𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟓

Começar do início
                                    

"Dekat mana? Kau tak boleh ikut je ke location tu?" Jawab aku dan melihat ke arah laptop itu.

"Tengah cuba lah ni. Sabar boleh tak?"

"Jom lah kita terus gerak dekat location tu. Nanti terlepas pulak." Kata Fadlan. Lalu kami bertiga terus keluar dari rumahku.

"Aku dah dapat detect.."

"Jom gerak." Kata Ashriq dan Fad terus memecut laju kereta Mercedes hitam miliknya itu mengikut lokasi yang diberi oleh Ash.

"Diorang dekat mana sekarang?" Tanyaku.

"Dekat jamban." Jawab Ashriq selamba.

"Kau fikir lawak ke setan!?"

"Ada matakan? Tengoklah sendiri."

"Aku penatlah dari tadi buat kerja." Jawab Ashriq dan menunjuk screen laptop itu kepadaku.

Aku terus menepuk kepalanya. "Baru sikit buat kerja mulut dah bising. Aku sepak kang!"

"Aduhh! Sakit lah babi..." Kata Ashriq dan mengusap kepalanya.

"Padan muka..." Kata Fad sepatah selepas melihat perangai Ashriq tadi.

Hampir beberapa jam Fadlan memandu serta mengikut jejak kereta yang sudah menculik Hawa siang tadi. Kini kami sudah tiba di mana kereta yang kami ekori berhenti di sebuah kilang lama.

"Kita dah sampai wey." Fad memberhentikan keretanya di pintu gerbang kilang yang besar di hadapan kami ketika ini. Tempat itu gelap gelita tanpa sebarang lampu.

"Pergi kilang? Aduhai apa barang lawan kat sini." Kata Ashriq.

"Kau diam kejap boleh tak!?" Fad bersuara. Sudah lama dia tahan dengan perangai Ashriq.

"Nak diamlah ni." Katanya lalu membuka pintu dan menuju ke luar.

Aku menggeleng kepalaku melihat perangai Ashriq yang tidak pernah berubah. "Ambik position kau. Biar aku masuk. Ashriq kau buat kerja kau macam biasa." Aku pula terus keluar dari perut kereta dan memasuki ke dalam kilang yang agak lama ini.

"Arghhh sakit lah!" Jerit seorang perempuan dan suaranya itu amat aku kenali. Aku terus mencari tempat datangnya suara itu.

"Diam! Aku dah lama nak kau! Siapa suruh kau lari dari tangan aku!" jerit lelaki yang agak tua di hadapannya. Setelah aku dapat kesan di mana suara Hawa menjerit tadi. Kelihatan ramai lelaki yang berada di sana serta seorang lelaki tua yang bersama Hawa.

"Hey!! Aku ni bukan kau punyalah!"

"Aku Danial punya dia yang ambik aku dulu, sapa suruh kau lambat!" Jerit Hawa membuatkan aku tersenyum melihat terlatahnya.

"Boleh erk!? Saat gentir macam ni dia boleh main-main dekat situ. Awek mana kau rembat ni? Cun jugak tak sharekan skang!?" Aku terkejut saat Ashriq telah pun berada di sebelah aku.

"Hey kau ni memang degil aku suruh buat kerja lain kau buat lain!"
Aku seraya memandang semula ke arah drama yang ditonton olehku tadi semula.

"Well.. Ashriq kan.." Bersama dengan riak wajahnya.

PANG!!

Bunyi tamparan yang kuat kedengaran di telingaku dan aku terus memandang Hawa yang sudah terbaring di lantai itu kerana di tampar oleh lelaki tua di hadapannya. Lelaki itu menendang perut Hawa dengan kuat membuatkan gadis itu mengeluarkan darah dari mulutnya pula.

"Sial punya orang tua. Fad buat kerja kau." Kemudian bunyi tembakan yang dibuat oleh Fad membuatkan mereka terkejut dan semua menunduk namun beberapa orang sudahpun terbaring dengan kepala yang sudah berkecai.

𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐀𝐘 𝐎𝐅 𝐘𝐎𝐔Onde histórias criam vida. Descubra agora