Luna nak menoleh ke belakang ke arah Que tapi tarikan Zariel yang pantas menghalangnya.

Zariel menukarkan kedudukan Luna. Luna membelakangi semua penonton dan menghadap Zariel.

Tanpa dijangka... Wajah Zariel bergerak ke depan dan bibir Luna disentuh dengan bibirnya.

Luna tak mampu menolak. Luna jadi sedikit khayal bila Zariel buat macam tu pada dia. Antara perkara yang Zariel mampu buat pada Luna.

Akhirnya Zariel melepaskan tautan mereka.

Luna terus tersedar.

Luna rasa malu yang melampau. Gila gila malu. Ramai orang yang melihat! Memang siap Zariel kena nanti! Tapi sekurang-kurangnya ada lah juga kesedaran moral Zariel. Zariel bagi posisi mereka kurang dilihat orang sebab dia membelakangi orang ramai. Tapi semua tak bodoh dan tahu apa yang Zariel buat tadi pada dia.

Luna rasa nak menjerit pada Zariel sekarang.

Satu dewan macam baru kembali bernafas. Sumpah tak sangka apa yang baru mereka saksikan.

Jeritan terkejut bergema.

Disebabkan dia orang kaku tadi dah tak sempat tangkap gambar untuk viralkan.

Zariel pandang mata Luna. Terus hilang marah Luna. Zariel pegang kedua-dua belah tangan Luna lembut. Zariel tersenyum manis buat Luna. Khas untuk Arluna Aisyah.

"Arluna Aisyah... I'm damn loving you," ucap Zariel jujur.

Luna tergamam dengan luahan yang tak pernah dia jangka.

Tak sampai sesaat mata Luna berkaca. Terharu yang buat dia nak menangis dan peluk Zariel kuat-kuat kalau tak ada orang.

"Honey, honestly... I had loving you since three years ago. I think I am getting insane when you are gone. The thought of losing you just make no sense inside my mind," kata Zariel sambil berbisik lembut di telinga Luna.

Luna hanya diam. Masih mahu mendengar apa yang Zariel nak cakap seterusnya.

"When I knew I have a daughter... I am very happy. The most important is... you're my daughter's mother,"

Zariel nampak agak sebak bila ingat perkara tu. Luna tak mampu tahan diri dia.

Air mata dia mengalir di khayalak ramai. Mengalir tanpa henti walaupun dia dah kesat dengan kasar.

Zariel tersenyum dan tolong kesatkan air mata Luna dengan lembut.

"Honey cantik sangat walaupun menangis," puji Zariel romantis.

Luna tergelak dalam esakan.

"Hubby jahat," marah Luna dalam senyuman yang dia tak mampu tahan.

Zariel tersenyum lembut membuatkan Luna pukul dada Zariel berkali-kali. Luna geram sebab Zariel dah buat dia menangis.

Bila pukulan Luna makin lemah, Zariel tarik Luna ke dalam pelukan. Erat macam tak nak lepas dah.

Semua orang di situ tersentuh dengan apa yang mereka dengar dan saksikan. Seorang sedingin Zariel boleh jadi romantik macam ni dengan Luna.

Esakan Luna dalam pelukan Zariel makin kuat.

Isya terus hampiri Luna bila Joey gagal menghalangnya.

Zariel menoleh ke bawah. Mata Isya berair.

Sah Isya menangis sebab Luna menangis!

"Kenapa Luthfia?," soal Zariel lembut.

"Papa uat mama angis. Papa ahat!! Huaaa," marah Isya dalam esakan.
(Papa buat mama menangis. Papa jahat!!Huaa)

Kaki Zariel dipukul dengan tangan kecil itu. Luna tergelak dengan gelagat Isya.

Tangisan Luna sedikit reda.

"Zariel, saya cintakan awak,"

"Luna, aku cintakan kau,"

Mereka berdua tergelak kecil sambil bertentangan mata.

Senyuman di wajah Zariel mati. Wajahnya serius.

"Sumpah aku cintakan kau," kali ni serius nada Zariel.

Senyuman Luna melebar.

Tangannya berlingkar memeluk Zariel.

Luna dah tak kisah pasal apa-apa. Yang dia tahu sekarang... dia sangat bahagia sampai dia takut masa bergerak.

Takut kalau semua ni berlalu.

Takut kalau kebahagiaan ni hilang.

Luna tak sanggup.

Pelukan erat Luna dibalas Zariel.

Baru Luna teringat... Luna cuba leraikan pelukan mereka. Wajah Zariel ditenung.

"Hubby buat semua ni sebab Que ke?," soal Luna.

Zariel mengeluh kecil.

"Hubby nampak tak jujur ke?," soal Zariel kecewa.

Luna mengeleng laju. Cepat-cepat Zariel dipeluk semula.

"Tak malu dah orang tengok?," soal Zariel mengusik di sebalik telinga Luna.

"Siapa mula dulu PDA ni?," balas Luna.

Zariel tergelak.

Entah kenapa mereka dah tak kisah apa-apa.

Waktu ini hanya mereka nikmati dalam pelukan masing-masing. Dan bagaikan semua dalam dewan itu memahami mereka dan beri mereka ruang. Luna makin sebak. Pelukan dieratkan lagi.

Dua minit kemudian...

Tiba-tiba tangan Luna jatuh ke sisi. Badan Luna hampir melurut jatuh kalau tak sebab Zariel tengah memeluknya.

Mata Luna terpejam.

Zariel rasa takut yang dia tak pernah rasa. Bila Luna pitam di dalam dakapannya... dalam fikiran Zariel hanya tinggal... kosong.

Kosong.

"Luna!," jerit Zariel cemas.

Tiada respon.

"Honey," nada Zariel lemah dan sayu.

Bila Luna tak memberi respon juga kali itu, badan Zariel melurut jatuh terduduk dalam keadaan kepala Luna dipangku.

Luna dalam dakapannya masih kaku. Wajah pucat Luna buat wajah Zariel hilang warna.

Que terkaku di tempatnya berdiri.

Darius hampir terduduk sebab tak sangka dengan apa yang dia lihat.

Faozan yang jauh dari situ tak mampu bergerak. Biasanya dialah yang buat semuanya kalau jadi apa-apa.

Pengacara, krew, penonton, pelakon mahupun penyanyi turut terkaku di tempat masing-masing.

Isya dah meraung menjerit meminta mamanya itu bangun.

"Mamaaa!!,"

Air mata dan esakan Isya kali ni tangisan yang benar-benar.

Tangisan takut dan risau.

Risaukan Luna.

Semua rasa perasaan yang sama.

Tetapi Zariel adalah yang paling terkesan.

Ungkapan Luna bergema lagi.

"Saya cintakan awak,"






















'Aku cintakan kau, Luna,'












































END

























































Kidding🙈

The Unexpected LifeМесто, где живут истории. Откройте их для себя