Say We Together

140 7 6
                                    

"Damn it Jes. Ini la kau punya gara-gara ni. Makan nasi goreng sampai 2 piring. Tengok lambat kita. Dapat tingkat 3 lagi", marah Mel pada Jes. Sambil dia bercekak pinggang mengangkat luggage dia pada tangan kanan dan baldi berisi segala macam harta benda berdaftar entah apa semua pada tangan kiri. Saya yang tidak sampai sebulan tidak training naik tangga sudah cepat lelah, macam biasa. Buka hoodie di tengah tangga kepanasan, buka topi and then kipas diri sendiri. Rambut saya sudah mula memanjang, saya akan cover pakai topi untuk sementara. Saya duduk sekejap untuk berehat, sambil sedut penyambung nyawa. "Kau gila sudah? Macam mana kalau kena tangkap kau berasap kepul sini? Mau kami kena angkat unit disiplin sama kau?" Bebel Mel. Aduh si Mel ni kalau membebel memang kalah mama-mama apalagi dia sedang kepenatan. Terpaksa saya berdiri sambung pejalanan menyeksakan. Besok semester 2 start sudah ni, mula lagi chapter baru untuk semua.

30 minit kemudian, kami semua sudah selesai mengangkat barangan kami semua. Macam biasa saya akan kena bagi katil atas, bawah saya Jes. Mel sudah booking katil bawah satu. 1 spot masih kosong untuk bilik kami. Saya lap habuk-habuk, pasang cadar segala, susun baju dengan beg, sapu lantai dan siap untuk semua setakat ini. Mel dan Jes masih terkangkang baring katil masing-masing kepenatan mengangkat barang mereka sendiri. "Itu la saya cakap kamu tu, tong sampah tu tidak payah la masing-masing, kamu mahu juga", kata saya sambil berlalu. Tapi seorang pun tidak menjawab, sekali saya check, dua-dua perempuan sudah tidur.

Tok..Tok..Tok. Baru saja saya mahu tukar seluar pendek dengan jogger pants, ada pula ketukan pintu. Sekali saya buka pintu, tercengat seorang siswi malu-malu kucing. "Eh hai." Katanya. "Halu. Masuk ni bilik?" Saya tanya. "Ya. Saya baru dekat sini." Balasnya. "Baru? Part 1? Bukan part 1 sudah dulu masuk dari semua part lain? Semua dapat aras 1?" saya tanya sebab agak pelik pula student baru masuk aras 3 tapi baju bukan hitam putih 😂 "Saya transfer U bah", katanya. "Ohhhhh" balas saya. Baru faham and dapat pickup. "Bah masuk la. Kau tiada pilihan lain ni. Terpaksa kau di atas Mel sekarang. Oh ya. Saya E, ini Jes dan ini Mel." Kata saya memperkenalkan diri dan kawan-kawan yang sudah tidur terkangkang. Sumandak tidur bekangkang tf. "Saya Shameena. Panggil ja Sha." katanya. "Ok noted. Ada lagi barang kau? Banyak? Kalau tidak saya tolong angkat", kata saya offer pertolongan. Kasihan bah cewek cantik macam dia ni kalau kena biar angkat barang naik tangga tinggi begini. Lawa saja si Sha ni, bagi saya dia ni la wanita perfect dari segi fizikal. Putih, cantik without makeup, wangi, hipster and nampak matang.

"Tidak apa la. Family saya ada juga tolong saya angkat barang di bawah ni sekarang. Terima kasih", jawapan ikhlas daripada Sha. Saya on saja semasa tu. Sebab saya sudah text cinta hati saya, nama dia Ceela 😂 bawa pergi makan sama-sama di cafe bawah saja. Lama tidak jumpa Ceela, rindu betul. Ceela awal daftar asrama lagi daripada kami, jadi dia dapat aras 2. Saya mahu tunggu Ceela sambil layan pod dulu. Jadi saya text dia bila sudah sampai smoking area.

"Saya tunggu kau tempat biasa."

"Ok 🐽 tapi kan lijah nak join la. Bole tak?"

Kacau betul la si Lijah ni kata saya dalam hati.

"Bah bawa saja. Mel tiada juga ni."

Sebenarnya Lijah ni, musuh dengan Mel sahaja, tapi memandangkan Mel sentiasa bersama dengan saya secara automatik Lijah akan tidak melayan saya dan Jes juga. So, saya ok saja. Yang penting jangan dia terkam saya sudah. Dari jauh saya nampak Ceela berjalan laju-laju meninggalkan Lijah. "Wei Ceela, awat laju sangat ni?" Kata Lijah separuh memekik. Aduh bising betul lah diorang ni. Saya tidak lepas mata pandang Ceela, pipi dan badan dia makin berisi lepas semester break ni. Tidak kurus meringkai sangat macam semester pertama. Baju pun sudah tukar casual, tersenyum lebar Ceela pandang sambil lambai saya. Saya angkat tangan balas lambaian dia.

"Hai. Sihat?" Tanya saya sambil kenyit mata sambil tengok Lijah masih jauh. "Hye awak. Semerbaknya wangi sarsi" Kata Ceela. Flavour baru Rootbeer Ice jadi yang ni Ceela tidak pernah hidu. Ini lah peluang saya sementara Lijah masih jauh. Saya hulur tangan salam Ceela, dia sambut and then saya tarik peluk dia. Dia diam sahaja sebelum tolak saya cepat-cepat apabila Lijah hendak dekat dengan kami. Biarpun dia sudah tolak, saya masih pegang tangan dia tidak lepas dari tadi. Terasa dia menarik-narik jari jemari dia mahu melepaskan dari genggaman saya. Seronok pula rasa usik dia begini, sebelum Lijah syak, saya lepas tangan Ceela. Merah muka Ceela tahan marah atau mungkin tahan malu? Biar saja. Yang penting semasa tu, kami turun makan sama-sama. Semasa makan, becok betul mulut si Lijah bercakap tidak henti-henti. Saya bagi jawapan ya ya ja dengan si Lijah.

RejectionsWhere stories live. Discover now