Bab 47

20.2K 914 127
                                    

Sorry tau sebab lambat update, wattpad ni ha buat masalah.😭😭😭 Author dah buat dah bab ni tapi tiba2 hilang😢 jadi terpaksalah author buat bab ni masa author kat Brunei😤😤😤

-----

Selesai sahaja semua pelajar memasang khemah, mereka terus dikumpulkan di kawasan tempat berkumpul yang telah diaturkan. Semua pelajar tersebut dikehendaki berkumpul mengikut kumpulan yang telah ditetapkan iaitu sebanyak 15 kumpulan.

Najwa hanya menurut apa yang telah disuruh manakala ada sesetengah pelajar lain merungut dan berasa tidak puas hati dengan arahan yang diberikan.
Najwa duduk diantara Aiden dan Nabil yang berada dibelakangnya. Fikirannya kini sedang melayang tidak tentu arah.
Ya, dia masih lagi memikirkan tentang
hal yang terjadi terhadapnya sebentar tadi. Tentang dia terpaksa sekhemah dengan Hakimi.

Macam mana boleh kaki khemah tu patah? Takkanlah Adriana tu sengaja patahkan? Lagipun dia yang bagi aku khemah tu. Tapi, perkara tu tak mustahil juga sebab memang Adriana tak suka aku pon. Ishhh! sebab dialah aku terpaksa satu khemah dengan zirafah tu!

Najwa yang kini berasa tidak puas hati terhadap hal itu, mula memasamkan wajahnya tanpa menyedari ada seseorang yang sedang ralit meneliti wajahnya yang dimasamkan itu.

Takpe Najwa, lelaki yang sama khemah kau tu pun suami kau jugakan. Jadi apa salahnya? Halal dari sisi agama.

Najwa mengangukkan kepalanya manakala Aiden yang duduk dihadapan Najwa sejak tadi telah melihat semua gelagat Najwa yang comel itu. Kepala Najwa dari tadi asyik tertunduk tanpa menyedari bahawa dirinya yang memerhati Najwa.

"Najwa, saya nak tanya sesuatu boleh?" Tanya Aiden tiba-tiba.

Najwa yang terkejut akan kehadiran suara tersebut segera mendongakkan wajahnya.

"A-Aiden rupanya. Saya ingat siapa tadi yang tiba-tiba tegur saya." Najwa tersengih menunjukkan barisan gigi putih ratanya.

"Ha? A-awak nak tanya apa?" Soalnya lagi.

"Saya nak tanya pasal hal tadi. Ermm, saya ada dengar yang khemah awak tak dapat pasang. Betul ke?" Tanya Aiden sambil separuh badannya berpusing kebelakang menghadap Najwa.

"A-aaah...ya, kaki khemah tu patah sebab tu tak dapat dirikan." Jelas Najwa.
Kedua-dua belah tapak tangannya ditekap bersama lalu digosok perlahan bagi menghilangkan rasa gemuruh yang bertandang di di dalam dirinya.

Ya Allah, janganlah Aiden ni tanya pasal hal aku dengan Hakimi. Aku tak tahu nak jawab apa nanti. Dah la, Hakimi sendiri yang paksa aku untuk tinggal satu khemah dengan dia.

Aiden diam sejenak. Dia masih lagi memikirkan cara agar Najwa tidak berada satu khemah dengan Hakimi, sepupunya itu. Rasa cemburunya semakin membuak apabila dia melihat
Hakimi menarik tangan Najwa ke khemah miliknya.

Nasiblah pada masa itu dia sedang sibuk memasang khemah miliknya menyebabkan dia sempat melihat adegan itu.

"Kalau macam tu, awak boleh ambil khemah saya." Kata Aiden selamba.

"Eyh?! Habis awak macam mana? Kesianlah awak nanti. T-Takpa, saya kongsi dengan -..." Kata-kata Najwa dipotong oleh Aiden.

"Siapa? Maksud awak dengan Hakimi?"

Najwa terdiam.

Macam mana dia boleh tahu?!

" Pasal tu, saya takda masalah. Sebab saya ada bawa khemah saya sendiri dari rumah. Jadi awak bolehlah pakai khemah tu." Jelas Aiden. Dia sangat berharap yang Najwa terima akan tawarannya itu.

Najwa berfikir sejenak. Ada baiknya juga kalau dia pinjam khemah Aiden tu. Tapi hanya satu persoalan yang menyebabkan Najwa berasa serba-salah. Ya, Hakimi akan benarkan ke? Kalau dia tak benarkan macam mana? Habislah dia!

Suamiku Tinggi 189cm?!! Where stories live. Discover now