Cp 10

1.1K 172 6
                                    

No one pov

5 minit lagi loceng habisnya waktu sekolah akan berdering. Semua murid ternanti-nantikan bunyi itu kerana ingin pulang dan bersedia untuk majlis yang mereka nantikan pada malam itu.

Jam di kelas itu ditenung oleh para pelajar, menanti jarum menunjukkan tepat pukul 2 petang. Bergerak jarum jam itu, semakin berdebar jantung mereka untuk balik.

Perasaan ketidaksabaran mereka kini memang tinggi untuk menanti masa balik akan tiba. Walaupun hampir semua pelajar menanti waktu balik, tapi lain pula dengan Alya dan eric yang masih sibuk dengan pembelajaran mereka sehingga tidak tahu waktu balik sudah semakin menjemput mereka.

Mereka langsung menghiraukan jarum jam yang bergerak malah lebih mementingkan pembelajaran mereka.

Kring!

Loceng balik sudah berdering. Semua pelajar dengan cepat menyimpan barangan mereka dan keluar dari kelas tanpa arahan guru. Guru yang mengajar hanya boleh bertabah dan bersabar dengan sikap mereka.

"Alya, pastikan kau datang malam ni. Aku tak nak dengar alasan kau tak datang." ujar Lisa yang sudah menyandang begnya.

"Aku tahu lah." jawab ringkas Alya.

Memang ingin Lisa untuk wani hadir pada malam itu. Dia sampai mengingatkan wani mengenai majlis malam itu supaya Alya hadir dan tidak berlaku kes seperti tahun lepas.

Selepas mengatakan itu, dia terus keluar dari kelas bersama Hafiz yang menantinya di luar kelas. Alya pula hanya boleh tersenyum dengan perlakuan Lisa.

"So, awak memang hadirlah malam ni." kata Eric yang masih duduk disebelahnya mengemas peralatan pembelajaran tadi.

"Macam mana nak buat. Lisa sudah paksa, tak kan saya tak hadir pula. " jawab Alya.

Eric senyap. Tidak tahu apa yang ingin dia tanyakan lagi. Kini dikelas hanya tinggal mereka berdua sahaja. Angin kesunyian mengipas diri mereka. Rambut panjang Alya melambai akibat tiupan angin tadi.

"Awak nak balik sama tak?" tanya Eric lagi.

Barangannya telah selesai dikemas. Dia berdiri dihadapan Alya sambil memandang ke arah Alya.

"Awak baliklah dulu. Saya mesti hantar buku tu dengan cikgu Khai." ujar Alya sambil menunjukkan buku yang dikumpul diatas meja guru.

"Tak nak saya tolong."

"Tak pa. Saya boleh buat sendiri." Alya menolak tawaran Eric.

"Kalau macam tu, bye. Jumpa malam nanti." hampa perasaan Eric apabila Alya menolak tawarannya.

Bukan apa, Alya selalu disuruh oleh guru untuk menolong mereka ketika waktu pembelajaran mahupun luar pembelajaran. Dia berasa sedikit kesian melihat Alya yang selalu dipanggil itu. Ada ketua kelas pun, Alya juga yang akan dipanggil. Memang susah menjadi pelajar contoh seperti dia. Selalu dipanggil untuk menolong para guru.

Alya pov

Setelah melihat Eric keluar dari kelas, aku terus berdiri mengambil beg sekolah ku dan pergi ke meja guru mengambil buku latihan yang dikumpul untuk dihantar ke meja cikgu Khai di bilik guru.

Kadang kala aku, barasa malas juga untuk melakukan semua itu. Tapi itu lah, nasib aku dibagai pelajar contoh. Cikgu itu satu juga, selalu menyuruhku dan tidak pernah minta tolong ketua kelas.

Aku tahulah yang dia rapat dengan aku saja disekolah ini, tapi tak kan semua nak harapkan aku tolong. Berilah pada orang lain juga.

Aku berjalan dengan malas ke bilik guru dan menghantar semua buku ke atas meja cikgu Khai. Setelah itu, aku terus balik untuk bersiap bagi majlis malam ini.

 Lost Soul Melody [✔️]Where stories live. Discover now