Bab 25

23.2K 1K 120
                                    

"Aku terima nikahnya Nur Najwa--"

Aku menundukkan wajahku dan tanganku tidak lepas memegang erat tangan bonda yang berada di sebelahku. Aku tak sanggup nak dengar 'lafaz' tu. Aku tak bersedia lagi. Aku memejamkan mataku untuk cuba menenangkan diriku dan...

Akhirnya,setitis demi setitis air mataku jatuh membasahi pipiku.

"Sah."

dan sekali lagi,

"Sah."

Dengan hanya sekali lafaz aku dah jadi isteri 'dia'.

Aku dah jadi milik 'dia'.

Aku dah jadi hak 'dia'.

Aku dah jadi isteri kepada Tengku Muhammad Wang Hakimi.

Aku bingung. Macam mana aku nak pikul tanggungjawab sebagai isteri? Sejujurnya, aku masih mentah dalam hal ini. Lagi-lagi kami berdua masih lagi pelajar sekolah.PT3 dan SPM pun belum lepas lagi. Tapi aku dah takda pilihan lagi. Bonda suruh kami berdua kahwin sebab takut orang lain cakap perkara yang tak baik tentang aku dan Hakimi sebab kami tinggal sebumbung dan ini juga untuk menghindari daripada berlakunya perkara-perkara yang tak diingini berlaku.
dan tiba-tiba aku merasakan ada seseorang yang sedang datang berjalan mendekati aku. Aku mengangkat wajahku untuk melihat 'orang' itu.

Ya, Hakimi yang segak memakai baju melayu yang bertemakan warna putih sedondon dengan bajuku sedang berjalan kearahku yang ditempatkan di atas pelamin yang telah dihiasi dengan bunga-bunga yang cukup menarik perhatian orang ramai.

Aku hanya sekadar memerhati tingkah lakunya yang sedang cuba duduk di sebelahku lalu tanpa sengaja mata kami bertaut antara satu sama lain dan tiba-tiba aku terasa pipiku disentuh.

Aku tergamam.

Dia sedang mengusap sisa air mataku.

Aku cuba hendak menepis tangannya tapi dia lebih pantas menghalang perbuatanku.

"I'm your husband. So,aku dah hak nak sentuh kau sebab kau dah jadi milik aku. "

Baru sahaja aku ingin menjawab kata-katanya,dia memotong.

"Dan kau jangan nak cuba-cuba menggatal dengan lelaki lain terutamanya, ASYRAF. "
Perkataan 'Asyraf' sengaja ditekan olehnya.

Aku pelik.

Kenapa tiba-tiba dia libatkan nama Asyraf?

-----

Aku mengeluh.

Lega.

Tak sangka,aku dapat buat dalam sekali lafaz sahaja.

Aku menoleh ke sebelah kananku untuk melihat seorang wanita ataupun gadis yang sudahpun sah menjadi 'isteri'ku.

Hati aku terasa pedih bila lihat dia menangis.

Kenapa dia menangis?

Lalu aku segera bangun dan berjalan mendekatinya.

Aku duduk di sebelahnya dan tanganku secara automatik mengusap air matanya yang dari tadi asyik keluar menuruni ke pipi gebu miliknya.

Aku taknak dia menangis kerana aku, dan aku taknak tengok dia menangis kerana lelaki lain dan tiba-tiba sahaja aku teringat akan peristiwa 'itu', dimana aku melihat Asyraf memeluk Najwa.shit!

-----

Selesai sahaja aku melayan semua tetamu yang hadir ke majlis akad nikah yang dilangsungkan di rumah itu, aku segera manaiki tangga untuk naik ke tingkat atas.

Aku berjalan menuju ke bilikku dan baru sahaja aku ingin memulas tombol pintu bilik itu,satu suara datang menegurku.

"Najwa?"

Aku menoleh ke arah suara itu dan rupanya itu suara bonda.

"Ya?kenapa bonda?"soalku.

"Kenapa kamu dekat sini? Kan kamu dah jadi isteri Hakimi, jadi sekarang kamu pindah dekat bilik dia."kata bonda.

"Tapi--"

"Dan semua barang-barang kamu, bonda dah pindahkan dekat bilik Hakimi dan sekarang ni kamu pergi lah masuk dulu,mesti kamu dah letih lagipun bonda rasa Hakimi mesti dah ada dalam bilik tu."sambung bonda.

Gulp. Aku menelan liur dan dengan keadaan terpaksa aku berjalan menuju ke bilik sebelah iaitu dimana kini menjadi bilikku dan Hakimi.

Dengan perlahan-lahan aku memulas tombol pintu itu lalu menolaknya dan kini buat pertama kalinya aku masuk ke bilik itu.

Aku terpukau dengan hiasan bilik itu. Sungguh cantik dengan warna dinding yang dicat dengan warna biru diraja membuatkan suasana bilik itu menjadi tenang seperti berada di tengah laut dengan pemandangan langit yang juga biru sepertinya dan baru sahaja aku ingin menutup kembali pintu itu, aku terkejut apabila Hakimi sedang berdiri di sebalik pintu itu dengan wajah yang tegang dan aku terkaku di situ.

Kini badanku telah sebati dengan permukaan pintu. Ya, aku telah diperangkap oleh Hakimi dengan menggunakan tangannya.

Ketinggian aku yang hanya paras antara bahu dan sikunya itu membuatkan aku lagi semakin terperangkap oleh tubuhnya. Aku menundukkan wajahku dan aku dapat rasakan sekarang ni dia tengah menundukkan kepalanya sebab terasa deruan nafasnya berada di atas kepalaku.

"Pandang muka aku."katanya.

Aku hanya sekadar membatukan diriku. Tidak berani untuk bertentang mata dengannya dan aku hairan tiba-tiba dia menundukkan badannya sehingga ketinggian kami hampir sama dan...

Cupp!

Satu ciuman selamat 'mendarat' di permukaan dahiku.

"dan tu denda sebab kau masuk bilik aku."

Suamiku Tinggi 189cm?!! Where stories live. Discover now