cp 7

1.1K 183 8
                                    

Alya POV

Aku berjalan di koridor sekolah itu. Sudah 2 hari berlalu sejak kejadian hari itu. Aku masih ingin mencari siapa identiti fake angel itu. Kalau aku tahu kenapa dan mengapa dia menyamar menjadi ku, akan aku bongkarkan terus identitinya sebernanya.

Aku tak kisah, hidup dia hancur ke apa, tapi yang penting dia gunakan nama yang aku nak buang dari dulu. Nama yang paling ku benci didengari di telinga ini.

"Selamat pagi, Alya." tegur seseorang dari belakangku.

Aku menoleh dan melihat Eric yang berjalan menegurku tadi. Aku memberi senyuman dan menjawab selamatnya.

"Selamat pagi. Macam mana dengan persembahan awak hari tu?"

"Okay. Just saya tak berapa suka dengan angel of piano tu."

"Kenapa pula?"

"First, saya tahu dia tu fake. Bukan angel of piano. Second, saya tak suka perangai dia."

"Macam mana awak tahu dia fake. Awak sendiri tak pernah jumpa yang seberna."

"Siapa cakap saya tak pernah jumpa yang seberna." aku terhenti apabila mendengar jawapan itu.

Seingat aku, aku tak pernah berjumpa dia selama aku main piano dulu.

"Saya jumpa dia waktu first time saya bertanding piano, 12 tahun dulu. Masa kecil lah."

Pernah ke aku berjumpa dengannya, fikir di dalam hati. Tapi bagi aku Eric itu hebat sebab dia boleh ingat memori 12 tahun lepas. Aku sendiri susah nak ingat. Apa yang ingat hanya memori lukaku.

"And than macam mana awak tahu dia fake."

"Saya rasa macam aura dia bukan angel of piano."

"Lagi-lagi cakap macam tu. Hari tu waktu first time jumpa saya pun awak ada cakap pasal aura angel of piano ada dekat saya. Ni dia dah muncul, awak kata dia bukan sebab aura. Apa aura seberna yang awak dapat rasa?"

"Saya pun tak tahu. Tapi apa yang saya tahu aura angel of piano ni rasa macam tenang. Sama macam bila saya jumpa awak dulu. Saya dapat rasa tenang bila main piano."

Aku diam mendengar dia sambil berjalan menuju kelas. Eric membuka pintu kelas dan terus masuk diiringi dengan ku.

Kelihatan ramai mata memandang kami. Aku berasa seperti terancam dengan mata itu. Mata perempuan yang cemburu apabila melihat crush mereka berjalan dengan perempuan lain.

Aku menghiraukan tatapan itu dan terus berjalan menuju meja bersama Eric. Aku melihat meja hadapan iaitu meja Lisa dan Hafiz masih kosong menandakan mereka masih belum sampai.

"Tapi kan Eric, macam mana awak boleh tahu aura angel of piano?" tanyaku lagi.

"Macam saya kata tadi, saya jumpa dia waktu first time saya bertanding. Waktu tu saya sangat nervous, sampai nak gerak jari pun tak dapat. Jadi waktu tu lah saya jumpa dengan dia. Dia lihat saya dan mula bercakap dengan saya. Waktu dia cakap tu, saya tenang je. Macam ada sesuatu yang menenangkan saya dan dia beri saya semangat untuk teruskan usaha saya. Jadi saya pun buat dan dapat tempat ke-2, angel of piano pula no 1."

Aku tergamam sebentar. Cuba mengingati pertandingan yang dikatakan oleh Eric. Aku terlalu banyak masuk pertandingan sampai lupa mana satu yang dia katakan.

"Alya, are you okay?" tegurnya apabila melihat ku diam.

"I am okay." jawab ku.

Dia diam memerhatikan ku. Aku memandang ke arah lain supaya kami tidak terkena eye contact. Aku cuba memikirkan satu cara untuk lari daripada situasi itu.

 Lost Soul Melody [✔️]Where stories live. Discover now