Lansan Nu Huang

117 6 3
                                    

"Hi. Ya atau tidak?"

"Ape ni. Bosan la hri2 soalan yg same tak henti2."

Saya renung phone. Patutkah saya buat ni semua begini atau lebih bagus jika berhadapan dengan Cella? Saya buntu, lebih tepat lagi takut kena reject lagi. Masuk minggu kedua cuti semester pertama, saya sentiasa contact Ceela via phone call or text. Cuma satu benda yang masih awkward antara kami, kami tidak pernah sebut apa-apa pasal the kisses we share before to each other. Saya rasa Ceela akan lebih selesa kalau saya tidak sebut apa-apa tentang itu.

Ada 2 hari saya miss contact dia hari tu. Sebab sibuk tolong dady saya di kebun sawit dia. Late night saya terbangun dapat text from Ceela. Tengok jam, 12.23am. Saya buka mesej, nampak 2 gambar kena send then cepat kena deleted. Now I had 2 This message is deleted.

"Hi. Anything?"

"Hye. Takde. Salah send je. Ingat nak download je gamba dri backup. Tak sangka pula app bodoh ni send kat awak."

"Gambar ni bila pula kau send kalau ada dlam backup chat ni?"

Ceela hantar screenshot membuktikan apa yang dia cakap. Saya tengok tarikh, 4hb Januari. Sekarang sudah bulan April.

"Jauh betul kau throwback baca text kita dulu ni. Ada apa-apa yg sya perlu tahu? Atau kau rindu saya tpi kau malu-malu kucing?"

"Takyah nak perasaan la. Salah send je"

"Kenapa kau belum tidur?

"Terlebi tido tenghari tadi, sekarang tak dapat tido. Awak bizi ke kblakangan ni?"

"Busy sikit. Tlg dady saya di kebun. Saya anak petani remember?"

"Ala takyah nak merendah diri sangat."

"https://youtu.be/YPSk59nrli0 enjoy the song, this is a murut song but translation ready, saya tidur duluan k. Night ❤"

Since then saya sentiasa contact Ceela hari-hari. Dia akan sentiasa balas chat saya. We share a lot of song together. Saya share lagu bahasa ibunda saya banyak dengan dia juga. Of course I will translate for her.

Tapi tetap rasa ada sesuatu yang tidak cukup dalam hati saya. Saya mahu dia jadi lebih dari kawan dalam kehidupan saya. Tapi dia layan saya macam kawan dia sahaja. Dia memang akan selalu bagi saya bluetick bila saya cuba hendak bincang tentang kami. Kalau bukan bluetick, dia akan tukar topik. Itu buat saya overthinking kadang-kadang. Saya check Instagram, klik story Ceela. Dia post selfie dia pakai hoodie saya semalam, hati rasa gembira.

"Kau ada bawa hoodie saya balik Perak? Atau kau simpan tempat penyimpanan barang di asrama?"

Saya text Ceela pura-pura tanya dan tidak tahu.

"Kite bawak la bende tu. Tak cuci lagi, awak sendiri la cuci nanti. Saye tolong simpan je. Tak kan nak tinggal kot."

Jadi belum bercuci lagi, masihkah ada bau peluh saya tu? Dia sanggup pula pakai balik lepas sudah basah dengan peluh saya berlari hari tu.

"Kau mahu ka tu? Saya bagi kau la tu kalau kau mahu. Jadi kau cuci saja la."

"Betul ke ni? Tak bole buruk siku ye."

"Ambil saja la. Saya ada banyak hoodie lagi.

"Harap awak tanggal banyak-banyak lagi depan saye and then awak bagi lagi kat saye 😏"

Wah. Begitu pula dalam fikiran dia tapi saya tahu dia bergurau. Hoodie yang saya bagi Ceela itu, antara hoodie kegemaran saya. Hoodie Bathing Ape berwarna hitam. Tapi saya lebih sayang orang yang saya bagi hoodie tu. Ceela pernah share dengan saya yang dia tinggal dan membesar dengan mak cik dia, bukan ibubapa dia. Saya tidak pernah tanya kenapa, saya cuma tunggu dia share sendiri. Takut nanti kalau tanya dia akan sangka saya menyibuk atau dia mungkin tidak mahu cakap tentang itu. Jadi sekarang dia tidak balik kampung, cuma stay dengan mak cik dia di Ipoh. Ceela baik sahaja orang dia. Hampir tidak ada flaw. Dia tidak secantik model atau orang famous tetapi dia sangat comel dan baik hati. Dia tolong semua orang. Dia tidak pernah berkira. Cuma when it comes to voicing out opinion, she will make sure her opinion is always right. Kami pernah kena 2 sided presentation, saya kena present strategy untuk kumpulan saya. Ceela pun present strategy. Saya present franchise and acquistion. Dia present better service sequence. I got the point, pendek kata saya menang. Lecturer pilih strategy group kami sebab relevent. Ceela jumpa saya, tanya macam-macam sampai rasa mahu kiss sahaja mulut dia bagi diam. Saya sudah masak dengan cara dia, jadi saya kasi ya sahaja semua kata-kata dia semasa tu. Then saya bawa dia makan waffle peanut chocolate. Saya paksa dia makan depan saya, kalau tidak saya korbankan waffle yang saya kasi ikat denga dompet dia di dalam tu bagi biawak makan. Dia terpaksa makan dengan mulut muncung-muncung. Baru diam mulut dia, kalau tiada orang kali di sekeliling cafe saya guna cara paling halus dan senang kasi diam dia. Kamu semua tahu maksud saya ni kan.

She's literally perfect in everything. Ada masa-masa saya rasa macam hendak putus asa. Itu bila saya rasa dia macam berusaha menjauhkan diri daripada saya. Tapi last-last dia datang rapat balik dengan saya sendiri. Pernah sekali, saya bawa dia jalan, dia kata penat. Bila saya dapat tahu dia keluar dengan kawan dia dari politeknik, saya agak kecewa. Pasal dia boleh sahaja terus terang yang dia ada plan dengan orang lain jadi saya tidak akan paksa. Tapi saya sangat biasa sudah buang apa yang negatif, fikir benda positif. Saya akan approch dia balik no matter what. I like her that much. Saya akan sakat dia selalu. Tapi dia pun masih sentiasa dekat dengan saya. Dia tiada tanda-tanda benci pun dengan saya.

"Ceela. Can we talk about something?"

"Nak ckp ape? Penting ke? I ni datin la skg ni, tak layan cite kosong"

Amboi datang sudah gila dia ni.

"Yes or no?"

"Soalan ni saye patang sangat dengar ye. Saye tanya awak, awak bukan bagi tau ape. Kalau sehari awak tak tanye soalan ni, awak tak hidup eh?"

Marah serius kah dia ni. Saya selalu bagi gantung segala-gala bila dia tanya.

"Cakap ya dulu. Bru sya bagi tau apa."

Ini jawapan saya selalu bagi dengan dia. Then dia akan bluetick saya. Saya sakat dia selalu bila dia post status Whatsapp. Kadangkala dia akan reply status saya juga. I always send her this emoji 😘 and she replied well. Kadang-kadang dia hantar emoji 🐽🐷🐖. Setakat ni saya belum faham apa yang Ceela rasa, kenapa dia tidak tolak skinship from me, kenapa dia tidak menjauhkan diri daripada saya, kalau dia memang tidak rasa apa-apa dengan saya, dia patut sudah menjauhkan diri.

It's like I'm counting this first semester break to end fast. Just to see her again, to hold her hand again, to sit and talk nonstop with her again. I really miss her like MISS! Satu hal lagi yang sampai sekarang saya masih tidak pasti, apa perasaan Ceela terhadap saya. Apa yang dia katakan, tidak pernah sesuai dengan apa yang dia lakukan setiap kali bersama dengan saya. I just hope this semester break end as soon as possible. So that I can be with her again.

"Awak. Dah check ke dapat asrama atau tak sem dpn?"

"Dapat ni. Cluster A. Hbu?"

"Cluster A jugak ☺. Awak nak sebilik ngan sape?"

"Sama kau bah. Siapa lagi"

"Awak. Sorry tau. Kite dah janji ngan Lijah nak sebilik. Kesian kat dia."

"Saya main2 saja bah. Don't worry. Saya try sebilik dengan Mel & Jes. Jdi akn ada kosong 1 lagi. Kau suruh la bah si Lijah tu msuk bilik kami, boleh dia tdur sama katil dengan Mel."

"Gile ke ape? cari nahas"

Memang saya selalu sakat Ceela pasal Mel dan Lijah. Lol. Semester depan, saya mesti cari bilik yang dekat dengan smoking area. I will give my all to get the nearest room.

"Dah la awak. Nah lagu utk awak. Saye suke lagu ni tau. Nak tido. Night darling 🤣"

"Night cewek seksi"

"Tf!?"

Saya buka Youtube link. Pejam mata dan tertidur mendengar lagu tu. Saya suka lagu tu sampai sekarang. I will upload it on the next chapter. All I want now is to open my eyes and the semester break is over. I miss her sooo much already.

RejectionsWhere stories live. Discover now