Bab 71

17.3K 967 391
                                    

Assalamualaikum dan Haii kepada pembaca-pembaca, jangan risau author memang akan update. Tapi sekiranya author tak update satu hari tu, mungkin author sibuk masa tu dan Author ingatkan kembali, Author akan update 4-5 kali seminggu.

-----

Wad Najwa dalam keadaan sunyi. Tiada sesiapa yang menjenguknya. Hanya bunyi mesin yang kedengaran di dalam bilik yang kosong itu. Tiada perabot, bilik itu hanya terdapat sebuah katil pesakit dan sebuah laci kecil untuk meletak barang kepunyaan pesakit. Sungguh berbeza berbanding dengan bilik Adriana yang mempunyai banyak kelengkapan untuk pesakit dan penjaga. Malah, hiasan dalaman wad itu juga sangat berbeza jika dibandingkan dengan wad Najwa ketika ini di mana ianya hanyalah berdindingkan warna putih.

Namun, sebenarnya terdapat ahli kumpulan Najwa sedang berdiri di luar. Mereka masih lagi rasa bersalah tentang apa yang mereka telah lakukan terhadap Najwa di Gunung Raya.

Puan Aminah hanya melihat wajah-wajah ahli kumpulan dengan kesal. Dia agak kecewa sebenarnya yang menantunya, Najwa dituduh dengan teruk tadi. Dia juga berasa agak terkejut apabila melihat Najwa dalam keadaan berdarah ketika menuruni Gunung Raya. Namun, nasiblah berita ini tidak sampai ke pengetahuan pelajar-pelajar lain memandangkan kumpulan Hakimi dan Asyraf menggunakan jalan lain untuk turun.

Hampir saja gugur jantungnya apabila melihat keadaan Najwa yang tidak sedarkan Najwa dan Adriana yang juga turut cedera teruk.

Dia juga agak kecewa dengan anak lelakinya, Hakimi kerana tidak dapat menjaga Najwa dan Adriana dengan baik.

Puan Aminah mengeluh kasar.

Dia memeluk tubuh.

Matanya juga tajam memandang kearah Hakimi.

"Hakimi, jelaskan semuanya kepada Bonda sekarang!" Arah Puan Aminah dengan garang. Matanya mencerlung tajam kearah satu-satunya anak lealkinya iyu. Tidak dihiraukan dengan pelajarnya yang lain yang berada di sisinya.

Hakimi masih kekal diam.

"Hakimi, jangan cabar kesabaran Bonda. Jangan sampai Bonda minta Aiden sendiri yang ceritakan semuanya kepada Bonda!" Puan Aminah cuba mengugut.

"Bonda, semua hal ni salah faham je. Lagipun, kecederaan Najwa tu taklah teruk sangat. Doktor sendiri cakap yang Najwa masih lagi mampu jalan." Hakimi menjawab.

"Kamu kata semua ni salah faham? Apa yang salah fahamnya? Bonda sendiri dengar dari Anis sendiri yang kamu semua dah tuduh Najwa tolak Adriana di Gunung Raya tadi!" Marah Puan Aminah.

"Puan Aminah, kami minta maaf atas apa yang kami buat dekat Najwa tadi. Hal ini disebabkan kami sendiri nampak yang Najwa tolak Adriana." Kata Haziq manakala Anis dan Amni hanya mengangguk setuju akan kata-kata Haziq.

"Kami minta maaf Puan Aminah, saya tak sangka semua ni salah Adriana dan kawan-kawannya yang rancang untuk buat Najwa kena tuduh." Kini Irfan pula masuk campur.

Puan Aminah menghembus nafas.

"Kamu semua jangan minta maaf dekat saya, kamu mesti minta maaf dekat Najwa dan itu semua terpulang kepada dia nak maafkan kamu semua atau tidak. Sejujurnya saya rasa menyesal letakkan kamu semua sama kumpulan dengan Najwa. Nur Najwa adalah satu-satunya anak yang saya sayang sebab itu saya sanggup jaga dia. Saya harap tiada lagi yang berani lukakan dia selepas ini." Puan Aminah merayu.

"Bonda, semua ni salah Kimi sendiri sebab tak jaga tingkah laku Adriana." Hakimi cuba membela Adriana. Dia tahu yang Bondanya sangat kecewa akan tindakan teman wanitanya itu malah Bondanya tidak merestukan hubungan mereka berdua walaupun Adriana sememangnya seorang wanita yang banyak kebolehan.

Suamiku Tinggi 189cm?!! Where stories live. Discover now