Menanti Sebuah Jawapan

130 7 1
                                    

Rambut saya terasa makin hari makin panjang. Tiap kali sikat, mesti banyak rambut berguguran. Apalagi musim dekat hendak exam sekarang ni. Malas betul mengurus rambut. Saya ambil keputusan untuk potong rambut pendek hari tu. Saya minta Mel dan Jes teman saya pergi mencari kedai gunting rambut yang bagus.

"Sini lah kau gunting rambut kau tu. Sini dady saya sempat gunting rambut dulu masa hantar saya masuk asrama." Kata Mel. Dady ah saya cakap dalam hati. "Bah boleh. Kamu tunggu saya di Giant Hypermarket sanalah ok", kata saya. Masuk kedai gunting rambut, tengok mak cik tukang gunting rambut dia. Dalam hati ni, sudah berabis paksa diri think positive. Harap guntingan ok. Lol. Agak cerewet pasal bab rambut ni. Pasal jarang atur rambut. "Liang moi mau rambut macam mana", kata si mak cik. Saya tunjuk gambar saja, terkebil-kebil mata si mak cik. "Wah itu pendek betul oh, tidak sayang ka sama itu rambut nanti begini panjang?", banyak soal pula dia. Saya malas bila ada persoalan begitu, ini akan buat saya ubah keputusan 😂 Jadi saya cakap ya, ya dan ya sahaja.

Siap potong rambut, saya cari Mel dan Jes di Giant. Saya tahu section mana diorang selalu serang kalau masuk sini. Section makanan ringan memborong keropok. Dari jauh saya nampak Jes tidak lepas-lepas memasukan segala macam keropok dalam bakul dia. "Jes kalau kau mau rosak buah pinggang kau, kasi penuh la basket kau tu keropok", Saya tegur Jes terus. "Huwaaaa rambut kau ah. Kenapa tidak kasi botak terus", kata Jes sambil pegang-pegang rambut saya. "Malas saya mau jaga ni rambut ni, kau tolong saya sikat la hari-hari", balas saya. "Suruh la Ceela yang sikat kenapa pula saya?" Mulut cabul si Jes ni menjawab memang.  "Malas. Bah cepat kamu, nanti naik matahari karang, panas kita jalan ni." kata saya sambil mengambil biskut Hup Seng dan Milo 3in1. "Ah kau itu. Suruh orang cepat padahal mau begegar suda kau tu kan tida isap pod berjam", Mel menyampuk dari belakang lepas tu kacau laju rambut saya. "Jangan sentuh rambut baru orang!" Kata saya sambil ketawa.

Kami keluar dari Giant dan saya cepat-cepat tarik keluar kehidupan saya, asal usul saya merangkap kesayangan saya. Pod filled with chilled grape dew juice flavour, baru lega rasa hidup ni. "Kan suda saya cakap, memang kau kecanduan suda", kata Mel sambil ketawa. Saya diam sahaja, tidak peduli dan terus layan. "Kalau kau kena suruh pilih pod atau Ceela, mana satu kau pilih?", usik Jes. "Kau gila ka mahu suruh saya pilih antara benda sama orang hidup?", malas saya menjawab soalan dia tu. Sampai asrama kami berpisah ikut aras kediaman masing-masing. Sekarang hampir tamat semester 1, saya rasa sudah kuat kaki, naik tangga tidak berhenti rehat lagi. Naik terus tanpa henti bukan macam dulu.

Masuk bilik, nampak semua roomates masih tidur. Hari Sabtu bah pula ni. Saya pasang string gitar yang baru saya beli tadi. Gitar purple saya ni, sudah sama dengan saya sejak saya form 5. Bawa datang asrama tapi 2nd day sudah putus string nombor 1. Baru ada kesempatan tukar sekarang. Mahu test bunyi dalam bilik tapi susah betul ni begini, roomates semua masih bermimpi. Jadi saya bawa keluar pergi smoking area. Sambil menyelam minum air 😂😂 Test-test sound, rasa lonely pula. Saya text Jes, ajak dia naik keluar sini melalak sama dengan saya. Dia datang dengan pomade warna hitam di tangan.

"Kau mau buat apa tu?" Saya tunjuk pomade tu. "Mau bagi kau la. Ingat rambut undercut begini kau boleh kasi sembunyi pakai topi atau hood selama-lama? Kau beli spray pun tidak tadi", balas Jes. Baik juga si Jes ni sama saya. Bagi free lagi tapi direct saya buka phone then buka kamera depan check rambut bila Jes tegur begitu. Memang kalau tidak letak apa-apa akan jadi zaman belah tengah rambut ni. "Dari mana kau dapat ni, ni macam kena guna sudah ni", soal saya bila saya buka cuba guna pomade tu. "Ni la pomade ex saya dulu tinggal dalam beg saya, daripada menyemak, bagus bagi kau. Boleh kita berbahagi-bahagi aura negatif", balas Jes. Ternganga saya, memang kawan sengkek ni tapi saya kenal ex dia tu, orang bersih juga, jadi guna sahaja. Lol. "Bah apa lagu?", tanya Jes. Jes ni, kalau nyanyi sedap suara dia. Memang family dia semua pandai menyanyi. Saya suruh dia pilih lagu, dia pilih I won't give up. "Kasi naik kord sikit ah", kata Jes. Mentang-mentang suara tinggi dia ni. Lol. Bah start cari kord sambil dengar komplen Jes tidak putus-putus then she started singing with her mellow voice apabila dia puas hati kord saya pilih.

When I look into your eyes
It's like watching the night sky
Or a beautiful sunrise
So much they hold
And just like them old stars
I see that you've come so far
To be right where you are
How old is your soul?

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up

Dari hujung balkoni nampak Ceela bersama geng bas sekolah dia datang dari cafe asrama masing-masing bawa tapau. Cepat-cepat Jes duduk bawah saya untuk bagi laluan cewek-cewek cantik ni semua. Tapi masih menyanyi-nyanyi budak Jes ni. Sekali mula menyanyi tidak akan berhenti. Ceela cuba lalu di tepi saya tapi saya halang dengan kaki saya, apabila dia toleh membulat mata Ceela terus duduk sebelah saya.

Jes sudah siku-siku saya berulang kali suruh ulang chorus lagu dia, tapi saya agak hilang tumpuan bila ada crush duduk sebelah ni. Saya berhenti sampai part second verse sahaja. Masam gila muka Jes. "Bah saya balik dulu bilik. Susah ni kalau begini gantung nyanyi." Itu kata-kata Jes sambil berlalu. Ceela masih diam renung kepala saya. "Awak kenape potong rambut nie? Lain la muke. Tak macam awak. Lagi satu, awak tak pernah cakap pun awak pandai main gitar", panjang lebar juga petanyaan dia ni hari sambil berdiri tarik-tarik rambut saya, sakit juga lah. "Mana satu soalan yang kau mau saya jawab dulu?" Saya balas sambil tarik pinggang Ceela duduk balik. Saya tarik keluar tisu and then lap tangan Ceela yang melekit-lekit terkena pomade lepas tarik-tarik rambut saya. Ceela diam sahaja, apabila saya angkat muka saya, tertangkap pula dia sedang renung saja saya. "Kenapa? Kau suka saya sudah bila saya pendek rambut begini?", saya usik Ceela. Cepat dia tarik tangan dan buang muka.

"Rambut saya banyak gugur ni sekarang, terpaksa potong pendek begini kasi tumbuh rambut sihat balik. Gitar ni saya belajar main sejak form 4 lagi. Masih perlu belajar lagi. Jadi sekarang saya sudah jawap semua soalan kau. Saya lagi mau tanya kau. Ya atau tidak?" soalan panjang lebar Ceela saya jawab dengan panjang lebar juga. "Ye la awak. Tapi awak sesuai jugak tau rambut cenggini. Nak belaja juga la main gitar. Cam best je. Ape yg ya ape yg tidak nye ni? Awak jgn lh tnya soalan tergantung camtu." Comel Ceela bercakap ni panjang lebar. Macam saya mahu saja picit-picit pipi dia ni. "Ya atau tidak?" Kata saya lagi. "Ntah la engko E. Malas nak layan", kata Ceela. "Bah, tu tapau kau. Berapa lama lagi kau mau duduk sni dengan saya. Belum makan kau ni. Pergi lah makan dulu", kata saya. "Alaa nak borak lagi", rengek Ceela. Apa angin saya ketika itu, saya duduk rapat sikit dengan Ceela, saya pegang tangan dia then saya renung bibir dia. Saya cuba kasi rapat muka saya dengan muka dia, serta merta Ceela berdiri pantas. Ketawa kecil saya nampak gelagat dia. "Awak ni. Jangan nak gatal sangat eh", kata Ceela terjerit kecil. "Tu la kau. Saya cakap pergi makan masih mau duduk sini. Alang-alang tu sudah berdiri, pergi lah makan dulu", kata saya sambil ketawa kecil. "Jahat!" Ceela jalan meninggalkan saya.

Cepat-cepat saya sedut pod bila Ceela sudah jalan. Dalam keberanian usik Ceela begitu baru tadi, hati ni sendiri berdebar laju hampir tidak dapat bernafas. Memang saya akan tenang kembali setiap kali sedut pod. Fikiran akan tenang sentiasa. Saya dan Ceela agak rapat sudah berbanding dulu. Saya sudah berani usik Ceela. Ceela sudah berani bermanja dengan saya balik. Dalam phone saya sahaja, ada beribu gambar kami berdua. Di smoking area ni lah paling banyak gambar. Ceela kadang-kadang akan kejar saya sini. Dia sudah tahu jadual smoking area saya ni 😅 Tapi memang saya yang selalu ajak dia lepak.

That night I texted her.

"Hi. Ya atau tidak?"

Rrrrr. Rrrr. 1 message from 1 chat.

"Hi. Orang ting tong tak dibenarkan tanye ape2"

I'm not liking her anymore. That moment I realized, I am starting to love her. More than a friend. Malahan saya ada post gambar kami berdua di IG. She posted one as well. I never stop asking her Ya atau Tidak since then but she never answer any of it until now.

RejectionsWhere stories live. Discover now