𝐓𝐖𝐎𝐘 𝟐

Start from the beginning
                                    

Lalu terus aku menuju ke arah mereka serta mengeluarkan pistol yang sentiasa aku bawa di kocek seluar belakangku. Untuk menakutkan mereka sahaja.

"Kau lepaskan perempuan tu!" Jeritku seraya dua lelaki itu terus memandang ke arahku turut juga gadis itu yang dalam keadaan kesakitan dan bibirnya sudah pun berdarah oleh lelaki tadi selepas dipukul.

Selepas melihat wajahnya dengan jelas. Aku sungguh kenal akannya. Itu perempuan yang hampir aku langgar tadi. Kenapa aku jumpa dia lagi kat sini? Kenapa aku tolong dia?

"Kau sapa.. Untuk apa aku lepaskan perempuan ni!?" Teriak lelaki yang masih menggenggam tangan si gadis itu lagi.

"Kau tak lepaskan dia. Aku akan tembak korang, aku takda masa!" jeritku dan menghampiri mereka.

"Perempuan ni kita orang punya. Boss aku nak jadikan dia pelayanlah! Jangan nak sebok!" Teriak lelaki disebelahnya pula.

"Kau ni memang degil.." Aku menarik pelaras pistol itu dan aku halakan ke arahnya yang masih memegang tangan gadis itu.

"Awakk..." Gadis tadi bersuara dan memandangku yang berada di hadapannya.

Air matanya sudahpun mengalir dari tadi. Aku berasa pilu apabila memandangnya dan dalam masa yang sama hatiku terdetik ingin tahu lebih jauh siapa gadis ini dan mengapa pula muncul rasa belas kasihan aku terhadapnya.

Aku pandang anak matanya yang berkaca itu. Aku terus menoleh dan memandang semula ke arah pistol yang diarah tepat dia kepala lelaki ini.

"Kau bagi tahu aku berapa perempuan ni. Aku nak dia, no excuse! Kalau tak bila-bila masa kepala kau akan berkecai kat sini." Kataku seraya lelaki tadi terus melepaskan genggamannya terhadap gadis yang aku sedang bantu ini.

Si Gadis itu pula terus berlari dan berdiri dibelakangku sambil tangannya memeluk tangan aku dengan kuat kerana ketakutan.

Aku menurunkan semula pistolku dan masukkannya ke dalam kocek seluarku semula.

"Berapa? Cepatlah aku nak balik ni!?" Sambil tanganku sudahpun mengeluarkan Iphoneku untuk transfer duit itu kepada mereka.

"Tak kesah! Berapa kau nak bagi, bagi jelah. " Kata lelaki kedua yang bediri di sebelah kawannya yang sudahpun kecut perut melihatku. Selepas mereka memberi nombor akaunnya dan aku sudah selesai memasukkan jumlah yang ingin diberi. Dengan pantas aku ingin beredar. Wajah dua lelaki yang menyentuh gadis ini aku perhati dengan sinis.

"Settle!! Lepasni kau jangan kacau dia lagi! Faham!!" Teriakku dan menarik tangan gadis itu untuk beredar meninggalkan tempat ini.

Dia hanya mengikut langkahku tanpa bunyi. Selepas kami berdua memasuki ke dalam perut kereta. Aku terus menyusul ke lebuh raya.

Sewaktu perjalanan kami hanya diam membisu. Aku melihat gadis yang berada di sebelahku ini sedang menahan perutnya.

"Kau kenapa?" Tanyaku

"Haa??"

"Hmm.. Takda apa.." Jawabnya dan matanya masih memandang keluar tingkap.

"Masih sakit ke?" Tanyaku dan memberhentikan kereta di tepi jalan.

Aku memandang wajahnya. Namun gadis itu masih melihat di luar tingkap.
"Hey.. Look at me now.." Pintaku dan menarik dagunya untuk memandangku.

Gadis itu terus menoleh dan memandang anak mataku. Tanpa sedar air matanya bertakung dan tunggu saat untuk mengalir.

"Don't cry please.." Kataku dan mengusap air matanya yang sudahpun jatuh itu.

"Thank you.." Sepatah ayat yang keluar dari bibir gadis ini.

"Hmm.. Jom lah kita pergi klinik dulu."

"Takpa! Saya okay, tak perlu pergi klinik.." Pintanya menentang perbuatanku.

"Tapi nampak macam kau sakit sangat je?" Aku memandang semula tangannya yang sedang memegang perutnya itu.

"Saya okay.."

"Sapu ubat je dengan letak plaster okaylah nanti.." Jawab gadis itu dan menyentuh luka-luka di bibirnya.

Aku tidak banyak bunyi, terus menyusul semula ke lebuh raya untuk mencari 7eleven berdekatan dan ingin membeli ubat untuknya.

"Jom.." Kataku setelah memberhentikan kereta.

"Kita pergi beli plaster dulu.." Aku keluar dari perut kereta dituruti oleh gadis itu juga.

Selepas habis membeli, aku terus memintanya untuk duduk di kerusi hadapan kereta. Aku keluarkan barang yang dibeli tadi untuk mengubatnya.

Apabila tanganku ingin menyapu ubat sapu dibibirnya. "Ehh.. Awak takpa, saya boleh buat sendiri.." Gadis itu menolak tanganku.

"Jangan nak mengada.."

"Aku tak suka tengok orang sakit.." Dia tidak membalas dan membiarkan sahaja perbuatanku tanpa banyak bunyi aku terus melakukan kerjaku dan mengubati lukanya. Setiap kali aku menyapu ubat di sekitar bibir gadis ini. Wajahnya aku perhati lama. Seperti sesuatu bila aku melihatnya namun tidak dapat ditafsir perasaan itu.

"Okayh done.."

Aku memandang dalam anak matanya itu. Dia juga turut memerhatiku. "Terima kasih sekali lagi.." Gadis itu bersuara dan mengalihkan anak matanya memandang ke arah lain.

"Tu je?" Kataku dan memandangnya dengan tepat. Ubat-ubatan tadi aku sudah masukkan semula ke dalam plastik.

"Pastu?" Gadis itu menoleh semula melihat wajahku dengan riak terkejut.

"Bayar lah.. Aku dah selamatkan kau, banyak duit aku labur untuk kau siap beli ubat bagai ni. Nasib baik tak sampai masuk wad kalau tak habis kau kena bayar.." Panjang lebar kataku sambil tersenyum melihat riak wajahnya.

"Hmmm, saya tak ada duit lahh.. Satu sen pun takda. Kalau saya tau baik saya mati je kena pukul dengan diorang dari jumpa dengan awak lagi. Awak ni takda hati perut langsungkan." Kata gadis itu sambil mengeluh.

Aku terus merapatkan wajahku dengannya dan kini wajah kami hanya seinci sahaja. Bila dilihat semula cantik juga dia ni.

"Masuk dalam buku lima.." Kataku dan menarik semula wajahku untuk berjauhan dengan wajahnya.

Dia mula mencebik bibirnya ke depan.
"Buat bibir macam tu. Aku cium kau karang.." Kataku mengusiknya.

Gadis itu terus menutup mulutnya dan membetulkan tempat duduknya di dalam kereta selepas melihat aku sudah memasuki ke dalam kereta juga untuk beredar dari sini.

𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐀𝐘 𝐎𝐅 𝐘𝐎𝐔Where stories live. Discover now