cp 12

1.2K 171 3
                                    

No one pov

"Shall we dance." kalimat yang keluar dari mulut Eric.

Tangan kanan lelaki itu dihulurkan ke arah Alya yang berdiri di sebelahnya. Alya melihat tangan ku dalam beberapa saat. Ragu-ragu dia untuk menerima tawaran itu. Tapi sekiranya dia tidak menari maka hancurlah tradisi sekolah ini.

Jadi dengan akurnya dia terpaksa mengambil julukan tangan itu dan turun dari pentas beriring dengan Eric dan muzik tarian.

Sesampai di tengah dewan, mereka berdua berhenti dan masuk ke posisi tarian mereka. Semua mata memandang mereka seperti mereka memang benar raja dan permaisuri pada malam itu. Tidak ada seorang pun yang tidak memandang mereka yang berada di tengah dewan itu.

Muzik mula dimainkan. Alya bergerak ke hadapan sedikit sehingga lah jarak dia dan Eric mendekat. Tangan meraka bersentuhan memegang satu sama lain untuk memulakan tarian.

Entah kenapa pada malam itu 2 orang pelajar itu kelihatan sangat menarik sehingga tidak ada mata yang memandang tempat lain selain mereka.

Mereka menari mengikut iringan muzik yang dimain. Sungguh indah raja dan permaisuri pada tahun ini. Sama juga dengan tarian mereka yang langsung tidak ada salah.

Alya pov

Aku menari dengan Eric apabila aku terpilih sebagai pemenang tadi. Aku tidak menyangka bahawa aku akan memenangi pertandingan itu. Dan yang paling aku tidak sangla ialah aku menari dengan putera sekolah ini. Memang nasib aku lah dengan para peminat dia ni yang akan bermusuh dengan ku nanti.

Kami berdua menari sejak tadi. Selagi pergerakan kami tidak habis maka tidak berhentilah tarian kami. Untung saja aku dulu pernah belajar menari sama ibuku. Kalau tak memang terjatuh lah aku di hadapan khalayak ramai ini.

Aku megangkat muka ku sedikit untuk melihat muka Eric. Muka dia tidak lekang dengan senyuman membuatkan ku terasa sedikit malu menari dengannya. Tangan kami bersentuhan membuatku tidak senang. Tapi apakah daya aku yang terpaksa tahan dahulu sebelum tarian ini selesai.

Aku memandang muka kacak Eric itu. Muka kami memang kelihatan sangat dengan seperti hanya 15 cm sahaja jaraknya. Aku terfikir, kelihatan kacak juga muka Eric kalau dilihat dari dekat. Memang patutlah dia banyak peminat di dalam kelas.

Rupanya aku yang selama ini tidak tahu kekacakan muka jejaka kacukan itu.

Elena POV.

Aku melihat 2 orang pemenang king and queen of the night menari di tengah dewan. Panas hati aku melihat perempuan yang menyentuh tangan eric itu. Dari dulu dia selalu menang dalam segala yang ada kena mengena dengan Eric.

Aku memang benci akan perempuan itu. Pada hari itu pun kalaulah Eric tak membelahi dia mesti perempuan tu akan kena dengan apa yang aku rancang. Dan sekarang bila aku fikir nak menang pertandingan ini dan cuba dekati Eric, dia pula kacau dengan dress cantik dia tu.

Banyak cara aku sudah cuba untuk dekati Eric tapi kenapa semuanya hancur bila aku masuk sekolah ini. Aku fikir dengan masuk sekolah yang sama dengan Eric tolong aku lebih dekat dengan Eric tapi Eric malah berjauhan dengan aku. Walaupun aku sudah menggunakan nama angel of piano tapi dia tetap tidak dekat dengan ku malah semakin menjauh dengan ku.

Aku yang sakit hati melihat Alya dan Eric menari bersama di tengah dewan itu terus membuka langkah pergi ke tempat lain. Sudah malas aku melihat pemandang yang menjijikkan mata ku.

No one POV.

Bebepara minit Alya dan Eric menari sehinggalah music dihentikan yang menanda tarian mereka sudah berakhir. Tangan yang saling menyentuh tadi dilepaskan. Mereka tunduk memberi perhormatan lalu berjalan ke arah Hafiz dan Lisa.

 Lost Soul Melody [✔️]Where stories live. Discover now