Bab 38: [Tengku Ashraf & Ariana] & [Aiman & Nina]

Start from the beginning
                                    

"You menyesal kan nikah dengan i. Jadi buat apa you nak simpan i lagi?. Ceraikan lah i!." Ujar Ariana mengalirkan air mata.

Tengku Ashraf mengetap bibir geram mendengarnya.

"Sah lah you ni dah gila!." Ujarnya, seraya memasukkan sisa pakaiannya kedalam beg dan menutup begnya.

Dia menurunkan begnya dari atas katil dan menarik begnya menuju ke pintu bilik hotel.

"Tengku Ashraf!." Panggil Ariana.

Panggilan Ariana tidak diendahkannya. Dia mencapai telefonnya diatas meja dan segera keluar dari bilik hotel, meninggalkan Ariana.

_
AIMAN Tersenyum kepada pelayan restoran yang meletakkan air. Seraya memandang kearah Armell yang sedang memandangnya.

Aiman berdehem kecil. Seraya meletakkan kedua tangannya diatas meja.

"Ada apa Kak Mell nak jumpa saya?." Tanya dia memulakan bicara.

"Tak ada apa. Saje nak jumpa Aiman. Nak borak-borak. Tanya khabar." Jawab Armell tersenyum.

Aiman berkerut dahi. Borak-borak?. Tanya khabar?. Ini tidak kedengaran biasa baginya. Kerana dia dan Armell bukanlah rapat mana. Sehingga Armell harus bertemu dengannya untuk bertanya khabarnya.

"Aiman buat apa ya sekarang?."

Dia segera tersedar dari lamunannya. Seraya tersenyum memandang Armell.

"Buat apa, apa?. Maksud Kak Mell?." Tanya dia.

"Kerja ke?. Belajar ke?."

"Ouh... Saya tengah cari kerja sekarang." Jawab Aiman berterus terang.

"Cari kerja?. Kenapa tak sambung belajar je?."

"Hah?." Aiman semakin tidak mengerti mengapa Armell harus bertanya soalan demikian kepadanya.

Armell turut merasa tidak selesa. Yalah... Mana tidaknya. Sebelum ini dia tidak pernah berjumpa Aiman untuk bertanya soalan-soalan demikian. Apa pula fikir Aiman nanti. Benaknya.

"Sorry.. Aiman jangan salah faham. Maksud Kak Mell kenapa Aiman tak sambung belajar je?. Result spm Aiman kan bagus. Sayanglah kalau tak sambung." Tutur Armell cuba beriak biasa.

Aiman berkerut dahi.

"Mana Kak Mell tahu pasal result spm saya?."

"Yana." Jawab Armell laju.

Aiman terdiam. Seraya manggut-manggut. Okey. Aku dah faham sekarang. Benaknya.

"Aiman tak jawab lagi soalan Kak Mell. Kenapa tak sambung belajar je?."

Aiman tersenyum memandang Armell. Seraya menjawab.

"Sebenarnya saya ada plan nak sambung. Tapi bukan sekarang."

"Kenapa?. Aiman ada masalah ke?."

"Tak!. Bukan."

Aduh... Apa aku nak cakap ni?. Getus Aiman dalam hatinya.

Aiman segera menunduk. Otaknya ligat mencari jawapan untuk soalan Armell.

"Aiman." Panggil Armell.

"Ya?." Aiman mengangkat kepalanya, memandang Armell.

"Aiman perlukan duit ke?."

Soalan Armell membuatkan dia semakin buntu dan tidak tahu harus menjawab apa.

"Kak Mell. Boleh tak kita jangan cakap pasal ni?."

Dia akhirnya berkata demikian. Kerana tidak mahu Armell tahu tentang masalahnya dan kakaknya.

Jauh Dari Cinta. [E].Where stories live. Discover now