Bab 14

1.3K 167 6
                                    

     "Miya memang ada masalah kesihatan tapi aku jumpa ni aje." Firaz menolak sebuah file rekod pesakit.

     Freddy menyelak helaian kertas yang mempunyai isi kandung tentang kesihatan gadis itu. Hanya demam, selesema dan batuk saja yang dicatat. Freddy mengagak masih ada helaian yang telah dikeluarkan daripada file.

     "System? Dah check?" Freddy membalas renungan biasa Firaz.

     "Sama macam dalam file ni, bro. Kau kena tanya dia sendiri," Firaz mengetuk-ngetuk hujung pen pada permukaan meja. Freddy terdiam, apa yang gadis itu sembunyikan daripada pengetahuannya?

     Wajah ceria Miya menyambut kehadirannya di muka pintu rumah lalu menghulurkan tangan untuk bersalam.

     "Kau sihat ke tak ni?" Freddy tetap menghulurkan tangannya kepada gadis itu. Terasa belakang tapak tangannya dikucup lembut.

     "Saya demam cintalah Fred. Dari petang saya tunggu awak, saya pergi panaskan lauk kejap." Miya ingin berlalu tetapi lengannya dipegang Freddy.

     "Miya, aku dah makan,"

     Dia sedar bahawa perangai Miya yang semakin hari semakin berubah, gadis itu melayankan seperti seorang suami. Makan dan pakai dia terjaga sejak ada gadis ini, tetapi apa motif sebenar Miya melakukannya?

     "Hm kenapa tak nak makan dengan saya? Saya tunggu sebab nak makan sama-sama, Fred." Kata Miya bernada sayu. Wajahnya ditundukkan.

     "Aku teman." Freddy terus menutup pintu utama sebelum dia berlalu dari situ.

     Bosan menonton televisyen, Miya mengerling Freddy di sebelahnya. Lelaki itu sibuk bermain game perang-perang dalam telefon bimbit.

     Sisi kepala dilabuhkan ke atas bahu Freddy sebelum lengan lelaki itu dipeluk. Perlukah dia memberitahu Freddy tentang masalah yang dia alami sebelum ini?

     "Fred..."

     "Hm,"

     "Awak suka saya tak?" Soal Miya ingin tahu.

     "Tak..."

     "Tapi cara awak layan, nampak macam suka aje?" Miya mula memandang sisi wajah lelaki itu.

     Freddy meletakkan telefon bimbitnya ke atas meja lalu memandang Miya Benar kata Miya, mengapa dia perlu melayan gadis ini jika dia tiada perasaan suka?

     "We're friends, right?" Soal Freddy perlahan.

     "No, we're not..." Miya menggeleng laju, sepasang matanya sudah berkaca-kaca membalas renungan Freddy.
    
     Dia sungguh berharap mereka bukan hany berkawan, oleh kerana inilah setiap masa dia ingin berada di samping Freddy.

     "Aku dengan kau tak pernah ada apa-apa hubungan dan kau kena tahu, aku tak suka perempuan yang banyak berahsia dengan aku. Faham?" Kedua-dua belah tangan Miya dipegang, pantas saja Miya menepis.

     "Apa yang awak nak untuk buat saya jadi pasangan awak?" Renungan Miya bertukar menjadi tajam dan berkaca-kaca.

     Freddy tidak menunjukkan sebarang reaksi wajah. Matanya hanya merenung Miya mengesat kasar air mata yang sudah mengalir di pipi. Apa masalah perempuan ni tiba-tiba hendak menangis?

     "Okay saya tahu apa yang lelaki nak..." Miya ingin menanggalkan bajunya tetapi ditahan Freddy.

     "Miya apa yang kau nak buat ni?" Freddy memegang kemas pergelangan tangan gadis itu.

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt