34; Kuih Cakoi

168 5 3
                                    

Resepi dan gambar oleh: Nancy Maria

Bahan-bahan:
1 cawan air suam
2 cawan tepung roti/gandum
1/2 sudu makan yis
2  sudu makan gula
1 sudu teh garam
1/2 camca teh soda bikarbonat
2 sudu makan minyak mazola (saya pakai minyak masak je)
Minyak untuk menggoreng
*Kalau nak letak lebih garam pun boleh.

Cara Penyediaan Kuih Cakoi:

Step 1.
Guna cawan yg lebih besar, masukkan gula, garam, yis, air dan kacau rata. Biarkan 15 minit.

Step 2.
Dalam satu bekas yang lain, masukkan tepung bersama soda bikarbonat dan  kacau kering hingga sebati sedikit dan selepas itu, buat lubang di tengah-tengah adunan . Masukkan bahan campuran garam dan gula dan air. Masukkan minyak. Adun sehingga sebati terlebih dahulu.

Step 3.
Pindahkan aduanan ke atas papan pencanai yang telah ditabur dengan tepung gandum sebagai alas, adun sehingga menjadi doh. Apabila menjadi doh, tutup dengan plastik wrap atau turup dgn kain bersih dan biarkan selama 1 jam.

Step 4

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Step 4.
Selepas 1 jam, ratakan doh dan bahagikan kepada bahagian kecil bersaiz 1cm tebal dan panjang 2 cm. Biarkan lagi 10-15 minit. Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan.

 Masukkan minyak ke dalam kuali dan panaskan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Step 5.
Apabila minyak panas, ambil dua potongan tadi dan tindihkan bersama. Tekan doh yang cantum di tengah-tengah dan tarik hujung dengan chopstik untuk bagi panjang. Goreng menggunakan api sederhana sehingga kekuningan. Saya tak tindihkan adunan sebab nak cepat. 😂

Siap utk dihidangkan. Resipi diubah suai dengan kaedah cuba jaya panduan daripada youtube. Ini percubaan kedua saya dalam rempoh PKP😆.

SELAMAT MENCUBA😘

[C] FORK & SPOONWhere stories live. Discover now