Bab 35

783 87 57
                                    

     SELIMUT ditarik buat Hezrif yang sudah terlena. Mikayla melangkah ke katil lalu merebahkan tubuhnya yang terasa penat. Orang lain berkahwin, dia pula yang terpaling sibuk bergambar di majlis tadi. Bukan selalu dapat menghadiri majlis perkahwinan seperti itu.

     Bebola matanya diputarkan ke arah Hezrick yang sedang menaip sesuatu di laptop. Semakin lama dia tinggal bersama Hezrick, semakin jelas kelihatan perangai sebenar lelaki itu. Hezrick tidaklah garang jika bersama keluarga.

     "Abang..."

     "Ya sayang?" Hezrick menoleh ke arah Mikayla.

     "Kenapa abang tak suruh saya berhenti daripada training? Sayakan dah pandai pertahankan diri."

     "Abang nak semua bersedia untuk hadapi misi kita nanti. Kenapa? Sayang dah penat ke? Kan abang dah pesan jangan serius sangat masa berlatih. Anggap je sayang tengah bersenam atau berseronok." Hezrick menutup laptopnya lalu diletakkan di meja sebelah.

     "Saya tak faham. Abang selalu cakap pasal misi nanti, apa sebenarnya yang akan jadi?"

     Hezrick tersenyum kecil memandang Mikayla. Tubuh gadis itu dirangkul lembut. Sisi wajah Mikayla dibiarkan bersandar pada dadanya. Mungkin dia patut memberitahu sedikit maklumat yang telah dia perolehi dalam beberapa bulan ini.

     "Keluarga kita sedang hadapi masalah tanpa kita sedar. Abang tak tahu sampai bila ketenangan ni akan bertahan. Tapi jangan risau, abang tetap akan lindungi semuanya dan cuba selesaikan sedikit demi sedikit."

     "Saya cuma risaukan keselamatan Hez." Mikayla mendongak memandang Hezrick.

     "Macam mana kalau kita gagal lindungi dia? Atau macam mana kalau kita dah tak ada nanti? Kesian Hez..." Air mata Mikayla bergenang.

     Hezrick menyeka air mata Mikayla. Isterinya cepat tersentuh apabila menyebut berkaitan anak mereka. Hezrif dan Yalina masih kecil. Budak-budak itu tidak patut membesar dalam keadaan yang merbahayakan dan mendera emosi seperti ini.

     Jika harus memilih antara keluarga atau kawan, pastilah dia akan mendahulukan keluarganya. Tetapi, bagaimana pula dengan kawan-kawannya?

*****

     Lian mencari kelibat Enrique di bilik lelaki itu namun tiada. Sekeliling ruang bilik yang bertemakan kelabu dan hitam itu diperhati. Kemas dan bersih seperti tidak berpenghuni. Punggungnya dilabuhkan di birai katil. Jam sudah menunjukkan pukul satu pagi, ke mana pula lelaki itu pergi?

     Dia menunggu di situ sehingga terlelap. Dia terjaga setelah terdengar bunyi pintu bilik dibuka. Pandangannya melekat pada tatu pada tubuh lelaki yang berdiri membelakanginya. Enrique ada tatu?

     Matanya kembali dipejam setelah melihat Enrique membuka sebuah pintu dan terus masuk ke dalam. Lian menjadi tidak keruan di atas katil itu. Dia ingin tahu tentang tatu di tubuh Enrique. Belum pernah dia melihat lelaki yang telah menjadi suaminya itu memakai baju lengan pendek sebelum ini.

     "Sabarlah bodoh, kau fikir aku robot kau ke? Aku pun ada kehidupan sendiri bukannya setiap masa nak hadap kerja sial. Ya, kejap lagi aku carilah. Kau duduk diam je dekat sana, jangan memekak macam orang gila macam ni." Suara Enrique yang sedang bercakap dengan seseorang itu didengari.

     "Tapi aku takkan cari selagi duit tak masuk dalam akaun aku." Suara Enrique semakin hampir dengannya sehingga dia mencelik, sepasang mata bewarna biru laut itu sedang merenungnya.

     "Sambunglah tidur, baru pukul tiga." Enrique menyimpan telefon bimbitnya. Punggungnya dilabuhkan ke birai katil.

     "Awak tak nak tidur sekali?" Lian bangun dari pembaringannya.

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now