𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟒𝟖

Start from the beginning
                                    

"Sayang, apa biy kena buat. I need you.." Kataku dan mencapai satu gambar selfie isteriku yang disusun kemas di dalam frame tersebut. Lalu gambar itu aku kucup dengan lama dan lelap di ruang tamu ini dengan gambar Hawa di dalam perlukanku.

***

Beberapa minggu kemudian.

"Hello Danial.." Sapa daddy di panggilan.

"Yeah daddy, why?"

"Mummy suruh datang sini, nak bincang about your wedding.." Katanya membuat nafas aku menjadi lemah.

"Kenapa pulak daddy? Danial tak bagi apa-apa keputusan lagi." Kataku.

"Daddy dah tak tahu nak cakap apa, kamu kena bertanggungjawab atas bayi tu Danial.."

"Daddy percayalah yang Danial rogol dia?" Tanyaku.

"Bukti ada Danial..."

"Macam mana dengan Hawa? Danial taknak bermadukan isteri Danial." Aku cuba merayu.

"Slow talk with her.. Daddy taknak kamu lari dari masalah. Kamu kena kahwin dengan Shasha hujung bulan ni.." Katanya membuat mataku membulat.

"What! Hujung bulan ni!?" Teriakku.

"That's why I'm telling you to come here Danial.." Katanya lalu aku terus mematikan talian dan hendak menuju ke rumah orang tuaku.

"Oi kau nak pergi mana?" Tanya Ashriq apabila kami berempat terserempak di parkir kereta.

"Aku nak jumpa parents aku jap.." Balasku dengan tergesa-gesa.

"Penting ke?" Tanya Cael.

"Penting lah! Asal!?" Bentakku.

"Kitaorang ada benda nak bagi tahu ni.." Kata Fadlan pula.

"Apadia!? Kejap lagilah. Aku balik kita discuss.." Kataku dan terus masuk ke dalam perut kereta.

"Sial ni, benda paling penting tak nak dengar.." Kata Ashriq dan menuju masuk ke dalam rumah apabila kelibat kereta Danial sudah hilang.

"Biarlah dia, nanti balik kita bagilah tahu.." Kata Fadlan pula.

"Jomlah masuk, lapar.." Kata Cael dan
masuk juga ke dalam rumah itu.

***

"Mummy!" Panggilku apabila sudah menerjah masuk ke dalam rumah ini.

"Apani baby, jerit-jerit.." Kata Shasha yang sudah kelihatan duduk di sofa bersama mummy.

"Kenapa ni Danial? Come and sit here, we need to discuss about your wedding.." Katanya dan membelek majalah.

"Danial, duduk dulu. Kita bincang baik-baik." Mana tidaknya angin aku naik. Aku belum lagi beri kata putus tahu sahaja sudah disusun. Dikahwinkan pulak pada hujung bulan ini pada bulan genap isteriku mengandungkan anak-anak kami.

"Mummy! Danial tak cakap apa-apa lagi, what is this!? Kahwin pulak hujung bulan ni!?" Marahku.

"Danial, kita dah takda masa nak.. Bila-bila masa perut Shasha membesar.." Katanya.

"Mummy fikir pasal dia je kan! Anak Danial!? Mummy ada fikir!? Hujung bulan ni kemungkinan Hawa akan lahirkan anak Danial mummy! Cucu mummy!" Teriakku.

"That's not my problem.." Katanya dengan wajah selamba.

"Damia!" Tengking daddy.

"Mummy tetap dengan keputusan mummy. Semuanya dah disusun Danial! Jangan malukan mummy lagi!" Aku hanya mampu menahan geram.

"Fine! I will show to you mummy! Anak dalam perut dia tu bukan anak Danial! Mummy akan menyesal sebab tak terima Hawa! Mummy akan menyesal pilih perempuan ni!" Laungku dan ingin beredar.

"Danial! Jangan kurang ajar dengan mummy.." Kata bapaku.

"Danial kurang ajar macam ni sebab mummy layan Danial bukan macam anak mummy!" Teriakku lalu terus beredar dari rumah ini.

"Mummy tetap dengan keputusan mummy! Hujung bulan ni!" Teriak ibuku sebelum aku melangkah keluar.

Aku terus masuk ke dalam perut kereta dan membelah jalan untuk pulang ke rumah. Api kemarahan aku sudah membuak naik seperti gunung berapi.

"Sial! Sial! Sial!" Teriakku dalam kereta dan memukul stereng keretaku sekuat yang mungkin.

"Kau dah balik." Kata Fadlan setelah aku tiba di rumahku.

"Kau nak pergi mana?" Tanya Cael apabila melihat aku sudah naik tangga.

"Korang nak apa!? Boleh jangan ganggu aku!? Boleh ark!? Kepala aku serabutlah! Dengan mummy paksa aku kahwin dengan Shasha hujung bulan ni masa Hawa overdue! Aku dah tak tahu nak buat apa! Baik pergi mampos lah semua ni!" Luahku dengan nada yang kuat lalu terus naik dan menghempas pintu bilik ini.

"Haih macam mana nak cerita dengan si laknat ni!? Serabutlah masalah dia ni.." Kata Ashriq.

"Aku dah pening dah ni.." Kata Cael.

"Memang kita ni pembantu diorang dalam masalah rumah dia ni!" Marah Ash.

"Cael, kau kata Shasha tinggal dengan sorang lelaki kat rumah dia kan?" Tanya Fadlan dan Cael hanya mengangguk.

"Kita kena jumpa dia.."

𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐀𝐘 𝐎𝐅 𝐘𝐎𝐔Where stories live. Discover now