Aku labuhkan duduk sebelum menyapa kawan-kawan lama. Semua orang teruja kerana dapat berjumpa dengan rakan lama. Dan aku hanya tersenyum.

Aku perasan, hampir semua perempuan akan tanya.

"Single ke?"

Dan soalan mereka memang buatkan aku tercekik. Almaklum, aku seorang perempuan yang single semenjak habis sekolah menengah. Bukan aku tak nak mulakan hubungan. Tapi semua lelaki yang aku jumpa perangai memang boleh campak lombong.

Kalau muka handsome takpe jugak.

Ni muka macam jalan tar tapi demand nak perempuan cantik. Aku yang sedar diri ni kenalah tarik diri.

Mungkin, kehidupan aku memang takkan ada lelaki kot.

Perhatian kami sedikit terganggu bila Arif, si gila-gila buat lawak atas pentas. Selepas itu persembahan mula berlangsung. Aku yang duduk di bawah agak terpingga-pingga bila semua orang sambung balik pasal kehidupan mereka dengan lelaki.

Sad to be single.

Tiap-tiap tahun, ini aje topik yang mereka selalu bincangkan.

"Nurul, nak ambil makanan tak?"

Soalan daripada Lea buatkan aku agak tersentak. Aku pandang Lea yang pakai baju kurung moden berwarna biru. Ayu aje dia. Mesti ramai lelaki yang nakkan dia kan?

"Ya?" Aku cuba berlagak biasa. Senyum kecil aku ukir pada dia.

"Tak nak ambil makanan ke?" Lea bertanya sekali lagi. Lembut aje suara dia.

Aku yang seakan tersedar semua orang dah bergerak untuk ambil makanan laju berdiri. Sengih dihulur sebelum aku paut lengan kanan dia. "Jom."

Kamu bergerak ke arah meja yang hidangkan makanan secara beriringan. Aku pilih beberapa lauk sebelum menunggu Lea yang agak tersekat sebab tubuh dia yang kecil. Waktu aku menunggu itu jugalah, ada suara kasar yang menegur.

Bahu aku ditepuk kasar dari belakang buatkan aku hampir terlepas pinggang berisi nasi yang dipegang. Laju aku berpusing ke belakang dengan wajah tak puas hati.

Dan wajah Aiman menyapa mata.

"Aiman!"

Dan mamat ni dengan selamba tayang wajah tak bersalah. Dia ketawa terbahak-bahak pada aku sampaikan wajahnya yang sedikit gelap berubah merah. Nampak tak betapa bersemangatnya dia gelakkan aku.

"Tak lawak langsung." Aku mendengus sebelum jeling Aiman yang pakai kemeja berwarna hitam. Aiman sengih pada aku, menampakkan barisan gigi miliknya.

"Alah, Nurul. Aku gurau aje." Dia ketawa lagi.

Eh, mamat ni. Tak padan dengan cikgu. Perangai macam budak kecik! Patutlah jadi cikgu sekolah rendah.

"Apa tengok-tengok orang macam tu? Tak puas hati ke?" Soalan dari Aiman aku jawab dengan anggukan.

Aiman pandang aku. Wajah dia agak bersalah kali ni. " Sorry."

"Ya." Aku jawab pendek sebelum nak berlalu. Tapi kali ini Aiman panggil nama aku sekali lagi.

Aku toleh ke arah dia sekali lagi. " Kau nak apa?"

"Kau single ke?"

Dan wajah aku masam. Ya Allah, sejak aku datang reunion ni. Tak henti-henti orang tanya aku pasal status aku. Salah ke kalau single?

Melihatkan perubahan wajah aku, Aiman seakan faham. Dia angkat ibu jari kanan dia pada aku. " Bagus. Nampaknya kau boleh masuk kelab single."

Dan aku sedikit terpana. " Kelab single? What the-"

Short Story ✓Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang