𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟏𝟗

Start from the beginning
                                    

"Kalau macam tu saya masuk bilik dulu lah siap. Korang berbuallah dulu." Aku terus masuk ke dalam bilik dan menuju ke bilik air untuk bersiap.

Setelah aku memilih pakaian yang sesuai dipakai olehku hari ini iaitu aku hanya mengenakan blouse berwarna biru gelap. Lalu aku hendak memakainya seraya pintu bilikku diketuk oleh seseorang. Aku terus membukanya.

"Ye nak apa?" Tanyaku kepadanya.

"Lambatnya sayang siap.." Danial terus masuk ke dalam bilikku dan mengunci pintu.

"Awak.."

"Kak Sarah kat luar tu sorang-sorang." Kataku untuk menyuruhnya keluar.

"Don't worrylah, semua ada dekat luar. Diorang dah sampai so saya masuk sebab bosan duduk dekat luar tu.." Balasnya lagi dan terus berbaring di atas katilku.

"Mengada!" Aku terus mencapai pakaian yang dipilih olehku tadi lalu menyarungnya ke badanku. Aku menuju ke meja solek pula untuk bersolek sedikit agar wajahku tidak pucat. Rambutku yang terikat sanggul itu aku leraikan dan aku menyikatnya agar lebih kemas.

Aku menoleh kebelakang selepas habis bersolek dan membetulkan rambutku. Danial yang dari tadi senyap rupanya sudahpun tertidur di katilku.

"Hubby bangunlah! Sayang dah siap.." Kataku dan menampar-nampar dengan lembut pipinya itu.

"Hmm, dah siap?" Lelaki itu cuba membuka mata dan bangun dari pembaringan.

"Done! Let's go!" Aku menarik tanganya untuk bangun dari katil ini.

"Wait.." Katanya lalu mengikut langkah aku untuk keluar dari bilik ini.

"Lambatnya princess siap! Or buat benda lain ni!?" Teriak Ashriq apabila aku dan Danial sudah keluar dari bilikku.

"Kau merepek apa ni!? Dah jom lah!" Marah Danial kepadanya. Kami semua terus keluar dari rumahku untuk keluar bersama-sama hari ini.

Sampai sahaja di parkir kereta. Danial menyuruhku untuk naik keretanya dan yang lain menaiki kereta mereka. Katanya tidak mahu kongsi ganggu privacy.

"Kita nak pergi mana?" Tanyaku selepas Danial memecut keretanya keluar dari parkir condo.

"Entah, semua ikut awak sebenarnya." Aku memandangnya.

"Haih? Nak gi mana?" Aku menanyakannya semula.

"Haih sayang ni tanya saya balik pulak." Balas Danial yang fokus memandu.

"Manalah saya tahu nak pergi mana.."

"Nak pergi shopping?" Tanya Danial kepadaku.

"Mana ada duit nak shopping time macam ni.." Balasku lagi.

"Sayang, dah cakapkan pakai duit siapa.." Aku teringat yang lelaki ini hanya menyuruhku menghabiskan duitnya itu.

"Seganlah.." Namun Danial
tidak membalas dan meneruskan pemanduannya.

Akhirnya Danial membawa kami semua pergi ke Pavillion. Aku agak terkejut kerana aku tidak pernah langsung menjejaki kakiku di shopping mall ini. Malah beli pun mesti tidak.

"Yahoo sampai dah! Boleh shopping.." Teruja Ashriq apabila dia keluar dari kereta yang dinaiki olehnya. Aku juga turut keluar dari kereta Danial selepas lelaki ini memarkir keretanya.

"Pakai duit sapa kau nak shopping!?" Tanya Cael. Aku hanya melihat gelagat mereka.

"Pakai duit Nyell lah!?" Balasnya. Danial terus memerhati mereka.

𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐀𝐘 𝐎𝐅 𝐘𝐎𝐔Where stories live. Discover now