Field trip II

108 2 2
                                    

Sampai sahaja Lahad Datu, kami semua keluar dari bas untuk tukar dengan van sebab perjalanan masuk ke Lembah Danum akan gravel dalam masa yang agak panjang. Semua pun masing-masing mencari beg hendak dipindahkan. Macam biasa saya jadi assistant si Lijah yang tidak tentu hala mencari beg sendiri. Macam budak-budak pula si mak cik ni tahu dengan Jes lagi mengalas beg dia menunggu, jadi terpaksa kami kerjasama mencari beg dia ni. Sekarang kami duduk di tempat yang agak sempit berbanding tadi dan gara-gara beg si Lijah, kami semua dapat tempat duduk belakang sekali lagi dan yang tidak sioknya di sini, saya terpaksa duduk sebelah Azila sebab Lijah tidak mahu pindah dari sebelah Ceela. Merajuk dia dengan Jes sebab Jes marah dia pasal beg tadi. Duduk belakang Ceela sahaja lah saya time tu. Sebelum van jalan, sempat Ceela pusing belakang check bibir saya tadi. "Awak bengkak sikit la bibir bawah awak ni." Bunyi suara macam risau ja saya dengar. "Tidak juga ni. Saya cuti kissing 1-2 hari, okay sudah balik ni nanti." Bisik saya pada Ceela tapi terus dia tunjal dahi saya. "Haha! Lucu sangat la tu" katanya lalu pusing menghadap ke depan kembali. Menyapu dahi sahaja saya bila kena bagi reaction begitu. Tidak makan gurauan langsung dia hari ni.

Masuk sahaja kawasan jalan gravel, Azila sudah mula tidak senang duduk. Saya tengok pun pucat semacam sahaja. "Zila kau ada makan tu ubat si Mel tadi?" tanya saya yang takut pula kalau Azila mabuk kereta ni, muntah pula dekat saya memang macam jatuh ditimpa tangga. "Ada la aku makan tadi tapi macam takde kesan je ni" kata Azila sambil mengusap-usap perut dan menutup mulutnya. "Jangan kau muntah sini Zila. Aduii. Bagus kau tidur lah dulu tu" saya memberi saranan yang memudahkan semua orang terutama saya yang duduk dekat dia ni. Jes senang pula tidur di sebelah kiri Azila sedangkan saya sedang anxious sekarang sebab macam penat pula lagi sudah duduk hampir satu hari. Azila sekejap tidur bahu Jes, sekejap tidur bahu saya dan sekejap-sekejap landing kepala di tengah kerusi van belakang ni mencari posisi selesa. Kasihan pula saya tengok tapi apa boleh buat lah Jes ada offer tukar tempat duduk tapi Azila sendiri cakap tidak selesa. Last sekali nasib baik dia tertidur juga tapi berbaring. Bayangkan sahaja macam mana dia baring di kerusi belakang van dengan badan dia yang panjang betul tu. Kaki di paha Jes dengan kepala dia berbantalkan paha saya. Ceela sudah jeling saya semacam tiap kali dia toleh belakang terpaksa saya balik-balik tepuk bahu dia suruh dia relax. Sepanjang perjalanan sempat juga kami berhenti tengok gajah lalu. "Mak cik, tu kawan kau." Jes menepuk bahu Lijah dari belakang. "Tak nak la" kata Lijah yang enggan memandang gajah yang lalu. "Laa Lijah. Dah la tu. Nanti merajuk panjang-panjang kang kejap lagi nak sampai takde dah punggah beg-beg engkau tu." Ceela yang lama mendiamkan diri mengusik Lijah yang masih merajuk dengan Jes. Sakit betul hati dia tadi Jes marah suruh bagi tinggal sahaja beg dia di kedai sebab dia sendiri merungut memanjang menyikut beg sendiri. 60L punya beg lagi tu penuh, nasib baik beg keempat dia lupa di kolej. Kalau tidak memang ada mangsa lain lah tolong angkat beg si mak cik.

Kami sampai research centre memang sudah petang sangat time tu. Saya pun sudah lupa jam berapa tapi memang hari hendak bertukar gelap sudah. Muka Azila sekejap sahaja berubah ceria bila sudah sampai tapi azab kami dua Jes, memang perlu kena gaji keropok Chipster seorang satu sebab jadi bantal katil Azila. Semua orang membawa beg ke tempat taklimat khas sebelum bergerak ke tempat penginapan yang disediakan untuk briefing ringkas oleh Miss Tina dan bekas senior kami yang kerja sebagai nature guide di sana. Selesai briefing semua, kami bergerak ke peginapan yang disediakan. Macam biasa kami sentiasa menolong si Lijah angkat beg dia. Bergilir-gilir sampai Mel pun ada giliran kali ni sebab 3 bah beg si Lijah bawa besar-besar lagi. Entah termos yang saya nampak malam sebelum kami jalan tu di dalam beg yang mana satu si mak cik letak. Ceela sudah jalan dulu dengan Azila, berkepit pula belum sempat saya offer tolong dia angkat apa-apa sebab saya macam biasa, bawa satu beg sahaja. Niat hendak kacau dia pun tidak kesampaian macam selalu.

Saya rasa hobi saya time tu, kacau dan sakat Ceela sebab saya suka reaction dia bila kena kacau sebenarnya. Mesti dia akan cakap, awak ni annoying lah atau tak nak la kawan dengan awak lagi dengan muka dia yang adui buat tambah jatuh hati walaupun sudah kena mention friendzoned dia tu sana. Reject, reject dan reject. Tapi dia tidak pun menjauh dari saya malahan saya pula rasa yang dia lebih merapatkan diri dengan saya kadang-kadang. Contohnya, macam setiap situasi yang kami hadapi hari ini yang tiada ketahuan tahu apa ketentuan yang akan jadi dengan kami berdua. Last-last saya sendiri yang sakit hati tapi masih lagi terkejar-kejar. Tapi kadangkala saya sendiri pun tidak peduli juga itu semua yang penting time sama dengan Ceela, saya rasa happy dan tahu yang saya tidak akan kehilangan dia even as a friend pun. Kalau pun satu hari nanti dia come clean atau apa pun, saya tetap akan cherish every moment that we spent together. Kalau kalau kalau lah kan?

Du hast das Ende der veröffentlichten Teile erreicht.

⏰ Letzte Aktualisierung: Dec 05, 2022 ⏰

Füge diese Geschichte zu deiner Bibliothek hinzu, um über neue Kapitel informiert zu werden!

RejectionsWo Geschichten leben. Entdecke jetzt