cp 29

796 129 13
                                    

Alya POV

"Merci mon ange. (terima kasih, angel)" ayat itu pernah aku dengar sebelum ini.

Tapi dimana?

Dan macam mana Eric tu tahu ayat itu.

Eric masih lagi memeluk ku. Aku membiarkan saja dia berbuat begitu. Kerana aku tahu dia mungkin terasa sangat gembira apabila dapat mengubah diriku yang dulu.

Kini aku tahu apa nikmatnya dapat bermain piano dengan bebas dan tenang. Aku bagai sudah keluar dari sangkar yang mengurungi ku sejak dulu.

Walaupun kini di paris adalah musim sejuk tapi pelukan lelaki ini memanaskam badan ku. Sudah hampir lima minit dia berbuat begitu tapi dia masih tidak melepaskan pelukannya. Dia tidak berbunyi, hanya berdiam sambil kepalanya direbahkan di bahu ku.

Aku mahu bercakap dengannya tapi entah kenapa aku berasa perasaan lain. Ianya seperti hati ku bagai keluar dari badan ku. Sungguh kuat hati ku berdegup apabila Eric memeluk ku.

Aku tidak tahu sejak bila perkara ini jadi. Apa yang aku tahu sekarang ialah hati ku berdegup dan hadir sedikit perasaan malu.

Aku pernah bertanya pada diri ku sendiri apakah aku mempunyai rasa dengan Eric?

Sejak pertama kali kami berdua bertemu, aku dapat merasakan perasaan lain. Perasaan dimana aku tidak akan rasau dengan lelaki lain. Oleh sabab itu, aku rapat dengan Eric. Apatah lagi dia memang duduk di sebelah ku.

Kini sudah lebih 5 minit Eric berbuat sebegitu dan akhirnya tangan dia melepaskan badanku.

"Sorry." ucapnya.

Aku dapat melihat mata dia seperti berkaca sedikit. Mungkin dia ada menangis sedikit ketika tadi. Aku memegang tangannya lalu melihat tepat ke arah mata. Dia cuba mengelap matanya kerana dia tahu aku akan bertanya itu.

"So sekarang boleh tak awak beritahu saya kenapa awak nak saya terima piano semula." ujarku.

Eric melihat aku lalu berjalan ke arah satu meja kecil di tepi sofa tadi. Dia mengambil satu sampul surat itu dan membawanya ke arah aku. Sampul surat itu diberikan kepadaku. Aku mengambil dengan muka yang tertanya apakah benda ini.

"Surat tu sebenarnya dari cikgu khai." katanya yang membuat aku lebih tertanya.

Flashback

Eric pov

Aku berjalan mengikuti cikgu Khai yang tadi katanya mahu mengatakan sesuatu kepada ku. Aku harap saja tidak lama kerana 1 jam lagi aku akan pergi.

Lebih kurang jauh juga aku berjalan bersamanya tapi satu patah perkataan pun tidak keluar dari mulut cikgu ais ini.

Setelah lima minit kami berjalan akhir dia berhenti. Dia menoleh ke arah aku lalu memberikan aku satu sampul surat.

"Surat ini kamu beri kepada Alya nanti." ujarnya.

"Beri Alya?" aku mengambil sampul surat itu.

"Ya, beri Alya tapi selepas dia sudah boleh terima piano semula."

"Kenapa mesti waktu tu?"

"Kamu mesti tak nak tengok dia salahkan diri dia sendiri lagi kan." jawabnya yang membuat aku penuh dengan persoalan.

Cikgu Khai terus beredar selepas itu seperti dia datang situ hanya untuk memberikan aku benda ini sahaja.

End of flashback

Alya pov

Aku masih tidak memahami peekara yanh di jelaskan oleh Eric tadi. Tapi tidak kisah kerana sekarang aku berasa curiga dengan sampul surat ini.

 Lost Soul Melody [✔️]Where stories live. Discover now