31; Kerepek Gunting Simple

189 6 0
                                    

Gambar dan resepi oleh: Fatin Damia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Gambar dan resepi oleh: Fatin Damia

.................................................................
Boleh makan dengan family time kuarantin ni. Bahan bahan pun memang yang dah ada di dapur dan modal untuk membuatnya pun tak besar. Jimat belanja dapur kita.

Kalau nak letak ikan bilis ke udang kering ke terpulang selera dan duit poket masing masing ye. Kerepek gunting yang simple macam resepi ni pun dah sedap dan rangup!

Kalau puan puan dan tuan tuan nak cuba buat boleh laa cuba resepi saya ni ye.

✔  500 gm tepung gandum
✔  3 senduk sayur minyak panas
✔  2 sudu serbuk kari ikan
✔  2 sudu serbuk cili (boleh gantikan dengan cili kering yang dimesin dengan bawang merah dan bawang putih jika suka)
✔  Secubit garam
✔  Air sejuk ais secukupnya (untuk menguli doh sampai doh tak lekat di jari dan menjadikan kerepek bertambah rangup)
✔  Daun kari sesuai selera

Cara Menyediakannya
....................................................

1.  Campurkan tepung, garam, serbuk kari, serbuk cili  dan tuang minyak panas ke dalamnya. Gaul sebati.

2.  Tambahkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli doh sampai tak melekat di jari. Masukkan juga daun kari yang dihiris nipis nipis ke dalam adunan.

3. Rehatkan doh 10 minit dan selepas itu canaikan doh nipis nipis dan potong memanjang dan lebarnya sesuai selera.

4.  Goreng dalam api kecil sederhana sampai masak. Boleh masukkan sedikit daun kari untuk menaikkan lagi bau wangi kerepek gunting kita.

Tips untuk dapatkan kerepek yang cantik dan tidak menggerutu, gunakan api kecil sederhana dan sentiasa kaup balikkan kerepek semasa menggoreng.

Selamat Mencuba 💕

[C] FORK & SPOONWhere stories live. Discover now