"Hmm..tak payah tipu abang. Dah lah,jom tidur",ditarik tangan isterinya agar mendekatinya.

"Tak nak!".

"Please,kali ini. I miss you",Hairy mengkerdi
pkan matanya berulang kali.

"Fikir comel!ya lah!Last eh".

Syazreen hanya membiarkan lelaki itu memeluknya tanpa membalas pelukan itu.

















AQEEF tersenyum lega. Keadaan papanya sedikit pulih. Perkhabaran yang diterima mereka tempoh hari masih lagi segar di ingatannya.

Tergamak Amirul memperlakukan kakaknya sebegitu. Dia bersyukur kakaknya
berjodoh dengan Hairy,anak angkat keluar
ga mereka.

Taman kecil di luar rumah agam itu didekatinya. Dilihat papanya khusyuk melayan perasaan. Apa yang difikirkan?

Aqeef melabuhkan duduknya di sebelah papanya itu. Raut tua itu kelihatan tidak tenang. Mungkin berfikir tentang Syazreen?

"Pa. Are you okay? ".

Tan Sri Mikhail mengalihkan pandangan ke arah anak lelakinya.

"Papa banyak buat salah dengan kakak kamu",luah Tan Sri Mikhail.

"Pa..Semua orang pernah buat salah dan semua orang boleh berubah".

"Aqeef yakin akak tak simpan perasaan marah pun kat papa dan maafkan papa",sambungnya lagi. Kata-kata cuba disusun elok agar tidak menyakiti papanya.

Tan Sri Mikhail sebak dengan kata-kata anaknya itu. Sebagai seorang bapa,terasa diri gagal menjadi contoh yang baik untuk anak-anak. Akibat terlalu sayangkan arwah anak sulungnya, Syazreen menjadi mangsa.

"Papa nak jumpa kakak kamu. Papa nak minta maaf dengan dia".

"Pa...Mungkin sekarang akak tak bersedia lagi untuk balik ke sini. Kita bagi masa untuk dia bertenang ye papa",belakang papanya digosok lembut.

"Lagipun abang Hairy ada",sambungnya lagi.

Tiada sahutan.

Tan Sri Mikhail hanya mendengar. Ada kebenaran kata-kata itu. Anaknya perlukan
masa untuk bertenang. Peristiwa yang berlaku ke atas anaknya itu bukan senang untuk ditempuhi. Terlalu banyak luka yang disimpan.

Puan Sri Diana hanya memandang perbualan dua beranak itu. Tiba-tiba hatinya sayu. Rindu yang takkan pernah terlerai pada arwah anaknya. Kehilangan yang hampir 3 tahun itu seolah-olah baru semalam berlaku. Anak perempuannya pula jauh di bumi perantauan,membawa sebuah impian dan hati yang lara.

Terdetik juga dalam hatinya rasa syukur kerana anak angkatnya itu sudi memperisterikan Syazreen. Sekurang-kurangnya hati tuanya sedikit tenang. Dia tersenyum apabila terfikirkan anak angkatnya itu. Hairy seolah-olah pengganti Rafiq.

Teringat waktu pertama kali bertemu jejaka
muda itu.

Dia keluar dari bank dengan langkah laju.
Permintaan anak sulungnya untuk menemani ditolak. Driver pun dihalang untuk menghantarnya. Degil katakan keluar
seorang diri.

Malang tidak berbau,beg berjenama itu ditarik oleh seseorang. Terkejut dia dengan tindakan itu. Puan Sri Diana menarik beg
nya sekuat hati dan berlaku lah aksi rebut-merebut antaranya dengan peragut itu.

Lafazkan Cinta Itu (OG)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ