cp 17

992 155 0
                                    

No one POV

Eric, Lisa dan Hafiz diam termenung di atas bumbung sekolah. Sekarang sudah hari ketiga sejak kejadian itu dan juga hari ketiga Alya tidak hadir ke sekolah.

Kepala mereka buntu memikirkan cara untuk menjawab persoalan di otak mereka.

"Wey, macam mana sekarang? Aku rasa Alya tak kan hadir sekolah lagi lah." Hafiz merunggut kepada 2 orang rakannya.

"Aku pun tak tahu. Aku cuba pergi rumah wani semalam tapi dia tak ada." jawab Lisa sambil mengeluh.

Eric pula hanya termenung melihat langit biru. Mahu berfikir tapi otaknya sudah buntu dengan idea. Sungguh banyak misteri mengenai Alya yang masih belum terungkap.

Sekarang dia memang ingin berjumpa dengan Alya. Dia berasa menyesal berbuat Alya seperti itu dahulu. Kini dia sudah tidak dapat bercakap dengan Alya. Telefon pun tak angkat jangankan nak bertemu.

"Kenapa aku rasa yang rumah yang kita pergi hari tu bukan rumah seberna Alya." Eric memandang Hafiz dan Lisa.

"Kenapa kau rasa macam tu?" Lisa tertanya.

"Cuba kau tengok rumah tu, tidak ada satu pun gambar keluarga Alya. Barangan orang lain pun tak ada. Yang ada pun just barang Alya." dia memberi penerangan.

"So kau nak kata, rumah tu just rumah Alya tapi bukan rumah keluarga Alya." Eric menganguk.

"Yes, Jadi aku rasa Alya tak ada dekat rumah dia sebab dia balik rumah seberna keluarga dia." Eric memberi jawapan seberna lagi.

Lisa memandang Eric yang bercakap itu. Ada logik juga apa yang dikatakan oleh Eric itu. Lagipun selama dia berkawan dengan Alya dia tidak pernah bercerita apa-apa tentang keluarga dia.

"Apa kata kita cuba minta maklumat pelajar Alya dengan cikgu." cadang Lisa.

Hafiz dan Eric bersetuju dengan idea itu. Mereka tahu bahawa maklumat pelajar sekolah tidak boleh menipu. Jadi sekiranya mereka meminta maklumat itu, mungkin mereka boleh tahu dimana alamat rumah seberna Alya dan beberapa rahsia lain.

Kring!!!

Loceng sekolah itu berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat. Mereka yang mendengar bunyi itu terus melangkah cepat pergi dari situ.
.
.
.
.
.

Time skip

"Ni, kertas yang kamu nak." ujar cikgu Yana sambil memberi kertas kepada Lisa.

Lisa mengucapkan terima kasih lalu mengambil kertas dari guru penolong kelas itu. Dia terus keluar dari bilik guru dan berjumpa dengan Hafiz dan Eric di kelas mereka.

Semua murid sudah pulang dan hanya mereka yang tinggal pada masa itu. Lisa menghulurkan kertas itu kepada Eric untuk memberinya membaca dulu.

Eric memerhati kertas itu dengan tajam tidak mahu terlepas dari pun maklumat tentang Wani.

"Mana kau dapat kertas ni tadi?" soal Hafiz.

"Dari cikgu Yana." Lisa menjawab.

"Kenapa tak minta dengan cikgu Khai? Dia kan guru kelas kita."

"Cikgu Khai tak ada. Jadi minta dengan cikgu Yana lah." Hafiz mengangguk faham.

Sedikit hairan mendengar berita cikgu ais itu tidak ada pada hari ini. Biasa cikgu tu lah yang selalu ada kecuali kalau dia ada urusan luar mengenai sekolah. Kalau urusan sendiri biasanya cikgu tu tidak akan minta cuti dan selesaikan masalah tu pada hari cuti bukan hari sekolah.

"Hafiz, cuba kau baca ni!" Eric memberi kertas itu kepada Hafiz.

Hafiz membaca apa yang ditunjukkan oleh Eric tadi. Dalam 3 saat saja, matanya tiba-tiba terbeliak besar. Seperti ada satu kejutan yang berlaku tepat di hadapan matanya.

 Lost Soul Melody [✔️]Where stories live. Discover now