Bab 13

22.7K 1.1K 23
                                    

Waktu semakin petang,
Langit semakin gelap,
Matahari semakin terbenam.
Hari?entahlah...

Aku masih lagi berada di sekolah.

Aku keseorangan.

Tiada lagi pelajar-pelajar dan cikgu-cikgu kat sekolah ni.pintu pagar sudahpun dikunci.ya,aku TERKURUNG.

Aku melintasi setiap kelas untuk mencari tempat berlindung.setiap tombol pintu kelas dipulas namun hampa,semuanya berkunci.

Aku cuba menaiki tangga untuk naik ke tingkat 3 iaitu di mana hanya untuk kelas tingkatan 5 lalu aku pun mencari kelas yang tidak dikunci.

Aku memulas setiap tombol pintu kelas,dan...

Klik!

'Akhirnya...'hampir saja air mataku menitis keluar.

Aku bersyukur sebab ada juga kelas yang tak berkunci dan aku
mendongak memandang papan tanda kelas itu.

5A.

'Kelas Hakimi...'bisik hatiku.

Aku berjalan memasuki kelas tersebut.bersih.mejanya tersusun rapi.papan notis dihiasi dengan cantik dan lantai pula telah disapu dengan bersih.

Cemburu.

Yelahhh...asyik-asyik kelas aku je kalah dari kelas 'Zirafah gila' ni!kalah?haah...kelas aku selalu dapat no.2 je!gara-gara 'Zirafah'tu lah!

Dan tiba-tiba satu bunyi yang kuat telah mengejutkanku.

Guruh.

Hujan mula turun dengan lebat, membasahi permukaan bumi. Sejuk.dingin.itulah yang aku rasai ketika ini...dengan hanya baju kurung sekolah yang tersarung di badanku ini telah membuatku rasa sungguh dingin.

-----

Aku terdengar bunyi enjin kereta dari luar.

'Mesti bonda.'bisik hatiku.

"Ok lah,Adriana...bonda I dah balik.So,nanti I call you balik and please jangan salah faham lagi tentang I dengan budak tu.I dah jelaskan semuanya,right?okay,bye.I love you."

Aku mematikan panggilan.gembira.sebab aku dah jelaskan semuanya kat Adriana.ya,aku takut sangat kalau dia salah faham dan sungguh aku takut kalau aku kehilangan dia sebab budak pendek tu.

Aku bangun dari katilku dan meletakkan i-phone ku di atas meja belajar lalu segera turun ke tingkat bawah untuk menjenguk bondaku yang baru saja pulang dari sekolah.

Tiba sahaja di ruang tamu,aku melihat bondaku yang sedang duduk keletihan di atas sofa panjang.

"Kesian bonda..."aku menegur bondaku.

"Kalau Hakimi kesian dengan bonda,apa kata kamu tolong urutkan bahu bonda ni."kata bonda sambil memegang bahunya.

Aku berjalan kebelakang sofa di mana tempat bonda duduk dan mengurut bahunya dengan perlahan.

"Hakimi,mana Najwa?"tanya bonda tiba-tiba.

Aku tersentap.

Suamiku Tinggi 189cm?!! Where stories live. Discover now