𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟗

Start from the beginning
                                    

END HAWA POV

Akhirnya kami tiba di syarikat ini dan singgah di kafe yang dijanjikan oleh pemilik syarikat.

Mengambil masa yang lama juga. Selesai juga urusan kami di sini. Lalu aku mahu membawa Hawa untuk terus pulang menandakan jam sudah pukul 5.35 petang mungkin kami akan sampai waktu malam.

"Jom balik, nanti lewat pulak sampai." Kataku dan memandangnya. Aku bangun dari tempat dudukku di kafe ini untuk beredar.

"Alaaa awalnya nak balik." Jawab gadis itu membuat langkah aku terhenti dan kulihat dia sudah mencerbik bibirnya ke depan.

"Dah tu? Jangan buat mulut camtu." Hawa terus menutup bibirnya dengan kedua belah tapak tangannya. Aku sekadar memandang sahaja.

"Baru fikir nak jalan-jalan sebab first time kot pergi sini. Nak tengok matahari terbenam dekat pantai tu." Katanya lagi dengan wajah yang manja.

"Excuse me girl. Kita ni tengah kerja bukan bercuti." Aku duduk semula di kerusi lalu mendekatkan wajahku dengannya.

"Hmm takpalah, jom lah balik." Kata Hawa pula dan melarikan anak matanya dari ditenung olehku.

"Hmm jom.." Aku terus bangun dan beredar dari situ dengannya. Kalau lama-lama boleh jatuh aku. "Fikir public je dah lama aku sergah bibir dia yang merah tu." Ngomelku perlahan berjalan dahulu di depan agar tidak di dengari olehnya.

Selepas kami memasuki kereta aku dan Hawa meneruskan perjalan untuk pulang ke rumah. Hawa disebelah tempat dudukku sudah senyap kerana suasana kami di dalam ini agak aneh.

Kemudian aku terasa kesian pula jika tidak mengikut kehendaknya. Aku menoleh ke kiri lagi untuk memandang gadis itu yang dari tadi senyap sahaja.

"Ehh dah tidur rupanya.. Kata nak tengok matahari terbenam lah apa lah, ni tidur pulak kesiannya." Aku terus berpatah semula untuk membawanya.

Aku memilih untuk pergi ke pantai yang sering dijadikan tarikan pelancong disini. Kesian juga jika tidak diikutkan kehendaknya.

Setelah sampai di pantai itu. Ramai juga orang yang sedang beriadah bersama dengan orang tersayang di situ. Aku mencapai Iphone aku untuk melihat waktu ketika ini.

"Baru pukul 6.30, matahari terbenam pun pukul 7.00 camtu." Aku menoleh ke arah wajah gadis disebelahku yang lena dibuai mimpi ini.

"Bagi je lah dia tidur dulu macam penat sangat ni. Kejap lagi lah bangunkan dia." Iphone ku pula berdering dan nama yang tertera Ashriq.

"Yow.." Sapaku.

"Oh bukan main kau eh. Kau nak balik pukul berapa ni. Dah dapat tak ingat nak balik dah ke!?" Sindir Ashriq di talian. 

"Sabar lah! Suka aku lah nak balik kol berapa pun!?" Jawabku.

"Dah lah malas aku layan kau ni! Cau!" Ashriq mematikan talian. Dia kacau aku dia pulak mental.

Aku terus menoleh ke kiri semula untuk melihat wajah gadis ini. Timbul sesuatu di dalam hati aku saat memerhati wajahnya. Aku cuba menyelak sedikit rambut yang menutupi wajahnya itu.

"Cantiknya kau dari dulu sampai sekarang. Aku nak kau dan tak nak lepaskan kau." Bisikku memandangnya tanpa sedar mataku sudah berkaca.

"Awak..." Hawa bangun dari lenanya dan aku terus menjauhkan semula jarak wajahku dengannya. Aku mengusap pantas air mata di pipi.

"Kita dekat ma...." Hawa menggosok matanya.

"Arghhhh!!!!" Teriak gadis itu menusuk ke dalam telingaku.

𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐀𝐘 𝐎𝐅 𝐘𝐎𝐔Where stories live. Discover now