𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟐𝟗

Start from the beginning
                                    

"Ni kawan masa dekat sekolah menengah dulu.." Danial datang mendekatiku lalu tanganku digenggam olehnya. Aku hanya sekadar memerhati.

"Your husband? Tanya Ghazie dan aku hanya mengangguk.

Danial hanya melemparkan senyuman sumbing kepadanya ketika Ghazie menghulur tangan untuk berjabat.

Lama dia menunggu suamiku membalas namun masih tiada balasan. Ghazie terus menarik semula tangannya.

"Okayhlah!" Lelaki itu menukar topik selepas Danial berkelakuan seperti tidak suka dengannya.

"I need to go, sew you again Hawa.." Ghazie mempamitkan diri. Aku hanya sekadar memandang permergiannya.

Danial pula sudah duduk di meja makan ini semula dengan wajah yang sudah mencuka. Lama juga Danial mendiamkan diri selepas kedatangan Ghazie tadi.

"Sedap tak biy?" Aku bersuara namun Danial hanya fokus pada makanannya.

Kenapa pula lelaki ini menjadi dingin dan tidak mahu bercakap denganku.
Lalu dari restoran sehingga pulang ke hotel Danial masih lagi diam membisu.

Tanya seribu, jawab sepatah membuat aku jadi rasa bersalah terhadapnya.

"Biy.." Panggilku apabila kelihatan di sudah melabuhkan badannya di atas katil.

"Hm.." Balasnya namun tidak memandangku. Aku terus menghampirinya dan duduk mencangkung di tepi katil bagi dapat melihat wajah suamiku.

"Biy kenapa diam je? Sayang ada buat salah ke?" Tanyaku dan memandang tepat ke anak mata birunya.

"Biy.."

"Tell me! What I've done to you!? Kenapa diam je.." Aku meninggi sedikit suaraku kepadanya kerana lelaki ini hanya berlagak diam.

"Takda apalah.." Balasnya. Aku sudah terkilan dengan sikapnya yang sudah berubah serta merta itu.

"Ni mesti sebab Ghazie kan?" Bentakku.

"Kenapa pulak? Saya ta cakap apa-apapun?" Balasnya lagi namun wajah masih mencuka.

"Then why diam je?"  Namun kali ini Danial terus memusingkan badannya dari melihatku.

"Biy suka macam ni tau, judge sayang tanpa tanya! How could you!" Bentakku lagi lalu aku terus lari dan masuk ke bilik air serta mengunci pintu bilik air ini.

Aku menangis semahunya di dalam tab mandi ini kerana sikap Danial terhadapku. Kenapa dia berubah secara tiba-tiba, baru sahaja aku mahu hari bahagiaku tiada masalah yang berlaku. Namun datang sahaja Ghazie di restoran tadi membuat semua hari bahagia kami hancur.

END HAWA POV

Hampir sejam Hawa di dalam bilik air itu. Aku menjadi gelisah dia di dalam sana dengan agak lama. Apa pula yang dia sedang lakukan.

"Sayang.."

"Open the door.." Ketukku dipintu bilik air ini. Aku jadi bersalah pula kerana meletakkan egoku. Aku sudah membuat Hawa mengalirkan air mata disaat hari bahagia ini.

"No! Taknak!" Jerit Hawa di dalam bilik air ini dengan esakannya kedengaran sehingga di luar.

"Sayang.." Rasa gelisah aku sudah melanda dalam jiwa. Salah aku kerana mementingkan diri sendiri.

"Please forgive me.." Namun Hawa tidak membalas dan hanya menangis di dalam. Aku sudah risau Hawa berlama-lamaan di dalam.

Aku terus mencari kunci bilik air itu jika pihak hotel ada menyediakannya di sebalik bilik ini.

Puas aku mencari akhirnya aku jumpa kunci itu di dalam satu laci di meja solek. Terus aku menuju ke pintu bilik air tersebut dan membuka kuncinya.

"Sayang.." Panggilku setelah aku masuk di dalamnya. Hawa sedang duduk di dalam tab mandi itu dengan air terbuka membasahi badannya. Aku menjadi serba salah.

"Sayang! Ya allah, biy mintak maaf.." Hawa sudah kelihatan tidak bermaya.

"Biy tak kawal ego biy.." Aku menghampirinya yang berada di tab mandi itu. Pili air yang terbuka itu aku tutup.

"Sayang.." Panggilku lagi namun Hawa masih menangis di situ pantas aku mencempung badannya ke dakapanku dan membawanya keluar dari bilik air ini.

Baju Hawa sudah kebasahan, aku mencapai tuala untuk menutupi badannya yang sudah berasa sejuk. Temperature juga aku naikkan untuk buat Hawa rasa lebih panas.

"Sayang, maafkan biy.." Aku memandangnya yang masih menunduk wajahnya itu dek tangisan
di mata.

"Biy jahat.."

"Sampai hati biy.." Hawa bersuara. Aku sudah meraup wajah kerana kesal dengan pelakuanku.

Aku terus bangun dan membuka pakaiannya yang sudah basah tadi. Aku mencabutnya satu persatu. Hawa tidak menolak, aku bangkit untuk mengambil pakaian tidurnya.

Setelah aku pakai pakaian tidur itu ke badannya. Aku mencempung Hawa dan melabuhkan badannya ke atas katil. Selimut aku tarik untuk menutupi badan isteriku kemudian aku juga turut melabuhkan badanku disebelahnya.

Suara Hawa masih kedengaran menangis, aku datang memeluknya dari belakang. Lalu aku memusing badan Hawa untuk melihatku seraya aku kucup lama dahinya. Air mataku juga mengalir.

"Maafkan biy, sayang.." Aku memeluknya dengan erat.

"I love you.." Kataku dan seraya itu Hawa mendongak untuk melihatku.

Wajahnya kutatap dengan air mata kami sama-sama berguguran. "Sayang pun sayang dekat biy.." Balasnya lalu memelukku dengan erat.

Aku memang rasa bersalah kerana ego yang dibawa tinggi melambung sehingga membuat wanita yang aku cintai menangis keranaku lagi.

"Maafkan biy, sayang.."

"Kita masih perlu kenal each other" Gumanku dalam hati dan akhirnya kami lena dibuai mimpi malam itu.

𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐀𝐘 𝐎𝐅 𝐘𝐎𝐔Where stories live. Discover now