"Tapi liya,mummy aku macam mana?",tanya syazreen perlahan.

"Mummy kau dah sihat. Aku ada tanya adik kau hari tu",kata liya cuba menenangkan sahabatnya itu.

"Aqeef ke?".

"Yup! It's okay,kalau kau nak balik jugak , aku hantar kau lagipun kereta kau masih kat balai polis",terang liya.

Pantas syazreen memandang liya. Terkejut dirinya. Sampai buat laporan polis.

"What!kau buat laporan polis?".

Liya memandang syazreen pelik.

"Ya lah memang buat laporan polis,dah kau hilang tiga hari.",balas liya.

"Tetapi bukan aku yang buat",katanya lagi.

"Habis tu siapa",kening syazreen dijongketkan.

"Papa kau".


"What!Pa..pa aku?",terkejut dengan kenyataan sahabatnya. Mimpi apa papanya?











"HAIRY?".

Hairy senyum ke arah syazreen.

"Apa kau buat kat sini?",tanya syazreen keliru. Adiknya di sebelah lelaki itu dipandang.

"Masuk lah kak!Mummy tunggu akak tu",ujar aqeef. Senyuman dihadiah
kan kepada satu-satunya kakak yang dia ada. Telah lama ditahan rindu kepada kakaknya itu.

"Ok!",ujar syazreen sepatah. Kehadiran hairy di rumahnya masih difikirannya. Macam mana kawan baiknya itu mengenali rumahnya malahan kelihatan sangat rapat dengan keluarganya.

Langkah syazreen dipandang aqeef.

"Tak sangka syazreen tu sebahagian daripada keluarga ni",kata hairy tiba-tiba.

"Ya abang hairy",ujar aqeef perlahan.
Kenangan dengan kakaknya berlayar di fikiran.



"Akak!".

"Yana!".

Basikalnya digayuh lagi laju apabil
a mendengar suara memanggilnya.
Sesekali dia memandang ke arah belakang.

"Hahaha,kejar lah kalau dapat",
laung syazreen dari jauh.

Tiba-tiba basikalnya dihalang. Mencerlung matanya melihat orang yang menghalang laluannya.

"Abangggg!!Tepi lah,mana boleh macam ni",kata syazreen. Dia merengus kasar.

Lafazkan Cinta Itu (OG)Where stories live. Discover now