𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟑𝟐

Start from the beginning
                                    

"Akak pun nak kena balik ni.." Kak Sarah pula ingin pulang menandakan kami sudah hampir separuh hari di sini.

"Okayhlah, akak baliklah dulu.."

"Hawa balik dengan Ruhailla." Kataku dan Ruhailla mengangguk tanda setuju.

"Hm okayh, jaga diri tau.." Kata kak Sarah dan beransur pulang.

"Kita nak pergi mana pulak ni?" Tanya Ruhailla selepas kelibat mereka berdua sudah tiada bersama kami.

"Coffee?" Cadangku.

"Cantik! Jom!" Ruhailla menarik tangangku dengan pantas selepas mendapat idea itu.

"Kita minum kat sinilah.." Aku hanya sekadar mengangguk dan ikutkan sahaja lalu masuk ke dalam Starbuck yang ditunjuk olehnya.

Seraya itu kami berdua terus memesan air untuk membasahkan anak tekak.
Lama kami berbual kosong sambil menikmati kopi yang dibeli. Tiba-tiba seseorang datang menegur aku dan Ruhailla di sini.

"Hawa!" Panggil gerangan itu. Lalu aku mencari suara itu.

"Eh Ghazie.. Buat apa dekat sini?" Tanyaku dan kelihatan dia sudah mengambil tempat duduk di sebelah Ruhailla.

"Ada kerja sikit, eh Ruhailla lama tak jumpa.." Sahabatku itu hanya memandangnya sekilas sahaja kerana aku tahu dia tidak menyukai lelaki ini.

"Oh.."

"So awak baru balik dari honeymoon lah ni?" Tanya lelaki itu.

"Haah baru jugalah balik, Danial ada kerja sikit dekat sini." Aku membalas pertanyaannya.

Ruhailla pula hanya diam membisu. Lama Ghazie mengambil masa duduk dengan kami. Dia juga masih di sini berbual kosong denganku, membuat aku ingin beredar pulang kerana jam sudah menunjukkan pukul 6 petang.

"Ghazie saya nak kena balik ni.." Aku cuba mempamitkat diri.

"Awal lagi ni? Awak balik pakai apa?" Katanya sambil melihat jam yang ada di pergelangan tangannya.

"Pakai grablah, sibuk je nak tahu! Jom weyh balik.." Ruhailla pantas bangun dan menarik tanganku lalu hendak beredar.

"Kalau camtu biar saya je hantar korang.." Pelawanya dan menuju ke arah kami pula.

Aku sudah menggaru kepala. Ini kalau dilayan tidak akan aku pulang ke rumah.

"Aku nak gi tandas jap wey, semak doh jantan ni.." Ruhailla pula pinta mahu ke tandas.

"Eh takpelah, susah-susah je.." Aku ingin menolak permintaannya lalu aku keluar dari Starbuck ini.

"Ehh takpe, jom lah.." Pelakuan Ghazie menarik tanganku ketika keluar dari Starbuck ini mengejutkan aku. Pantas aku menepis tangannya.

"Why?" Tanyanya lelaki itu kepadaku.

"Tak perlulah awak hantar saya, tak selesa dan tak manis. Saya dah kahwin.." Aku memberi alasan kepadanya dan kini Ruhailla pula sudah datang semula selepas melepaskan hajatnya.

"Ruhailla kan ada ni.." Ghazie memegang tangan aku lagi.

"Please Ghazie! Don't touch me.." Aku menepis lalu terus aku merangkul lengan Ruhailla.

"Kau tak faham bahasa ke? Dia kata jangan pegang, janganlah!" Marah Ruhailla di hadapan Starbuck ini. Mata-mata orang yang minum di situ sudah melihat ke arah kami.

"Ruhailla jom lah! Orang tengah usha ni.." Bisikku dan aku menariknya agar situasi ini tidak bertambah teruk.

"Hawa!!" Panggil Ghazie lagi.

"Baliklah Ghazie. Saya nak balik naik grab.." Kataku dan terus Ruhailla membawa aku pergi dari situ.

Setelah kereta yang ditempah oleh Ruhailla untukku pulang sudah tiba. Aku mempamitkan diri kerana Ruhailla hanya dapat meneman aku sampai disini sahaja, dia perlu pulang kerana adiknya sudah menunggu di rumah.

"Aku balik dulu tau."

"Ha dah sampai call aku.." Katanya dan aku mengangguk tanda faham.

Sampai sahaja di rumah aku terus masuk ke dalam. "Asal gelap ni?" Kataku ketika melihat rumah ini gelap gelita. "Danial belum pulang ke rumah ke?" Bebelku berjalan mencari suis lampu.

Lalu setelah ketemu suisnya aku terus membuka lampu ruang tamu. Sesusuk tubuh muncul di hadapanku apabila lampu sudah dibuka.

"Ya allah biy! terkejut sayang.." Kataku dan mengusap dada. Namun wajah lelaki ini nampak bengang akan sesuatu.

"Puas keluar dengan jantan!" Jeritnya membuat bahu aku terangkat. Tiba-tiba sahaja dia menjerit lalu menuduhku.

"Apa maksud biy ni? Kan sayang keluar dengan Ruhailla dengan kak Sarah tadi." Tiba-tiba sahaja Danial melemparkan beberapa keping gambar di tangannya ke arahku.

"Kau takyah nak tipu aku lah! Dah tu gambar tu apa!?" Marahnya lagi dilepaskan kepadaku. Pantas aku mengutip gambar yang sudah berjatuhan di lantai itu. Mataku mula berkaca saat ini.

"Biy salah faham ni, let me explain first.." Aku menarik tangannya namun Danial menepis.

"Kau nak cakap apa lagi! Dah puas keluar dengan jantan tu kau nak cakap apa lagi!? Memang aku dah agak kau ada hubungan dengan dia!" Bentak Danial dengan kuat.

"Biy, sayang bersumpah apa yang biy tengok gambar ni tak macam yang biy maksudkan. Sayang takda niat pun nak curang belakang biy.." Aku cuba memujuknya lagi. Lengan sasa lelaki itu cuba aku dapatkan.

"Dah lah! Kau ni memang tak sedar diuntung! Aku bagi betis kau nak peha!" Aku cuba mengejarnya saat Danial sudah naik ke bilik.

Baru sahaja aku mahu masuk ke dalam. Danial pantas menghempas pintu dan menguncinya dari dalam.
"Biy, sayang tak buat apa yang biy fikir.." Air mataku sudah gugur kerana pergaduhan terbesar dalam mahligai aku sudah berlaku.

"Biy, open the door.." Aku mengetuk pintu bilik ini berkali-kali.

"Bagi sayang cerita dulu apa yang jadi, lepastu biy nak tengking sayang, just do it. Jangan buat sayang macam ni.." Kataku dan cuba mengutuk pintu lagi.

Danial masih tidak melayanku. Aku sudah menangis di hadapan pintu ini. Kepenatan aku hari juga masih belum rebah ditambah lagi dengan situasi sebegini.  Aku mengalah dan bangkit menuju ke ruang tamu untuk rehatkan diri.

Badanku sedangkan beberapa hari ini sering sakit dan aku mudah berasa letih. Lalu akhirnya aku lelap di sofa tanpa memikirkan lagi tentang apa yang berlaku hari ini selepas berjam-jam aku mengalirkan air mata.

𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐀𝐘 𝐎𝐅 𝐘𝐎𝐔Where stories live. Discover now