Moving on?

114 9 0
                                    

Saya? Move on? Always the hardest part ever for me during early period of time. Saya ada girlfriend dulu, semasa masih form 6. She dumped me dengan alasan saya tidak dapat bagi dia apa yang dia mahu. I didn't even asked her apa yang dia mahu. Memang betul lah, saya mengaku saya ada pergi merayu-rayu juga dengan dia untuk beberapa hari tapi tiada cerita so I just let her go. Cara saya move on, saya unfriend dia dalam semua social media. Saya padam number dia dan elak semua hal yang ada kaitan dengan dia dalam hidup saya. Saya tidak akan block sebab block means benci. Saya tidak benci dia, saya hanya mahu move on. Untuk saya, cara ni sangat berkesan. Saya dapat move on dengan baik saja sebab saya tidak akan perlu ambil tahu dia macam mana sekarang. Dia makin lawa sudah atau tidak. Dia kerja atau sambung study dan yang paling penting, saya tidak akan ada cara untuk contact dia lagi.

Tapi untuk Ceela? Saya langsung tidak sanggup untuk buat tu semua. Another reason why is we are not even a thing yet. We are not a couple but we acted like we are because she never say yes to me. All those kisses we shared, warm hugs, foods, drinks and sweet moments together. Baru saya sedar yang saya sudah buka hati saya besar-besar untuk sesuatu yang tidak pasti seperti ini. Mungkin sebab Ceela ni terlebih lain daripada yang lain. Di mata saya dia perfect. Saya bertekad untuk kurangkan contact Ceela. Saya akan cuba untuk layan dia seperti saya layan orang lain. Saya perlu save diri sendiri juga because this life is too meaningful to waste.

"Jarang sudah oh kau stay sampai lewat malam ni sem di smoking area. Bertaubat suda kau?" Tanya Mel yang sedang kena urut oleh si Sha. Macam datin pula Mel ni, mentang-mentang Sha lurus bendul. Mel dan Jes sudah perasaan itu hal semua. Minggu ni sudah masuk minggu keenam saya minimize contact dengan Ceela. Kalau mahu hisap pod bodoh saya tu, saya akan pergi di bangunan lama universiti sambil jalan-jalan bagi fikiran tenang dan kalau tiada orang dalam bilik saya di sana sahaja. Akan pergi ke smoking area apabila terdesak sahaja. Sebab datang sana buat saya terfikir benda yang sudah lalu. Saya tidak text Ceela macam selalu yang wajib ada greetings morning what so ever setiap hari. Saya pilih untuk terus bangun dan bersiap then bagi busy diri sampai tidak terfikir benda tu balik. Saya bawa Jes join kelab muzik dan belajar main cajon sana dengan kakak abang senior. Jes jumpa cinta hati sudah sana dengan berbekalkan suara merdu dia sebagai pakej utama. Mel dan Oliver selalu bawa saya jalan apabila ada masa untuk cari 'haus' biarpun saya agak kacau daun tapi Mel sendiri insist cakap dia rasa lagi selamat kalau saya ada. That's how supportive my friends are. They are everything to me until now.

"Oi kau lupa kah si Sha ada resdung? Jangan sekali-kali! Kenapa lah smoke detector dalam bilik ni tidak berfungsi" Mel terjerit kecil apabila nampak saya secara tidak sedar cuba langgar peraturan isap pod dalam bilik lagi. Memang akan automatik capai benda tu dalam poket bila banyak fikir begini. "Oh sorry-sorry" kata saya sambil menyimpan balik. "Malas sudah saya stay smoking area sekarang. Musim sejuk." Alasan saya sahaja. "Sejuk kasih sayang cinta diduga ka?" Jes yang sedang main game menyampuk. "Malas lah saya mahu layan kamu dua ni. Sha, urut lagi saya bah sini. Sengal-sengal bahu saya ni. Tidak payah kau urut si Mel tu, si Oliver urut dia tu selalu. Saya mau ganti Mel ni jadi datin. Tapi kau pakai baju dulu baru urut saya ok." Kata saya sambil kenyit mata dengan si Sha yang memang wajib tiap kali tengahari buka baju dan bra sahaja. Panas kata Sha. Saya pun macam sudah lali biasa jadi saya sekarang lebih relax. "Kau ini potong jalan betul oh. Baru bah 8minit si Sha urut saya tu. Kau sudah rebut" Marah Mel tapi tiada yang peduli. Si Sha pun sudah duduk di belakang saya sambil mengurut. Sha cakap dulu dia pernah kursus Spa tapi separuh jalan saja, jadi dia pandai mengurut ni. Selesa betul apabila kena urut dengan si Sha, saya tidak sedar pula tertidur.

"Bos bangun. Kau tidak mahu turun join makan ka?" Terasa macam kena tampar-tampar perlahan pipi saya. Bila saya buka mata rasa macam terkejut pun ada, terduduk saya terus. "Jam berapa sudah ni?" Tanya saya pada Jes. "Oh jam makan suda ni. Buka dulu Whatsapp kau. Group Law438 meletup sudah mesej tu, kau reply dulu Madam Herniza noted bilang nanti dia marah tiada respon dari kau. Ada assignment group kena bagi last minit. Tapi dua orang 1 group saja" Kata Jes. "Bah siapa mahu satu group saya ni. Kau atau Mel?" Tanya saya masih mamai sikit. "Sudah Madam decide lah group kita. Kau tahu sudah dia paling benci nampak satu class ada kelompok yang sentiasa sama group. Kau check lah list dalam Whatsapp tu" kata Jes. Saya scroll perlahan membaca dan terkejut nampak dateline assignment tu. "Gila betul. Besok bah ni dateline dia. Madam ni macam tidak mahu bagi kita rehat weekend sahaja" kata saya setelah baca outline assignment. Saya scroll lagi baru jumpa list group. Cari nama saya, jumpa pula satu group dengan si Celeste. Awkward lah ni kali satu group sama budak pendiam. Terhenti saya nampak group 8, Jes satu group dengan Ceela.

RejectionsWhere stories live. Discover now