding saya mengunakan marker. Saya pula disuruh yang duduk jauh dari whiteboard padahal banyak student lain yang terpacak duduk depan dia. Dia nampak saya sibuk tengok orang sebelah sahaja kali. Saya bangun dan mengambil marker dari tangan Miss Tina sambil mengosok-gosok kepala saya sendiri malu pula bila 1 kelas dengar kena panggil begitu. Memang sudah agak panjang tidak kemas rambut saya ni. Mungkin biar panjang lagi atau potong pendek undercut balik nanti, ikut keadaan.

"There we go. Lembah Danum it is, bah terus buat committee. Saya mahu semua start hari ni. Cari fund, cari quotation and everything. You. Stay" Miss Tina ni memang lah, sudah lah tulisan tangan saya ni kalah cakar ayam, disuruh lagi menulis panjang berjela di whiteboard. Lepas semua sudah settle, baru saya dapat duduk. Semua kawan-kawan lain sibuk tanya Miss Tina macam. "Okay settle down everyone. Keep English in this class. Saya tidak mahu lecturer lain tiba-tiba lalu sini and then I got sacked again for letting you guys speak Malay all the time, class is supposed to in English remember? Let's continue with the syllabus" Miss Tina cari alasan saja tu malas sudah menjawab soalan bertubi-tubi padahal dia yang mula dulu dari awal lagi tidak guna bahasa untuk akademik.

Habis kelas sahaja, semua orang mula buat kerja masing-masing. Beberapa hari berlalu, semua masih bersemangat hendak pergi Danum Valley. Orang-orang sini pula yang relax sahaja semua dapat kerja simple, urus transport, urus saguhati, urus group dan itu sahaja. Ceela pun bukan main excited lagi cari quotation segala dari travel agency walaupun saya sudah suggest cari ground operator terus. Macam beli baju pula dia masuk kedai satu-satu kerja berganda. Lol. Tapi dia tetap mahu buat juga, jadi saya biarkan sahaja dia send email banyak-banyak sebab saya pun dapat juga spend time sikit dengan dia di library. "Awak. Ada stokin pacat tak?" Tanya Ceela pada saya dan saya merenung dia sambil membalas "Tiada. Nanti kita cari lah. Banyak tu pacat sana Jes cakap dengan saya tadi." "Kita tak perlu la benda tu sebenarnya. Derma je darah sikit, seimbang ecosystem kita kan" balas Ceela selamba. Saya diam sahaja bila dia tanya pasal pacat ni. Lagipun tiada fungsi juga stokin pacat tu, pacat dapat naik juga. Malas hendak komen banyak sebab saya sudah draft saguhati untuk Danum Valley nanti, sijil ja. Kerja siap dan hati pun senang. Simple tinggal cari frame dengan Celeste nanti sebab kami dua yang urus saguhati ni. Jadi bila committee lain sudah siap untuk semua, baru kami print and hantar dengan Miss Tina. As simple as that because both of us are simple minded. Bila semua sudah confirm, tarikh dan yuran pun confirm, kami semua mula bergerak lebih cepat. Dalam masa sebulan juga kami semua siap buat semua. Tshirt pun kami ada buat semua dengan banner sekali, memang semua perfect lah. Lol.

RejectionsNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ