'Awak nak jadi helper Hairi atau keluarga awak dalam bahaya HAHAHA!'

Aku mengeleng geleng kepala untuk menghentikan angan angan ku.

Takkanlah ayah boss Hairi macam tu.

Kau ni berlebih lah Ami.

Tapi tak musta-

"Assalamualaikum" Terdengar suara yang muncul dari belakang ku.

Aku menoleh

Encik Ezad dan... Dato' Haris...

"W-walaikumsalam.. Dato.. Encik Ezad'" jawab ku sambil melihat Dato' Haris yang berada di depan ku lalu aku melihat ke Encik Ezad.

"Dato' saya minta diri dulu" kata Encik Ezad sebelum dia berlalu.

Aku masih tercegat berdiri di depan nya.

"Aik kenapa tak duduk?" Dato' Haris menegurku.

"O oh ya.. Maafkan saya" lalu aku pun duduk.

"Amra Amirah kan?" tanya nya perlahan

"Ya Dato'.. Amra je" kata ku sambil mengangguk perlahan.

"Amra... Kamu jangan lah nak be Dato' kat saya. Panggil saya uncle je" katanya lagi.

Aku hnya tersenyum sumbing.

"Uncle sebenarnya... Nak jumpa Amra ni sebab uncle nak minta tolong kat Amra.."

Aku hanya tunduk mendengarkan nya.

"Ezad ada cerita kat uncle yang Amra ni bekas pekerja Hairi kat kedai antik Royda.. Dia cakap Amra rapat dengan Hairi, lagipun uncle tak pernah dengar Hairi ni rapat dengan perempuan. Sebab tu lah bila Ezad cakap yang Hairi rapat dengan Amra, uncle rasa mungkin Amra ni seseorang yang istimewa bagi Hairi"

"Tak lah Dat- maksud saya uncle... Saya ni hanya pekerja sementara je kat kedai antik boss Hairi. Kami langsung tak ada apa apa pun uncle selain sebagai pekerja dan boss. Saya tak nak lah Dat- uncle.. Salah faham.."

Dato' Haris hanya tersenyum

"Uncle faham... Uncle pun hanya dengar dari apa yang Ezad cakap je...  Tapi uncle tak melarang pun jika sekiranya Hairi dekat dengan sesiapa pun.. Uncle tak kisah..
Tapi Amra.. Walaupun Amra kata Amra bukan sesiapa kat Hairi tapi sekarang ni uncle hanya Amra sorang je yang dapat tolong Hairi.. Sebab uncle ada bawa beberapa jururawat dan healper semua untuk jumpa hairi tapi Hairi tak terima semua... Jadi uncle rasa mungkin Hairi akan terima orang yang dia kenal.. Seperti Amra"

Aku menghela nafas dengan perlahan

"Uncle... Saya minta maaf uncle... Bukan saya tak nak tolong Boss Hairi.. Tapi.. Minggu depan dah nak masuk universiti... Saya dah lama tunggu saat ni.. Sebab tu saya rasa tak dapat jadi helper Boss Hairi uncle"

"Uncle tahu semua tu Amra.. Amra nak kejar cita cita Amra dan impian Amra semua.. Uncle takkan menahan Amra dari berbuat semua tu. Siapalah uncle nak halang kamu..Dan uncle bukannya nak suruh Amra jadi helper pun"

Aku terus hairan.

"H-habis tu uncle nak mintak tolong apa?"

"Uncle nak Amra tolong uncle untuk jadi teman Hairi... Menjadi seseorang yang boleh membuka fikiran Hairi.. Membantu dia untuk bangkit semula dan menyedarkan dia.."

"Teman? Saya rasa itu lebih mustahil Uncle... Macamana saya nak buat dia bangkit dan sedar semula jika boss Hairi sendiri pun taknak usaha dan lebih lebih lagi dia mungkin taknak tengok saya..."

"Uncle percaya Amra adalah orang yang tepat... Uncle dapat rasakan Amra ni lain sikit.. Sesorang yang dapat tolong Hairi.. Itulah yang uncle dapat rasa kan bila uncle dengar cerita pasal Amra dn lebih-lebih lagi bila uncle dapat jumpa Amra hari ni.."

Dia menarik nafas perlahan

"Amra boleh cuba tak? Jengguk-jengguk Hairi je... Seminggu je pun tak apa.. Lagipun Amra start universiti minggu depan kan?"

Berat untuk ku menjawab.

Apa yang harus aku buat ni.

"Uncle minta tolong kat Amra... Seminggu je... Itu je yang uncle minta"

Aku mengeluh perlahan.

"Im..... sorry uncle.. Im really sorry"

Dato' Haris hanya mengeluh dan mengangguk perlahan..

"Uncle minta maaf Amra..  I didnt mean to force you.. Cuma uncle tak tahu nak buat apa lagi.. Sebab uncle fikir hanya Amra lah satu satu nya harapan uncle.. But im sorry... Uncle tak nak paksa kamu.. Dan uncle faham situasi kamu.." lalu dia tersenyum sumbing.

"Saya minta diri dulu lah Uncle.." kataku lalu aku berdiri.

"Baiklah... Hati hati Amra"
Katanya.. Terlihat dari senyuman nya yang layu dan sedih.

Aku memalingkan badan ku dan berjalan perlahan meninggalkan kafe tersebut.

Aku mula rasa bersalah..

Alaaa kau ni Amra, sombong sangat mengalahkan orang kaya!

Dia minta tolong sikit je pun, untuk jadi teman Boss Hairi, bukan dia minta duit kau. Kau tak rugi pun.
Dia cuma minta tolong.
Bukan selamanya, seminggu je kan..
Apa yang susah sangat kau nak tolong?
Nanti kau jugak yang tertanya tanya perkembangan Boss Hairi kat Encik Ezad tu.
Bukan main kau bagi nasihat kat Encik Ezad untuk sabar dan setia kat Boss Hairi..
Tapi kau sendiri tak setia..
Apa yang susah sangat

Ya...apa yang susah sangat aku nak terima? Dato' Haris tak minta banyak pun kat aku...

Aku pun nak tolong boss Hairi.. Tapi kenapa aku ego sangat tak nak tolong dia.
Kenapa aku masih marah akan peristiwa kat hospital tu..

Astaghfirullah...

Amra ikut kata hati kau yang paling dalam....
Kau takkan rugi sesen pun.

Aku berpusing semula menuju ke kafe.

Dato' Haris masih duduk disana sambil mengurut ngurut dahinya.

Aku mendekatinya

"Uncle.."

Dia terus melihat ku

"Eh Amra... Kamu ada tinggal sesuatu ke??" dia terkejut melihat ku.

"Tak uncle... Saya tak tidak apa apa... Dan saya minta maaf tentang apa yang cakap tadi.."

"Tak apa Amra.. Uncle faham.. Its okay dont worry about it"

"Dan saya dengan rela hati nak menolong Boss Hairi uncle."

Mata Dato' Haris terus tak berkedip dan wajah nya seperti tak percaya.

Senyuman mula terukir di bibir nya.

"Alhamdulillah... Terima kasih sangat Amra.. Uncle berterima kasih sangat sangat" kata Dato' Haris

Aku hanya tersenyum...

Aku niat nak tolong... Jadi aku harap aku boleh bersabar..dan tak putus asa.








BOSS ALIEN KU • (#1 Boss)Where stories live. Discover now