21; Sup Cendawan

196 12 0
                                    

Gambar dan resepi oleh: Puteri Nabila

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Gambar dan resepi oleh: Puteri Nabila

Bahan-Bahan:

250 g cendawan butang (kalau tak jumpa yang segar, boleh je guna cendawan butang dalam tin)
800 ml air
250 ml susu sejat IDEAL atau susu segar
1 kiub ayam “Maggi”
1 biji bawang besar, didadu kasar
1 ulas bawang putih, cincang halus
2 1/2 camca besar mentega
1 1/2 camca besar tepung gandum
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Secubit garam
Sedikit cincangan daun parsley, untuk hiasan

Cara Memasak:

1. Cendawan dibasuh, lap kering dengan kitchen towel bersih. Asingkan 4-5 biji cendawan tadi dan dipotong dadu sederhana besar. Manakala yang selebihnya, hiris kasar. Ketepikan.

2. Panaskan mentega dalam kuali, masukkan cendawan dan goreng hingga layu.

3. Tambah bawang putih dan bawang besar, goreng hingga bawang besar layu sahaja.

4. Masukkan tepung dan kacau rata. Gunakan api kecil. Tambahkan air dan kiub pati ayam. Kacau lagi hingga sebati, tidak berketul.

5. Padamkan api dan biar ianya suam. Kemudian kisar halus, tuang dalam kuali semula dan tambah susu sejat/segar.

6. Masak dengan api perlahan hingga mendidih, masukkan cendawan yang didadu tadi, tambah serbuk lada hitam dan kacau rata. Masak hingga pekat.

7. Rasa, jika tawar.. Tambah sedikit garam. Last sekali, masukkan daun parsli. Siap.

[C] FORK & SPOONWhere stories live. Discover now