First Mistake, First Love

598 11 0
                                    

Kena denda lagiii. Itu ayat yang akan sering saya ulangi dari mula sampai berakhirnya latihan kawad kaki. Kena lagi eksen semacam komander-komender, nah. Memang musim inilah yang buat semua siswa-siswi fed-up.

Berdiri tegak semua. Ingat step. Bagi arahan. Seorang-seorang maju depan, berlatih bagi arahan. Sampai giliran saya, lidah memang keras macam batu dengan slang Sabah pekat saya.
" Dari kirii ke blakang pusing! " serta merta semua orang sengih, sudah terlajur ketawa, tutup muka pun ada. Saya memang tidak akan kisah, this is me, my slang, not going to change any but ada seorang sengih-sengih d barisan kedua belakang, senyuman dia tu, pandangan dia tu, bikin hati rasa lain macam.

Habis giliran saya, barisan dirombak lagi. Ikut platun. This time I'm stuck at the end of the line. Toleh kanan, orang yang senyuman dia boleh gugur jantung 💓 terasa peluh makin banyak jatuh, terasa sejukkk peluh jatuh. Saya senyum balik dengan dia, dia balas senyuman, comel betul dia besar pipi dia walaupun hakikatnya dia kurus meringkai.

Komander berteriak. "Dari kanan, ke belakang pusing!" Berpusinglah saya dan si pipi comel sambil tabik hormat. Jalan paling yakin, lengok dia lagi ayu. Tapi saya hairan, kenapa tiada bunyi tapak kaki di belakang kami, toleh belakang, fuhhh malu habis. Orang semua jalan arah lain, kami berdua sahaja yang yakin salah arah 😂 betutup mulut kami berdua belari balik barisan asal sambil ketawa, cover malu bah. Boleh silap sedangkan orang ramai.

Habis hour untuk kawad, berlarian saya ambil beg, saya kejar si pipi pau. Saya tengok dia dari belakang, sedang beli ice coffee dari vending machine. Dia pusing belakang "Eh awak rupenye. Nak tak?" Ayat paling pertama dia cakap dengan saya. Rupanya dia orang Semenenanjung. Then I said, boleh juga. She pulled out her RM1 note and bought the same drink without asking. "Nah untuk awak." Saya sambut minuman dan bagi dia RM1 tapi dia tolak. "Takpe saye blanje." Sambil senyum buat peluh saya lagi sejuk berbanding ais coffee di tangan saya. "Bah ok lah, thank you ah." Itu sahaja saya mampu cakap, dalam hati berazam akan bayar balik belanja dia ni.

Kami jalan balik, menuju perhentian bas sambil hirup ice coffee dia belanja. Banyak kawan-kawan lain masa tu, tapi saya rasa, semua halimunan. Saya rasa saya nampak dia seorang saja masa tu. "Siapa nama kau? Part berapa?" Itu pertanyaan saya pertama dan kedua, bergabung  untuk dia. "Ceela. Part 1 HM." Terdiam saya, saya renung dia. Kami satu kelas bah pula ni. "Kenapa saya tidak nampak kau dalam kelas ah? Sama kelas kita. Saya E." Saya hulur tangan salam dia. Dia sambut salam saya. "Eleh awak kan hotstuff mane lh nak kenal ngan kite yang belakang ni." Ceela ckp. "Jangan kau begitu, kau sudah nombor 1 saya kenal ni sekarang." Itu sahaja saya balas. "Oklah, bye awak." Kata Ceela sebelum ikut roomates dia naik bas. "Babai" Saya balas pendek. Tidak sempat minta number phone.

Because I know I swing that way, eventhough I know asking for a phone number from my kind is normal, I'm too shy for it. I rarely do so. Sampai bilik, saya duduk, renung ice coffee, saya tidak minum coffee or any cafein based drinks, tapi gara-gara hati gatal dan happy nampak senyuman yang bright, minum pula saya. Masuk group Whatsapp class paling utama. Scroll participant. Scroll. Scroll. Scroll. Tidak jumpa. This is our 2nd week, banyak kawan belum kenal, banyak unknown numbers, all private except for several people which I don't care about. Roomates saya pun semua berbeza course. How am I suppose to ask apa macam mahu dapat nombor telefon dia?

Malam itu, saya tidak dapat tidur. Sya tidur jam 4 pagi guys. Because I can't tolerate cafein, the main reason I don't drink coffee. Memang untuk kelas jam 8 pagi nanti, mata akan tambah sepet hitam kalah panda.

Deep down inside, I hope to meet her tommorrow.

RejectionsWhere stories live. Discover now