Bab 23

725 76 19
                                    

     Enrique duduk di atas sofa biliknya dalam keadaan kaki bersilang sambil mencicip air tea wangi yang dihantar Herith. Rasa tawar dan dia bencikannya. Matanya dipejam rapat sebelum air itu disembur.

     "Aku sengaja tak letak gula sebab kau dah minum banyak minuman manis dekat kedai semalam," kata Herith tenang.

     "Kau fikir lidah aku ni tak ada function ke? Baik kau bagi air biasa je senang cerita." Enrique meletakkan gelas itu ke atas meja kopi di hadapannya.

     "Tadi kau minta air tea suam kan? Bila aku dah buat, nak air biasa pulak. Mana satu kau ni?"

     "Shh..." Enrique meletakkan jari telunjuk sambil melihat nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya.

     "Dia lagi? Apa yang dia nak dengan kau sebenarnya? Dah miskin sangat ke sampai kawan pun tak ada?"

     Herith menjulingkan bebola matanya ke atas tanda menyampah dengan si gerangan yang sering menelefon Enrique untuk diajak melepak di kelab malam.

     "Bro! Macam biasa bro. Malam ni ramai lain macam sebab ada birthday party. Kau tak nak datang ke?" soal Zieymo di dalam talian.

     "Okey." Enrique menjawab sebelum renungan tajam Herith dibalas bersama senyuman kecil. Sengaja ingin menyakitkan hati lelaki itu. Telefon bimbit diletakkan ke atas meja kopi.

     "Suka hati kaulah. Kau buat hal kau, aku buat hal aku. Dah mabuk nanti jangan call aku ya tak guna. Aku sibuk tidur!" Herith melangkah keluar dari bilik Enrique itu.

     "Mabuk? Masa bila pulak aku minum arak? Makin teruk budak tu punya thoucing." Enrique menggeleng kecil. Terkadang dia juga kasihan melihat Herith yang kesepian sejak akhir-akhir ini. Tiada yang ingin melayan karenah lelaki itu. Suruh kahwin pun tak nak. Bangang punya budak.

     "Tidur pun sedap ni." Enrique terus baring di atas sofa itu sambil memejamkan mata.

     Baru seminit dia berangan untuk tidur, telefon bimbitnya kembali berdering. Nafas dihela kasar. Bantal kecil dicapai lalu dipeluk erat. Telefon itu dibiarkan berbunyi beberapa kali. Lama-kelamaan dia bangun dalam keadaan yang cukup bengang.

     "Kau nak benda bodoh??" soal Enrique sebaik sahaja panggilan bersambung.

     "Awak okey? Kenapa marah-marah ni?"

     Enrique merengus. Marahnya cuba dikawal. Hidup lagi rupanya si perempuan syaitan ni. Ingatkan dah mampus dibaham buaya. Sampai bilalah perempuan bodoh ni nak berlakon depan aku.

     "Nak apa?" Malas betul hendak melayan gadis yang tidak penting itu.

     "Nak awak."

     "Not available dan pergi mampus." Belum sempat dia memutuskan talian, soalan Asniya membuatkan dia terfikirkan sesuatu.

     "Saya ada banyak emas sekarang. Betul ke awak tak nak?"

     Enrique terus mematikan talian dan sambung tidur. Emas? Fikir dia miskin sangat untuk terpedaya dengan umpan itu? Buang masa sajalah.

*****

     Pintu pagar rumah Hezrick dipandang. Baru tersedar pintu pagar ini besar. Bagaimana dia hendak memanjatnya? Dia begitu terdesak ingin bertemu Enrique ketika ini. Hanya lelaki itu dapat membantunya.

     Hairan pula rumah sebesar ini langsung tiada pengawal keselamatan. Adakah mereka sudah memecat pengawal keselamatan sebelum ini? Lagipun, siapa yang berani memecah masuk rumah keluarga mafia yang terkenal ini?

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now