𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟏𝟕

Mulai dari awal
                                    

Aku pula hanya memerhati dan terlintas ayat yang dikatakan oleh wanita itu tadi.

"Fad buat kerja kau.."

"Cau!" Kemudian satu lagi tembakan kena tepat di kepalanya. Habis otaknya berkecai disitu.

"Nerakalah tempat kau.." Kata Ashriq.

"Cael suruh budak kemas semuani, busuk ah.." Kael mengarahnya setelah dia turun ke bawah.

Kami berlima terus masuk ke dalam kereta semula untuk pulang dan berehat di rumah.

"Hm apa maksud dia tadi hah?" Tanya Ashriq ketika semuanya sudah berada di dalam kereta.

"Ada sorang lagi kita kena cari. Dia bukan leader.." Balasku dan memikirkan siapa lagi yang masih tidak berpuasa hati dengan kami.

"So nak buat apa sekarang? Kenapa bunuh dia tadi. Kita boleh dapat bukti dari betina tu." Tanya Fadlan yang sedang fokus dengan panduannya.

"Just wait and see.."

"Kalau Izah masih hidup, orang tu takkan turun padang.." Balasku.

"Asal tak cari je doh? Hawa dalam bahaya tau. Bila-bila masa orang tu akan datang, kau nak hilang dia lagi ke?" Bebel Ashriq disebelahku.

"Entah.."

"Kau tak risau ke?" Tanya Kael pula.

"Aku akan kahwin dengan dia. Lepasni takda siapa berani sentuh Hawa." Balasku dan meminta Fadlan memecut laju untuk pulang ke rumah.

Sampai sahaja aku di rumahku yang sudah sunyi sepi itu. Hanya lampu ruang tamu sahaja yang masih buka.

Aku melihat jam di dinding sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Semestinya Hawa sudah tidur.

Aku masuk ke dalam bilikku. Ada sesusuk tubuh wanita yang sedang lena dibuai mimpi di atas katilku. Aku menghampirinya.

"I'm so sorry sayang.. Please forgive me and give me one more chance." Aku mengusap pipinya yang mulus itu. Matanya sudah menjadi sembab mungkin kerana terlalu banyak menangis. Aku sungguh rindukan wanita ini lalu dahinya aku kucup dengan lembut.

Kerana kepenatan aku juga lena di katil ini bersama dengan Hawa. Kami berdua tidur dengan lena hingga keesokan harinya.

  ***

"Argh!!" Badanku ditolak oleh seseorang sehingga aku jatuh ke belakang dari atas katil.

"Aduh! Sakitlah.." Aku cuba bangun semula dan memandang Hawa yang sudah memeluk badannya dengan selimutnya itu.

"Awak buat apa dengan saya hah! Mana baju awak!?" Tanya Hawa kepadaku. Aku terus bangun dan duduk di atas katil ini semula. Mata kami bertembung.

"Mana ada buat apa sayang, saya tidur jelah dekat sini.." Jawabku dengan senyum sumbing.

"Tipu!" Teriaknya dengan wajah yang comel walaupun sedang marah.

"Mana ada tipu, ya allah..." Aku menyelak rambutnya.

"Kenapa pulak saya nak sakiti awak?" Hawa memandangku dengan tepat.

"Tak sakiti? Awak dah hancurkan hati saya Adam aka Danial.." Matanya mula berkaca.

"Mana ada saya tipu awak.." Aku menghampirinya. Air matanya pula sudahpun gugur.

𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐀𝐘 𝐎𝐅 𝐘𝐎𝐔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang