𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟑𝟕

Começar do início
                                    

"Aduu.."

"Mana aku nak cari ni.." Kataku dan mencapai telefon di kocek seluarku.

"Hello fad.." Aku menelefon lelaki itu.

"Yow?"

"Kau kat mana?" Tanyaku.

"Office lah.."

"Asal?" Balasnya.

"Busy sangat ke wey? Ash mana?" Tanyaku lagi dan sudah runsing kerana tidak tahu hendak lakukan apa lagi.

"Ash ada je ni buat kerja dia. Takdalah busy sangat. Kau nak apa?" Fadlan mesti sudah faham aku dalam masalah.

"Balik rumah jap. Aku dah nak mati dah ni.." Kataku lalu mematikan telefon. Kelibat Cael pula sudah muncul.

"Hidup je lagi." Perlinya dan melabuhkan punggungnya disebelahku.

"Haih, Hawa nak makanan melayu wey.." Kataku dan menghela nafas berat.

"What!? Mana nak cari kat sini?" Teriak Cael.

"Diamlah bodoh! Dia dekat atas tengah merajuk tu. Dengar satgi mampus aku.."

"Gila doh, mana nak cari.." Kata Cael memandangku.

"Tulah tu, give me some idea." Pintaku dan kepala kami sudah pusing untuk mengikut permintaan isteriku.

"Masalahnya makanan lain tak boleh ke?" Balas Cael lagi.

"Perempuan mengandung kalau craving kita kena ikut aku baca kat google." Cael memandangku terus menunjuk jari tengahnya kepadaku.

Lalu aku dan Cael hanya merenung memikirkan cara untuk menyelesaikannya.

"Assalamualaikum!" Laung Ashriq selepas beberapa minit aku dan Cael menunggu mereka.

"Apahal?" Tanya Fadlan pula dan duduk di sebelah Cael.

"Princess kita craving." Cael menjawab pertanyaan mereka

"Dahtu? Bagi jelah apa dia nak.." Balas Ash pula.

"Masalahnya yang dia nak tu payah nak dapat.." Kataku pula kepada mereka.

"Bende ni?" Fadlan pula sudah pening.

"Straight boleh tak straight!?" Ashriq juga sudah penat menanti jawapan.

"Masakan melayu.." Jawabku dan Cael serentak.

"What!?" Teriak mereka berdua.

"Diamlah.." Bisikku kerana tidak mahu Hawa mendengar perbincangan ini.

"Mana nak cari bodoh!?" Bicara Ash pula.

"Entahlah wey.." Kataku sambil menghela nafas berat

"Aku tahu nak buat apa weyh.." Kata Fadlan dan sudah aku agak yang Fadlan si otak penuh ini mesti ada cadangan.

"Apa?" Tanya kami serentak. Fadlan hanya melemparkan senyuman.

    ***

"Sayang jom makan.." Aku memasuki ke dalam bilik kami. Hawa yang sedang baring di atas katil kelihatan sedang bermain dengan telefonnya.

"Taknak selagi takda yang sayang nak.." Balasnya dan langsung tidak memandangku.

"Sayang, biy janji akan dapatkan tapi bukan sekarang..."

"Sayang turunlah dulu ehh? Baby lapar dah tu.." Aku datang menghampirinya. dan duduk di birai katil.

"Tak nak.."

𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐀𝐘 𝐎𝐅 𝐘𝐎𝐔Onde as histórias ganham vida. Descobre agora