"Keluarlah Nina. Tolong bagi kami masa untuk terima semua ni." Ujar Aini.

"Tapi Makcik."

"Nak tapi apa lagi?. Kau patut bersyukur tau.. Sebab kita orang ni masih ada mak, yang boleh tegur bila kita orang buat silap. Kalau kita orang ni macam kau. Mesti dah teruk dah kau ni. Aku dengan abang aku kerjakan!." Ujar Huda geram.

"Adik!. Mak tak ajar anak Mak cakap macam tu dengan orang." Aini bersuara lagi.

Huda terdiam.

Aini memandang Nina.

"Baliklah Nina."

Nina menunduk pasrah. Seraya berpaling keluar dari bilik tersebut.

Aini merasa sebak melihat Nina berpaling pergi. Mana tidaknya. Dia sudah menganggap gadis itu seperti anaknya sendiri. Tetapi apabila memikirkan apa yang telah dilakukan gadis itu. Benar-benar menyakitkan hatinya.

_
ARMELL Mengabaikan nama Tengku Ashraf yang naik diskrin telefon pintarnya. Seraya keluar dari perut kereta.

Setelah menekan butang ditepi pintu lif, dia berdiri menunggu dihadapan pintu lif.

Pintu lif sudah terbuka. Namun dia kaku disitu apabila melihat wajah Nina didalam lif. Sepasang mata itu, tajam merenungnya.

Tidak tahu mengapa. Dia menunduk, takut hendak berbalas tatapan dengan gadis itu. Mungkin juga kerana memikirkan yang gadis itu telah sah menjadi isteri Hanif.

Nina melepasinya. Bahunya pula jadi mangsa langgar Nina. Dia berpaling kebelakang melihat gadis itu. Pelik. Gadis itu tidak menyerangnya seperti kebiasaan. Tidak juga berbangga-bangga atas pernikahan dengan Hanif. Tetapi wajah gadis itu kelihatan sembap, seperti baru lepas menangis. Apa sebenarnya dah berlaku?. Getus hatinya.

_
HANIF Termenung sendiri menghadap tasik yang letaknya tidak jauh dari hospital. Sengaja dia mengambil angin disini, untuk mengelak dari bertemu dengan Armell. Tadi Huda menghubunginya, memberitahu Armell dihospital, melawat ibunya.

Terluka?. Ya, dia terluka dengan keputusan yang dibuat oleh Armell. Sedangkan dia masih berharap yang dia akan memiliki wanita itu lagi.

"Sudahlah tu Hanif. Mungkin dah tiba masanya untuk kau betul-betul lupakan semuanya. Tak lama je lagi Hanif." Tuturnya kepada diri sendiri.

"You dekat sini rupanya!."

Suara yang agak familiar ditelinganya. Dia menoleh kearah datangnya suara.

Ariana tersenyum dan melangkah menghampirinya.

ARIANA Duduk disebelah Hanif.

"Macam mana pernikahan you?. Berjalan lancar?."

"I tak jadi kahwin." Jawab Hanif.

Ariana tersenyum sinis. Dia memang sudah menduganya apabila dia tidak dapat menghubungi lelaki itu dihari perkahwinan lelaki itu semalam.

"I dah agak dah..."

Hanif berkerut dahi mendengarnya.

"Apa yang you agak?."

"You tak jadi kahwin." Ujar Ariana.

Hanif tersenyum kelat. Dia mahu bertanya lebih bagaimana gadis itu boleh mengagaknya. Namun fikirannya sedang tidak mahu menambah beban lain dikepalanya.

Jauh Dari Cinta. [E].Where stories live. Discover now