"Takpelah aku kejut kau banyak kali pun bukan kau bangun. Aku nak tidurlah." Zayyan mula berjauh hati.

Ingat ada orang nak layan kalau kau merajuk ke?

Zayyan merapatkan dirinya dengan Mikayla agar dapat memeluk lalu mencium dahi wanita itu

"Goodnight sayang. I love you. Esok aku tahu kau bangun eh." pesan Zayyan kepada isterinya. Macam dia dengar je.

Akhirnya Zayyan tertidur sambil memeluk Mikayla.

           "Urghh" bunyi yang dihasilkan oleh Mikayla mengganggu tidur Zayyan.

"Mikayla?" tanya Zayyan yang masih belum membuka mata sepenuhnya itu.

"Urgh" berkerut wajah wanita itu seperti sedang menahan sakit. Yeke?

"Mikayla kenapa kau ni?! ada sakit kat mana-mana ke?" tanya lelaki itu lagi dengan nada yang sedikit cemas. Pantas dia bangun dari baringnya lalu duduk disebelah Mikayla.

Zayyan melihat jam didinding biliknya itu. Baru pukul 7.25 pagi.

"Ish Mikayla kau jangan buat aku risau macam ni. Kau kenapa ni." cemas Zayyan melihat Mikayla yang masih berkerut wajah itu. Mikayla sakit ke? atau mimpi?

"Aduh pagi lagi takkan nak call Seri pula. Kalau jam macam ni mestilah dia tidur lagi. Dahlah harini dia tak kerja." omel Zayyan sendirian. Tergaru kepala lelaki itu dibuatnya.

"Mikayla kau kenapa ni?! Jawablah aku tanya kau ni." bebel Zayyan.

pov Mikayla

             "Mikayla...." satu suara yang bergema diseluruh tempat memanggil namaku yang kini berada dihadapan sebuah bangunan kosong dan nampak lama ditinggalkan. Entah bagaimana aku boleh disini.

Terpusing-pusing aku mencari asal suara itu.

"Siapa tu?" tanyaku.

"Mikayla...." panggil suara itu lagi.

"Siapa tu! Janganlah main-main macam ni!" aku mula dirundum rasa takut. Sudahlah tiada kelibat manusia pun disini. Aku sendirian.

Melihat kawasan yang bersemak samun dekat dengan hutan terbiar. Membuatkan aku berasa takut yang amat.

"HAHAHA!" suara itu ketawa jahat.

Aku mula mahu menangis.

"Siapa tu. Tolonglah jangan kacau aku!" butir-butir airmataku mula turun.

"Jangan menangis dekat sini." dua orang lelaki yang berpakaian jubah hitam dan tutup kepala datang kepadaku.

"Korang siapa ha!" Entah bagaimana tiba-tiba dua lelaki itu sudah memegang tanganku lalu diheretku berjalan masuk ke dalam bangunan itu.

"Lepaslah! Lepaskan aku! Tolong! Zayyan awak dekat mana! Tolong saya!" deras airmataku apabila ditarik paksa oleh kedua lelaki itu agar masuk ke dalam bangunan itu.

"Lepaskan akulah! Korang nak apa ni!" kuat aku meronta-ronta agar aku dilepaskan tapi hampa semua itu hanya sia-sia.

"Zayyan tolong saya! Awak dekat mana!" jeritku memanggil nama lelaki itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 08, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mr. Zayyan Saya Punya!! [ON GOING]Where stories live. Discover now