𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟐𝟑

Start from the beginning
                                    

"Lepasni kau masuk kerja ke?"

"Belum lagi kot.."

"Aku nak bawak Hawa jalan-jalan.." Kataku.

"Nak ikut!" Teriak Ashriq yang sedang bermain video game di telefonya itu.

"Sibuk lah kau ni!" Kataku menengking ke arahnya.

"Takpa lah, bawak je lah.." Hawa memujukku.

"Kau ikut sekali Fad, kau jaga budak terencat tuw.." Kataku dan Fadlan hanya sekadar mengangguk.

"Sayang, jom naik siap.." Aku menarik tangan Hawa untuk naik ke atas. Wanita ini hanya mengikut langkahku.

"Salin baju je! Jangan nak lebih berasmara dekat atas!" Laung Ashriq. Aku hanya menjelir lidahku ke arahnya.

"Biy, ni rumah biy eh?" Tanya Hawa apabila kami sudah masuk ke dalam bilik.

"Haah, tapi sekarang jadi rumah sayang jugak lah, sebab sayang isteri biy.." Kataku dan mencuit hidungnya.

"Besarnya rumahni, lepasni kalau biy pergi kerja, sayang sorang jelah dalam rumah ni. Hm takut.." Kata Hawa. Aku pula sudah ketawa mendengar kata-katanya.

"Kalau macamtu.."

"Cepat-cepatlah kita buat baby.." Aku merangkul pinggangnya.

"Ey! Niat lain tu!!" Hawa mencubit tanganku.

"Oii!! Tukar baju cepatlah!" Suara yang amat dikenali itu tiba disebalik daun pintu.

"Kau apa masalah ni!?" Aku sudah membuka pintu dengan luas dan kelihatan Ashriq sudah tercegat apabila aku menghampirinya.

"Tak.." Ashriq hendar beransur pergi.

"Saja nak pastikan korang tak lebih-lebih.." Jawabnya lalu dia hendak berlari turun ke bawah.

"Sial sangat kau ni! Kalau bini aku buka baju tadi, kau nampak memang buta mata kau aku buat!" Aku pantas menangkapnya lalu menepuk kepalanya itu.

"Sakitlah sial! Kau tak tutup pintu, salahkan aku pulak!"

"Berambus!" Aku terus menutup pintu dan mencari kelibat isteriku.

Namun Hawa pula sudah hilang. Mesti sudah ada di dalam bilik air.

"Sayang.." Panggilku dari luar.

"Nak mandi juga.." Aku mengetuk pintu bilik air ini.

"Tak boleh! Biy dah mandi tadi, pergi tukar baju je.." Balasnya.

Ashriq punya angkaralah ni.
Terlepas peluang aku.

                             ***

"Wahh!! Cantiknya!" Terujaku apabila sudah sampai berada di kota Paris ini.

Aku dan Danial mengambil angin di sini sambil melihat menara yang tinggi di depan mata lalu mengambil gambar yang cantik di sini bersama-sama.

Aku dan Danial menghabiskan masa berjalan-jalan di sekitar kota ini. Sehingga aku sampai di satu tempat yang sering aku lihat di dalam drama TV.

Aku terpegun untuk mencubanya.  Tanganku leka memegang kunci mangga yang pelbagai bentuk di pagar jambatan ini.

"Sayang nak try ke?" Tanya Danial yang berada di sebelahku.

"Nak!" Terujaku.

Lalu Danial menarik tanganku untuk membeli kunci mangga yang ada pelbagai bentuk dijual di tepi jambatan ini.

"Sayang nak bentuk apa?" Tanya Danial kepadaku.

"Hm..." Tanganku masih meneliti kunci mangga di atas meja yang tersusun rapi dengan pelbagai hiasan.

"You should try this.." Kata wanita tua yang berjual itu.

Aku mengambil huluran darinya. Sebentuk hati yang berwana putih dengan dipenuhi permata itu membuat aku tersenyum dengan kecantikannya.

"Sayang nak ni ke?" Tanya Danial.

Lalu aku mengangguk dan Danial terus membayar kunci mangga yang dipilih olehku kepada penjual itu.

"Thank you.." Balas penjual tersebut dan memberi marker kepadaku untuk menulis apa-apa di atas kunci itu nanti.

"Sayang nak tulis apa?" Danial hanya melihat apa yang sedang aku tulis.

Hawa❤︎Danial
❣︎We make love together❣︎

Aku tersenyum saat membaca ayat yang ditulis olehnya. Lantas kunci mangga di tanganya diambil olehku dan aku kunci di pagar jambatan ini.

"I love you sayang.." Aku mencium dahinya. Hawa pula terus memelukku dengat erat.

"I love you too hubby.." Balasnya.

"Okayh done! Jangan lama sangat buat drama free ni. Jom pergi Lourvre Museum pulak!" Ashriq sudah mengacau daun ketika menyampuk dibelakang.

"Sibuk lah si babi ni. Sepatutnya kau kat museum tu skang orang tengah nak tengok kau." Aku meleraikan pelukan. Hawa hanya tertawa melihat karenahnya. Lalu kami menyambung semula perjalanan kami.

Aku gembira ketika dapat berjalan-jalan di kota Paris ini. Tidak disangka yang aku dapat menjejakkan kaki di negara orang. Pelbagai tempat Danial sudah membawaku, mengambil gambar juga semestinya sudah hampir seribu gambar aku ambil.

"Sayang lepas ni nak gi mana pulak?" Tanya Danial ketika aku sedang leka melihat pandangan di sekitar Taman Luxembourg yang cantik ini.

"Hm kita dah pergi tengok Eiffel, dah pergi museum, taman ni pun dah pergi." Aku menghitung semua tempat yang sudah kami pergi dengan jari-jemariku

"Pastu nak gi mana pulak?" Tanyaku kerana aku bukannya tahu selok-belok disini.

"Hm.."

"Bawaklah Hawa pergi Sungai Seine yang selalu orang pergi tu.." Kata Ashriq disebelahku.

"Boleh juga, sayang suka tengok matahari terbenamkan?" Danial memerhatiku.

"Yup!! Nak tengok!" Terujaku sambil tangan kedua-duanya sudah menggenggam tangan Danial.

"Okayh jom pergi sana." Danial memelukku lalu kami berjalan seiring.

"Ha pastu aku?" Jerit Ashriq dibelakang.

"Balik! Takyah nak menyemak.." Jawab suamiku dan melambaikan tangan ke arahnya di belakang. Aku hanya menahan tawa apabila Ashriq tidak lagi dibawa berjalan oleh suamiku.

"Shit.."

𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐀𝐘 𝐎𝐅 𝐘𝐎𝐔Where stories live. Discover now