cp 28

847 131 1
                                    

Alya POV

Dunia aku gelap, sunyi dan keseorangan. Aku memerhati sekeliling aku. Tidak ada satu pun cahaya yang hadir untuk menerangkan dunia ini. Semuanya gelap. Aku seperti berada di satu dunia yang tidak wujudnya manusia dan cahaya.

Semuanya gelap.

Dimana aku?

Bagaimana aku ada disini?

Persoalan yang bermain di otak aku. Aku berjalan disekeliling kawasan itu. Mencari sekiranya ada sesiapa di dunia ini.

Beberapa minit aku berjalan di dunia gelap ini dan secara tiba-tiba aku terlihat satu pintu putih tepat dihadapan ku.

Aku berjalan menuju pintu itu. Entah kenapa hati ku berasa ingin membuka pinth itu. Perasaan ingin tahu aku tentang pintu itu semakin tinggi. Aku memegang tombol pintu itu lalu membukanya.

Satu cahaya menyilaukan datang dari dalam bilik itu. Mata aku tertutup kerana kehadiran cahaya itu. Aku masuk ke dalam bilik itu sambil menutup mata dan beberapa saat kemudian aku mula membuka mata.

Sikit demi sedikit aku mula melihat benda yang ada di bilik itu. Bilik itu terasa tidak asing bagiku. Aku seperti pernah melihat bilik ini.

Bilik itu berwarna putih dan ada satu piano putih ditengah-tengah bilik itu. Hanya piano itu sahaja yang ada di bilik itu.

Enrah bagaimana dunia yang gelap tadi tiba menjadi bercahaya seperti ini. Aku memerhati sekeliling bilik itu. Bilik itu seperti ada di ingatan aku sebelum ini. Hanya aku lupa dan dimana aku pernah melihat semua ini.

Aku berjalan menuju ke arah piano dan tiba-tiba piano itu berbunyi memainkan satu lagu. Lagu yang aku sangat suka dahulu. Lagu yang membawa memori aku kepada seseorang.

Aku berjalan lebih pantas menuju ke arah piano itu untuk melihat gerangan yang memainkan piano tersebut.

Kejap! Aku terkejut melihat orang yang bermain piano itu.

Orang yang bermain piano itu adalah aku.

Maksud aku bukanlah aku yang sekarang tapi aku yang berumur 5 tahun dahulu.

Aku yang 5 tahun dahulu tetap bermain dengan piano itu tanpa menghiraukan aku. Tetap bermain seperti aku tidak wujud disini.

Aku cuba memanggilnya menggunakan suara tapi tetap dihiraukan. Adakah aku tidak wujud di dunia ini atau budak ini memang tidak melihat aku?

Plak!

Pintu bilik itu tiba-tiba terbuka. Aku melihat ke arah pintu itu.

Aunty Farida!

Aku terkejut melihat wanita itu hadir bilik itu. Dengan wajah tersenyum dia masuk ke dalam bilik itu dan berjalan menuju ke arah aku yang berumur 5 tahun itu.

Aku cuba memanggil wanita itu tetapi tidak dijawab olehnya. Sama seperti budak tadi.

Kenapa semua ini terjadi?

Dimana aku?

Kenapa semua kejadian ini seperti pernah dilihat oleh aku?

Persoalan itu habis keluar dari otakku.

"Aunty, tengok Alya dah boleh main lagu ni!."

Suara aku berumur 5 tahun bercakap dengan wanita tadi. Aku terkejut melihat diriku yang mesra bersama dengan wanita itu.

"Baguslah, lepas ni boleh lah kita main lagu baru pula."

Wanita itu mengusap kepala budak itu membuatkan budak itu tersenyum gembira.

 Lost Soul Melody [✔️]Where stories live. Discover now