Bab 63

894 70 96
                                    

    MIYA memasuki bilik. Lappy miliknya dibuka. Helah letupan tadi membuat dia teringat akan sesuatu yang pernah berlaku sewaktu dia belajar bersama Pak Cik Li suatu ketika dahulu. Adakah serangan sebelum ini juga mempunyai kaitan dengan Pak Cik Li?

     Lokasi Pak Cik Li berjaya dikesan selepas beberapa kali cubaan. Benar sangkaannya, Pak Cik Li sedang berada di Malaysia. Setahunya, Pak Cik Li tidak mempunyai sebarang perniagaan di sini. Apa yang lelaki tua itu buat di sini dalam waktu sekarang? Mungkinkah ini juga salah satu daripada helah musuh?

     Kepalanya yang tiba-tiba terasa sakit itu dipegang. Pandangan tiba-tiba menjadi kabur. Dia yang hampir tumbang masih sempat berpaut pada kerusi berdekatan. Peluh yang merenik di dahi dibiarkan. Dia duduk diam di atas lantai untuk menenangkan diri dan fikiran.

     "Dalam dunia ni hanya ada satu jenis manusia yang mampu mengawal dunia gelap kita iaitu manusia yang gila kuasa. Sesiapa pun boleh jadi gila kuasa tapi kalau dia bukan seorang hacker, dia takkan boleh mengawal yang lain. Jadi, Pak Cik Li harap Miya takkan guna kemahiran ni untuk khianati sesiapa." Pak Cik Li menerangkan hal itu kepada Miya dengan nada lembut.

     "Miya belajar teknologi sebab Miya suka. Lagipun semua kos ayah yang tanggung. Mesti ayah nak bagi kerja pada Miya nanti. Miya tak sabar nak bekerja dalam bidang teknologi macam Pak Cik Li." Miya tersenyum gembira membalas renungan tenang Pak Cik Li.

     Cebisan ingatan masa lalu itu menerjah fikirannya. Ayat Pak Cik Li seakan petunjuk kepada permusuhan yang masih belum jelas ini.

'Sesiapa pun boleh jadi gila kuasa tapi kalau dia bukan seorang hacker, dia takkan boleh mengawal yang lain.'

     "Enrique..." Miya menyebut nama itu. Setakat ini, dia hanya memikirkan Enrique kerana lelaki itu gila kuasa dan juga seorang hacker yang mampu mengawal segalanya.

     Tetapi apabila difikirkan balik, Enrique juga pernah berada di dalam masalah disebabkan Zirul yang tiba-tiba menculik Lian tanpa meninggalkan sebarang kesan. Bermakna, permusuhan ini bukan disebabkan Enrique namun dia masih yakin Enrique terlibat dengan dalang di sebalik semua serangan ini.

     Miya menoleh ke arah Freddy.

     "Kenapa ni Miya? Awak sakit kepala lagi?" soal Freddy lembut. Risau melihat Miya yang selalu diserang sakit kepala sejak akhir-akhir ini.

     "Fred, saya rasa kita kena adakan meeting hari ni jugak." Perlahan-lahan Miya bangun dari duduknya. Sekali lagi kepala diserang rasa sakit seperti tadi. Terus Freddy memeluk Miya agar tidak terjatuh.

     "Saya risau tengok awak selalu macam ni, jom pergi hospital." Suara Freddy itu kedengaran samar-samar dan akhirnya semua menjadi gelap.

     "What's going on here?!" soal Pak Cik Li bernada kasar membuat dua orang lelaki yang sedang menganggu Miya itu terkejut.

     "Pak Cik Li!" Miya yang sedang menangis terus berlari mendapatkan lelaki tua itu.

     "Dia orang nak buat sesuatu yang tak baik pada Miya... Miya takut..." Miya yang menangis teresak-esak mula berselindung di belakang Pak Cik Li.

     Pak Cik Li merenung tajam ke arah sepasang kembar seiras itu. Kembar Scilert itu seakan tidak layak belajar di bawah organisasi yang bercampur lelaki dan perempuan seperti ini. Telah ramai gadis menjadi mangsa buli mereka berdua dan sehingga kini, mereka berdua masih mengulangi kesilapan yang sama.

     "I've been watching both of you for a long time. And now, Saiymon and Samuel will be transferred to another organization, immediately." Tegas Pak Cik Li bersuara.

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now