Bab 26

750 72 12
                                    

     Beberapa jenis kotak yang berbeza saiz diangkut oleh beberapa orang pekerja memasuki dalam rumah Hezrick. Kotak-kotak itu pasti terisi pelbagai jenis barangan yang dipesan mereka.

     "Woi! Masukkan ke dalam rumah teruslah! Kau fikir aku dengan penghuni lain kuli kau ke nak angkut semua ni sendiri? Mahal-mahal aku bayar, service macam taik jugak! Puih!" Enrique memarahi pekerja-pekerja itu.

     Semakin pantas mereka semua bergerak mengangkut kotak-kotak sehingga ke dalam rumah. Masing-masing tidak ingin dimaki Enrique yang memerhati. Dalam kesibukan itu, sebuah lori lagi tiba dan terus memakir secara berundur.

     "Wah... Beli apa banyak-banyak tu Enrique?" soal Ferliy sambil mendukung Yalina Maira.

     "Meh sini anak kau. Aku rasa Herith ada tekan banyak mainan untuk dia dengan Hez tadi."

     Enrique menghulurkan kedua-dua belah tangan. Yalina yang berusia dua tahun itu bertukar tangan. Ferliy tersenyum melihat anaknya yang kelihatan selesa didukung Enrique. Mungkin kerana lelaki itu sememangnya pandai memegang budak atau mungkin juga kerana lelaki itu kacak.

     "Cuba berjalan pulak, asyik nak dukung je. Kau ni kena kuat, jangan jadi lembik macam mama sebab kau generasi kedua keluarga mafia ni." Enrique meletakkan Yalina supaya berdiri di atas jalan berturap itu.

     "Kita dah ada generasi ketiga ke?" soal Ferliy.

     "Tunggulah anak kepada anak kau nanti. Itu pun kalau kau hidup lagi. Aku bercadang nak bunuh semua watak-watak lama dalam cerita ni sebab tak berguna langsung. Aku nak generasi baru naik dengan sempurna." Enrique menerangkan itu membuatkan Ferliy menelan air liur.

     "Mama mama mama..." Yalina membebel sambil memegang sebuah kotak yang belum diangkat.

     "Ferliy..." Enrique memandang Ferliy.

     "Ya?"

     "Kau panggil perempuan-perempuan dalam rumah tu, suruh dia orang simpan barang-barang dalam kotak ni dekat tempat sepatutnya."

     "Yalina ni biar aku jaga. Kau pun pergilah kemas," sambung Enrique sambil merenung Yalina yang sedang menepuk-nepuk sebuah kotak.

     Ferliy teragak-agak untuk pergi. Risau untuk dia meninggalkan Yalina bersama Enrique yang terkenal dengan sikap gilanya itu.

     "Kalau aku ada anak sendiri kan best? Boleh aku didik dia sesuka hati aku. Dekat manalah aku boleh cari perempuan yang nak mengandungkan benih aku ni?" Enrique mula terfikirkan hal itu.

     "Aku nak perempuan yang tak tahu langsung gaya hidup orang macam aku. Kalau boleh dia mesti dari kosong, senang sikit nak didik sampai jadi 100 peratus Scilert. Tapi mana aku nak cari?" Enrique bermonolog.

     "Kau nak buat apa dengan perempuan macam tu?" soal Hezrick yang sejak tadi berdiri di belakangnya.

     "Aku nak jadikan dia robot pemusnah. Macam hebat je dengar, kan?" Enrique menjongketkan kedua-dua belah keningnya.

     "Aku ada cadangan tapi aku tak tahu kau akan terima ke tak. Yang penting, cadangan aku ni akan buka peluang untuk kau kenal dengan perempuan."

     Hezrick terus membisikkan cadangannya.

     "Klise bodoh. Tak naklah, aku bukan lelaki macam tu. Dari segi cadangan kau tadi, aku rasa aku tahu cara yang paling senang." Enrique pula membisik cadangannya.

     "Kau gila?" Hezrick seperti tidak percaya akan cadangan gila Enrique.

     "Tak ada lagi orang guna cara yang aku fikir ni dalam sejarah walaupun kita sekarang hidup di zaman moden dan canggih. Demi menghargai teknologi yang dah sebati teruk dalam hidup aku ni, aku akan guna cara tu." Enrique tersenyum bangga.

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now