Bab 22

24.1K 1K 19
                                    

Baru sahaja aku ingin cuba melepaskan tangan Asyraf dari dia...

Tiba-tiba sahaja namaku diseru oleh seseorang menyebabkan aku menoleh kearah suara itu.

"Hakimi."

Aku menoleh.

"Bonda..."

Aku nampak bonda sekarang ni berada di depan pintu wad.mungkin baru balik dari sekolah kot.

"Asyraf?kamu buat apa dekat sini?"tanya bonda sebaik sahaja terlihat kelibat Asyraf
dibelakangku dan aku perasan yang Asyraf terus melepaskan tangannya dari tangan Najwa apabila bonda memandang kearahnya.

"Errr...saya datang sebab nak lawat Najwa,Puan Aminah."jawab Asyraf kekok.

"Owhhh...dan Najwa bagaimana keadaan kamu sekarang ni?"soal bonda kepada Najwa pula.

"Dia..."

Baru sahaja aku ingin menjawab,Asyraf memotong.

"Doktor cakap dia dalam keadaan stabil sekarang ni...jadi saya rasa Najwa dah boleh keluar...cuma minta pengesaan doktor je."kata Asyraf dan pada masa itu juga aku perasan yang wajah bonda tiba-tiba berubah apabila ternampak balutan di dahi Najwa.

"Najwa...kenapa dengan dahi kamu ni?"soal bonda setelah perasan akan dahi Najwa yang berbalut dengan kain itu.

Aku memandang wajah Najwa yang seakan terkejut dengan soalan bonda.

"T-takda apalah,b-bonda..."jawab Najwa acuh tak acuh.

Aku tersentap.

Kenapa dia tak berterus-terang?

Kenapa dia tak bagitau perkara yang sebenar?tentang aku yang buat semua tu kat dia...

dan aku dapat rasakan yang bonda masih lagi tak berpuas hati dengan jawapan yang Najwa bagi tadi...dan sejurus itu bonda mengalih pandangannya kearahku pula.

"Hakimi...jawab soalan bonda sekarang...apa sebenarnya yang terjadi kat Najwa sampai kepala dia berbalut ni?"soal bonda kepadaku.

Namun...

Aku hanya mendiamkan diri.

Aku diam.

-----

"Najwa...kenapa dengan dahi kamu ni?"soal bonda kepadaku.

Aku terkejut.

Apa nak jawab ni?!

Takkanlah aku nak bagitau Hakimi yang buat?!

Aku buntu.

"T-takda apalah,b-bonda..."jawabku,tak sampai hati nak bagitau dan entahlah kenapa hati aku tiba-tiba jadi lembut...mungkin sebab 'dia' kot...

Dan tanpa disengajakan kini mataku bertaut...

dengan

Asyraf.

Kenapa dia pandang aku macam tu?

Cara dia pandang aku...buat aku rasa malu,hehehe...tapi pandangan dia...macam ada sesuatu dia nak bagitau aku.

Tapi...apa?

dan kenapa jantung aku tiba-tiba laju ni?

Aku hairan...sebab selalunya jantung aku akan automatik berdegup laju bila dekat dengan....

'Zirafah gila'tu,iaitu...








Muhammad Wang Hakimi.

Suamiku Tinggi 189cm?!! Where stories live. Discover now