𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟏𝟑

Start from the beginning
                                    

"Ashriq aku nak kau cari location perempuan ni dekat mana sekarang.." Kataku kepada Ash dan semuanya telah memandangku dan juga Hawa.

"Kenapa ni Hawa?" Kak Sarah menghampirinya yang masih menangis.

"Asal ni?" Fadlan pula bersuara.

"Kael pergi suruh budak kau dapatkan mayat ni and bawak mayat ni balik semula dekat alamat yang aku bagi ni.." Aku menghantar gambar kematian ahli keluarga Hawa tadi berserta dengan alamat rumanya.

"Kenapa ni wey?" Tanya Cael selepas menuju ke meja makan itu pula.

"Kita kena tunda dulu benda ni. Fad settle private jet. Kita gerak sekarang!" Aku menarik tangan Hawa.

"Awak.. Kak Sarah?" Tanya Hawa dan Aku menoleh memandang Kael.

"Sarah.."

"You ikut je lah kitaorang.." lalu kami semua bergegas untuk ke sana dan Kael terus pergi memaklumkan kepada pekerjanya untuk tundakan urusan yang harus kami lakukan di sini esok hari.

Lalu kami semua terus ke lapangan terbang untuk ke Kuala Lumpur semula.

Sampai sahaja kami di airport KLIA. Semuanya bergegas terus pergi ke rumah Hawa kerana mayat keluarganya sudahpun dijumpai oleh orang-orangku.

Tiba sahaja di rumah gadis itu. Kami semua menyusul masuk ke dalam rumah ini dan terdapat tiga mayat yang terbaring disitu. Hawa terus berlari memeluk mereka.

"Ibu!!"

"Jangan tinggalkan Hawa ibu! Ibu maafkan Hawa..." Hawa menatap mayat ahli keluarganya. Kami dibelakang hanya mampu melihat gadis itu dengan rasa simpati.

"Tolong bangun! Abang! Adik!" Tangis Hawa sambil memeluk mayat itu dan bajunya juga sudahpun penuh dengan darah mereka. Kak Sarah pula cuba menenangkannya.

"Siapa punya angkara ni?" Fadlan menuju ke arahku.

"Perempuan yang aku suruh Ash cari tu dia memang tak puas hati dengan Hawa.." Jawabku dengan dalam keadaan marah.

"So kau nak buat apa skang?" Tanya Cael pula yang sedang melihat Hawa menangis tidak henti.

"Aku nak habiskan riwayat betina sundal tu! Berani dia buat Hawa macam ni! Memang layak duduk dekat neraka je!" Tengkingku melepaskan amarahku.

"Perempuan tu dekat mana? Kasi kitaorang settle dia.." Kata Kael pula.

"Aku dah suruh Ashriq cari dia.." Kami berempat memandang Ashriq yang masih tekun menekan laptopnya.

"Jumpa dah?" Tanya Fad.

"Belum ah.."

"Tak dapat detect dia pergi mana..." Kata Ashriq. Aku terus menghampiri Hawa yang masih menangis di sisi mayat keluarganya.

"Tak buat report ke?" Kak Sarah bersuara.

"Takperlu, kita orang tahu nak buat apa dengan dia." Kataku lalu Cael datang menghampiri kami.

"Wey aku dah mintak tolong jiran-jiran panggil orang masjid untuk uruskan jenazah." Aku hanya mengangguk tanda faham.

"Hawa..."

"Jangan risau okayh. Semuanya akan terbalas nanti. Awak sabar eh, semua orang ada dekat sini.." Aku terus memeluknya.

"Kenapa semua buat saya macam ni? Jahat sangat ke saya? Apa salah saya? Satu persatu pergi tinggalkan saya! Dunia ni kenapa tak adil untuk saya!? Saya cuma nak kebahagian. Saya penat! Penat untuk nangis dan lari macam ni! Baik saya yang mati!" Teriak Hawa dan semua kami memandangnya.

𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐀𝐘 𝐎𝐅 𝐘𝐎𝐔Where stories live. Discover now