𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟒𝟏

Start from the beginning
                                    

"Shasha I dah kahwin. See my wife beside me and one day I will have a baby.." Balas Danial pula lalu menepis tangan Shasha dari merangkul lengannya. Aku hanya sekadar memerhati.

"Tapi kan tou dah janji nak kahwin dengan I ?" Kata Shasha dengan rengekan manja.

"No! Bila masa!?" Danial menepis tangan Shasha lagi apabila wanita itu menyentuhnya buat kali kedua.

"Danial! Kenapa berkasar dengan your future wife!?" Shasha pula sudah berlari ke arah mummy lalu merengek dengan wanita itu.

"Mummy! Danial dah cakap. She's not a good girl. Danial taknak kahwin dengan dia mummy!" Bentak suamiku. Pantas aku menahan api kemarahannya.

"Biy, calm down.." Bisikku di telinganya.

"Mummy! Tengok Danial ni.." Rengek Shasha lagi. Daddy sudah menggaru kepala melihat terlatahnya.

"Damia, you sedar tak ni? Semua ni permainan Shasha. Dia ada niat lain.." Kata daddy pula memujuknya.

"Hey! Shasha is a good person. I percaya dia boleh bahagiakan anak kita!" Bahasnya membela gadis itu.

"Biy, sayang nak pergi tandas jap.." Aku bisik di telinganya. Selepas Danial mengangguk, aku terus berlalu dari situ. Keadaan juga sudah menjadi tegang. Aku tidak sanggup mahu mencampur aduk masalah mereka.

Aku sedar di mana kedudukan aku dalam keluarga ini. Malah aku sedar aku tidak layak berada di sini. Namun cinta tidak boleh berbuat apa-apa, jodoh sudah tertulis.

Keluar sahaja aku dari tandas. Setelah aku selesai membuang air kecilku. Seseorang menarik lenganku dengan kuat sekali.

"Hey, kau sini.." Tarik Shasha dan membawa aku masuk ke dalam sebuah stor di dalam rumah ini.

"Lepas Shasha! Sakit!" Aku menepis tangannya yang menggenggam kuat tanganku.

"Kau dengar sini! Danial aku punya! Kalau kau nak anak dalam perut kau selamat! Lepaskan Danial and bagi I kahwin dengan dia!" Amarahnya kepadaku dan memberi amaran tegas. Wajahnya yang menahan amarah itu telah membuatkan aku takut.

"Apa you nak lagi dari I Shasha?" Tanyaku sambil menahan air mata.

"Berambus! Berambus dari hidup aku dan hidup Danial. I want to marry with him! Tak lama lagi I akan dapat dia! Kalau kau masih ada dekat sini! Anak kau dekat tangan aku.." Katanya mengugutku dan mencengkam daguku dengan kuat. Aku hanya memandangnya yang sudah seperti wajah hantu kelaparan darah itu.

Selepas wanita itu keluar dari bilik stor ini. Air mata aku mengalir di pipi. Apa yang harus aku lakukan. Ada dua pilihan di tanganku. Sama ada anak atau suami. Aku sayang kedua-duanya. Aku tidak mahu hilang kedua-duanya.

                            ***

"Sayang.."

"Sayang buat apa tu?" Tanya Danial ketika dia sudah tiba di kolam ikan dimana aku sedang mengambil udara segar di sini.

Aku memelih untuk membiarkan sahaja mereka berbincang tanpaku di dalam seketika tadi. Fikiran aku masih ligat memikirkan tentang apa yang Shasha akan lakukan selepas ini.

"Nothing, saja tengok ikan-ikan ni.." Balasku dan cuba menyorok wajahku yang agak sembap selepas menangis tadi.

"Sayang.."

"Are you okayh?" Tanya Danial dan melabuhkan punggungnya di sebelahku.

"Sayang okayh je.. Macam mana? Settle dah?" Aku mengubah topik.

"Nope.."

"Mummy masih nak juga biy kahwin dengan betina tu." Balasnya dan melemparkan pandangan di kolam ikan ini juga.

Aku hanya diam membisu dan tidak tahu mahu mengatakan apa lagi. Apa yang diarah oleh Shasha tadi masih terngiang-ngiang di fikiran. Apa harus aku lakukan. Fikiran aku buntu.

"Sayang.." Aku memandangnya seraya aku dipanggil.

"Jom lah balik, nak malam ni.." Danial bangun lalu menarik tanganku.

"Arghhh biy sakit!" Jeritku apabila Danial menyentuh bekas digenggam oleh Shasha sebentar tadi.

"Kenapa sayang!?" Danial menoleh ke belakang. Aku pula sudah mengusap bekas genggaman tadi.

Pantas aku ingin menyorok bekas genggaman tadi. Namun Danial lebih pantas dariku.

"Sayang! Kenapa ni? Siapa buat!? Tell me!?" Katanya ketika sudah nampak kesan merah di pergelangan tanganku itu.

"Takda apalah ni..." Aku cuba menarik tanganku semula.

"Kena.. Kena ni, aaa..." Aku sudah gagap disitu.

"Kena apa!?"

"Air panas.." Balasku pantas dan takut hendak berterus terang.

"No! Sayang tipu, ni bekas orang cengkam tangan sayang.."

"Tell me sayang. Siapa yang buat!?" Desaknya. Malah aku hanya tunduk dan air mataku sudah gugur.

"Shit!" Danial terus membawaku masuk ke dalam rumah semula.

"Shasha! Hey perempuan sial! Kau sini!" Jeritnya apabila kami sudah tiba di ruang tamu. Aku pantas menarik tangannya agar tidak menyerang wanita itu.

"Biy.."

"Kenapa ni Danial?" Tanya daddy setelah melihat wajah Danial kemerahan menahan marah.

"Apa yang bising sangat ni?" Mummy pula bersuara menoleh kebelakang.

"Perempuan kau sini!" Danial menghampiri Shasha yang berada di sebelah mummy itu. Rambutnya ditarik oleh suamiku.

"Biy, stop it.." Aku cuba menenangkannya.

"Danial! Lepaslah sakit!" Teriak Shasha.

"Danial kenapa ni? Bagitahu daddy.." Daddy cuba menarik suamiku dari pergaduhan itu.

"Kenapa ni Danial!? Kenapa buat anak mummy macam ni!?" Marah mummy pula dan cuba menarik lengan Danial yang telah mencengkam rambut Shasha.

Selepas Danial melepaskan tarikan itu tadi. Shasha berlari dan menyorok di belakang orang tua itu.

Air matanya juga turut sudah mengalir. Semestinya apa yang Danial lakukan kepadanya tadi amat menyakitkan.

"Huh! Anak mummy!? Mengaku anak perempuan macam ni!? Danial ni mummy tak anggap anak!? Mummy tak terima Hawa as my wife!?" Danial sudah melepaskan ketidakpuasa hatinya. Aku disebelahnya hanya mampu diamkan diri.

"How could you mummy. Mummy lebih percayakan perempuan ni. Lebih sayangkan perempuan ni dari anak mummy sendiri." Tengking suamiku sambil merenung Shasha.

"Danial.. Calm down, why?" Daddy datang menghampirinya.

"Perempuan ni! Sakitkan isteri Danial daddy! She touched my wife!" Bentaknya. Wajah Danial aku amat takut sekali. Jarang suamiku berkelakuan seperti ini.

"Mana ada I buat apa-apa dekat wife you.." Balas Shasha dengan esakaj dibelakang mummy.

"Tak buat apa-apa!? Then! What is this.." Danial menunjuk kesan yang ada di tanganku tadi itu kepadanya.

"Mana bukti cakap Shasha yang buat Danial!?" Marah mummy lagi membela wanita itu.

"Biy.."

"Dahlah tu, kita balik eh.." Aku cuba memujuknya untuk pulang sahaja. Agar situasi ini tidak bertambah teruk.

"Danial, it's better to you go back to your home first. Biar daddy cakap dengan mummy kamu ni.." Aku dengan pantas menarik tangan suamiku dan membawanya keluar dari rumah ini.

Selepas memasuki ke dalam kereta. Aku memilih untuk membawa kereta dengan anginnya yang sudah tidak baik itu. Pantas aku yang memandu dan Danial duduk disebelahku. Lalu aku terus mengambil alih membawa kereta ini dan memecut ke jalan raya.

𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐀𝐘 𝐎𝐅 𝐘𝐎𝐔Where stories live. Discover now