Bab 47

656 83 43
                                    

     BEBERAPA hari kemudian, Hezrick melangkah keluar dari perut kereta. Kaki diatur memasuki syarikat miliknya. Anggukan kecil dibalas kepada pekerja yang menegur. Baru sahaja hendak memasuki bilik pejabatnya, namanya dipanggil satu suara lembut. Hezrick memalingkan tubuh, wajah Lian yang tersenyum itu dipandang hairan.

     "Tuan Ricky ada masa free tak hari ni? Saya nak bincang sesuatu dengan tuan..." kata Lian sopan.

     "Berapa kali nak pesan, jangan panggil tuan. Panggil biasa je, aku ni sama umur dengan suami kau." Hezrick membuat isyarat supaya mengekorinya ke sebuah sofa di hadapan bilik pejabat.

     "Maaf, saya terlupa. Err saya datang sini sebab nak tanya pasal Enrique. Awak mesti tahu macam mana nak pujuk dia. Saya dah cuba tanya Kak Kayla dengan Miya tapi dia orang tak tahu. Dah empat hari Enrique tak bercakap dengan saya, saya jadi risau."

     "Kau tak kisah ke dia tu pembunuh?" soal Hezrick bernada perlahan.

     "Saya dah dengar penjelasan Kak Kayla, kerja mafia macam polis. Dia cuma sasar orang jahat. Apa-apa pun saya nak dengar dari mulut dia sendiri cuma sekarang..." Kata-katanya dipotong Hezrick.

     "Cium dia banyak kali, hilanglah merajuk tu."

     "Cium?" Dahi Lian berkerut. Erk?

     "Ye cium. Dia pernah cakap dengan aku macam tu, cuba buat dulu."

     Lian terdiam. Dia tidak pernah tahu Enrique suka dicium. Mungkin dia patut cuba.

*****

     Freddy memasuki perut kereta Zirul untuk mendengar penjelasan seterusnya tentang serangan di New York tempoh hari.

     "Aku boleh bersumpah, aku tak dapat bukti lain selain daripada jejak anak-anak buah Enrique. Dua orang tu dah dihapuskan. Sekarang kau kena percayakan aku, Scilert memang pandai berlakon," kata Zirul panjang lebar.

     "Kalau tu je yang kau dapat, aku nak kau tutup kes tu sekarang. Aku tak nak tahu lagi. Buat masa ni, terus buat kerja kau macam biasa." Freddy terus melangkah keluar dari kereta itu.

     Zirul mula bengang. Stereng kereta dihentak dua kali. Susah sangatkah Freddy ingin mempercayai dirinya? Bukannya dia menipu atau sengaja mereka-reka cerita demi menjauhkan Freddy dan Scilert. Semua bukti yang diterima adalah benar belaka. Tipu helah Scilert benar-benar berjaya membodohkan Freddy.

*****

     Beberapa das tembakan dilepaskan ke arah tiga orang lelaki. Lelaki-lelaki itu tumbang di atas lantai.

     "Kau tahu siapa dalang pembunuhan mak cik dengan pak cik yang dikelar tu kan?!"

     "Lepaslah sial! Aku pun tak tahu nama dia! Aku cuma orang bawahan!"

     Enrique menembak lelaki yang memekak itu. Muncung pistolnya ditiup lalu disimpan ke dalam sebuah beg galas berwarna hitam. Wajah diangkat memandang Hezrick dan Herith yang baru memasuki rumah lama di dalam hutan itu.

     "Cepatnya kau buat kerja." Herith memandang tubuh-tubuh kaku di atas lantai.

     "Anak babi tak dapat, kepala babi laginyalah tak dapat. Aku tak banyak masa nak hadap manusia-manusia bodoh macam tu. Kalau dia orang nak bukak mulut, dari mula lagi dia orang kena buat macam tu." Enrique membebel bengang.

     Hezrick hanya menggeleng kecil melihat perangai Enrique yang langsung tidak berubah walaupun sudah berkahwin. Apa yang mereka harapkan, tidak akan jadi kenyataan. Enrique adalah seorang lelaki keras dan juga penjahat sebenar. Entah tuah apa yang dapat mengubah lelaki itu ke arah lebih baik.

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now