Hasrina menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal, gadis berambut panjang di hadapannya ini adalah kekasih bossnya, kah? Mustahil, kerana dia mengenali Sir Khaiz adalah seorang lelaki yang tidak gemar berkawan dengan gadis. 

     Sudahlah perangai gadis itu juga masuk air seperti Sir Khaiz, adakah hal ini akan menimbulkan satu lagi masalah kepada syarikat boss besar mereka? Jika benar, hancurlah syarikat ini dikerjakan Sir Khaiz bersama-sama gadis itu. 

     "Tengah rehat jugak ke? Tak nak ajak aku pergi makan ke?" Enrique yang sudah tidak berlakon seperti tadi mula bernada serious memandang Asniya. 

     "Saya datang nak mintak duit untuk pergi makanlah ni," jawab Asniya bersahaja. 

     "Habis tu duit gaji kau dah terbang ke mana sial?" Enrique mendepang kedua-dua belah tangannya ke atas meja di hadapan Asniya. Tahu nak mengikis sahaja gadis ini. 

     "Ish ish ish, mencarut kepada wanita? Rosak budak-budak zaman sekarang." Herith yang baru melangkah masuk ke ruang pantry itu terus menuju ke arah peti sejuk.

     "Abang Herith, saya rasa Enrique dah..." Asniya memusing-musingkan jari telunjuk kanan di tepi telinganya. Dahi Enrique berkerut teruk, abang? What the fuck?!

     "Jom dik, kita pergi makan. I belanja you hari ni sebab tiba-tiba I rasa bersalah mintak you bayarkan roti canai hari tu." Herith kembali menutup peti sejuk sebelum dia beredar tanpa memandang Enrique. Dia buat lelaki itu seperti tidak wujud saja.

     "Herith! Kau marah aku lagi ke?!" Jerit Enrique supaya dapat didengari oleh lelaki itu. 

     "Huh? Awak bergaduh dengan dia?" Asniya memandang Herith yang sedang berjalan di sebelahnya. Herith menggeleng kecil tanpa sebarang riak wajah. 

     "I cuma merajuk. You tahukan dia seorang lelaki yang tak pandai nak pujuk orang lain. Biarkan dia, I nak dia belajar cara untuk menjaga hati kawan sendiri. Bukan semua orang dia boleh layan macam sampah." Jawab Herith bersahaja.

     Hatinya begitu sakit dengan perangai tidak sudah Enrique. Lelaki itu benar-benar melampau sehingga kawan baik sendiri pun sanggup dipijak-pijak tanpa belas kasihan mahupun mempunyai rasa bersalah di dalam diri. 

     "Okaylah, aku janji tak curi duit sesiapa lagi lepas ni." Enrique yang tiba-tiba berdiri di hadapan mereka berdua bersuara. Dia sedar akan salahnya yang telah mengambil duit Herith tanpa meminta izin daripada lelaki itu terlebih dahulu. 

     Langkah beberapa orang pekerja yang ingin keluar makan terhenti setelah terlihat dua orang boss besar mereka. Bukan selalu dapat melihat lelaki-lelaki barat ini melalui jalan yang hanya dilalui oleh pekerja bawahan seperti mereka. 

     "Tu boss kita, kan? Wow handsomenya! Nak bergambarlah..." Salah seorang pekerja perempuan menunding jari ke arah Herith dan Enrique sebelum dia mengeluarkan telefon bimbit darihandbag.

     Baru saja hendak membuka langkah ke arah dua orang lelaki yang sedang berbual itu, terasa lengannya ditarik seseorang. Wajah dipaling ke belakang bagi melihat Hasrina.

     "Jangan, Sir Khaiz dan Sir Herith tak suka bergambar," nasihat Hasrina kepada gadis itu.

     Dia tahu kawannya yang seorang ini tidak pernah berhadapan dengan boss besar mereka kerana kerja gadis itu tidak perlu berurusan dengan orang besar. Berbeza dengan dirinya yang memegang pangkat penolong setiausaha di dalam syarikat. 

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now